Kisah Kelebihan Sembahyang 2 rakaat


بسم الله الرحمن الرحيم


Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : "Setelah Allah selesai menciptakan Jibril A.S dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang sayap itu antara timur dan barat.

    Setelah itu Jibril A.S memandang dirinya sendiri dan berkata : "Wahai Tuhanku,adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku."

      Lalu Allah berfirman yang bermaksud : "Tidak." Kemudian Jibril A.S berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah dan tiap-tiap rakaat lamanya 40,000 tahun.

      Setelah selesai Jibril A.S solat maka Allah S.W.T pun berfirman yang bermaksud : "Wahai Jibril, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tiada seorang pun yang menyembah kepadaKu seperti ibadah kamu, tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang Nabi yang mulia yang sangat Aku cintai, namanya "Muhammad." Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."


     Kemudian Jibril A.S berkata : "Ya Tuhanku, apakah yang engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadah mereka?"


      Lalu Allah berfirman yang bermaksud : "Ya Jibril,akan Aku memberikan syurga Ma'waa."


         Setelah Jibril A.S mendapat izin dari Allah maka pergilah Jibril A.S dengan mengembagkan sayap dan terbang, setiap kali doa mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuah jarak perjalanan 3,000 tahun terbanglah malaikat Jibril A.S selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah lalu ia berkata dalam sujud : "Ya Tuhanku apakah sudah aku menepun jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya"?


          Kemudian Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai Jibril, kalau kamu dapat terbang selama 3,000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu serta kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah diberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan."



Orang yang kita sayangi meninggal, jangan menangis!


بسم الله الرحمن الرحيم


Apabila seseorang diuji oleh Allah SWT dengan kematian salah seorang angota keluarganya. Sebaik-baiknya hendaklah redha dan tenang dengan kematian itu. Janganlah tangisi akibat kematian itu kerana mayat akan terseksa kerana tangisan keluarganya.

Rasulullah SAW bersabda :

"Sesunguhhuhnya mayat akan diseksa kerana tangisan keluarganya atas kematiannya. Oleh itu, maka janganlah salah seorang di antara kamu (isteri-isteri Rasulullah SAW) menangisi kematian kami."
-Muttafaq 'Alaih daripada Aisyah dan Ibnu Umar-

Sabda Baginda lagi :

"Sesungguhnya mayat akan dipercik dengan air yang panas kerana tangisan keluarganya."
-ad-Dailimi di dalam kitabnya Musnad al-Firdaus daripada abu bakar-

Sabda Baginda lagi :

"Sesungguhnya mayat akan diseksa kerana tangisan keluarganya. Jika ia berkata: Aduh pemberi! Aduh penolong!
-Tirmidzi daripada Abu Musa-

Sabda Baginda lagi :

"Sesungguhnya mayat akan diseksa kerana tangisan orang yang hidup"
-Ahmad daripada Abdullah bin Umar-

24 Perkara Jangan Dilakukan


بسم الله الرحمن الرحيم

Sesungguhnya didalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.

Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.

  1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH.
  2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
  3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
  4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  5. Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)
  6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.
  7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.
  8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
  11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.
  14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
  15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  16. Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.
  17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
  18.  Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T.
  19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
  20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
  21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
  22. Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
  23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.
  24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata ‘jangan’. Sebab semuanya untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.

10 jenis mayat yang tidak akan reput di dalam kubur.


بسم الله الرحمن الرحيم


Disebutkan oleh hadis Rasulullah SAW bahwa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :

  1. Para Nabi-Nabi
  2. Para Ahli Jihad Fisabilillah
  3. Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.
  4. Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.
  5. Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.
  6. Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.
  7. Tukang Azan yang tidak meminta habuan.
  8. Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.
  9. Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.
  10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia.

8 perkara yang mendatangkan pahala tanpa beribadat.


بسم الله الرحمن الرحيم

  1. Sesiapa ingin mendapat pahala solat malam semasa tidur maka jangan melakukan maksiat pada siang harinya.
  2. Sesiapa yang ingin mendapat pahala puasa sunat sedangkan dia tidak berpuasa, maka jagalah lidahnya.
  3. Sesiapa yang ingin kelebihan seperti para ulamak, maka hendaklah dia suka berfikir.
  4. Sesiapa ingin pahala Jihad sedangkan dia berada di rumah, hendaklah dia berjihad melawan syaitan.
  5. Sesiapa yang ingin pahala sedekah sedangkan dia tidak mampu bersedekah, maka hendaklah dia mengajar ilmu daripada apa yang dia telah pelajari.
  6. Sesiapa yang mendapat pahala haji sedangkan dia tidak mampu, maka hendak sentiasa menunaikan solat Jumaat.
  7. Sesiapa yang ingin Fadhilat Ahlul Ibadat, maka hendaklah dia memperbaiki hubungan sesama manusia dan jangan menimbulkan persengketaan sesama manusia.
  8. Sesiapa yang ingin mencapai Fadhilat Abid ( Orang yang sentiasa dalam ibadat kepada Allah SWT ) , maka hendaklah dia meredhai kepada sahabatnya dengan apa yang dia redhai pada dirinya sendiri.

Rujukan : Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 810.

Hadiah hari jadi yang paling baik.

Klik gambar ini untuk lebih jelas

بسم الله الرحمن الرحيم

Sunnah mengenai Hadiah.

  1. Memberi dan menerima hadiah adalah Sunnah.
  2. Nabi SAW telah bersabda memberi hadiah menambahkan kasih sayang.
  3. Hadiah hendaklah diberikan secara rahsia. Walau bagaimanapun, si penerima mempunyai pilihan untuk memberitahu atau tidak hadiah itu kepada orang lain.
  4. Jika hadiah itu bukan wang, maka hendaklah berikan hadiah yang paling bermanfaat dan berfaedah kepada penerima.
  5. Janganlah hendaknya seseorang itu menyebutkan keperluan peribadi sebelum atau selepas memberi sesuatu hadiah.
  6. Janganlah beri pemberian yang sangat banyak hingga menjadikan berat bagi si penerima untuk menerimanya.
  7. Janganlah bercakap atau berbangga selepas memberi sesuatu hadiah.
  8. Hadiah janganlah diberi sewaktu hari ulang tahun perkahwinan dan hari lahir kerana ia adalah perbuatan orang kafir dan Nabi kita melarang perbuatan itu.

"Seseorang muslim yang tabah mengamalkan satu sunnah akan diberikan 100 syahid oleh Allah" (Hadis)

Syaitan bersama-sama dengan kita apabila.




بسم الله الرحمن الرحيم

  1. Marah
  2. Cinta dunia
  3. Kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
  4. Panjang angan-angan
  5. Rakus
  6. Kedekut, bakhil
  7. Suka pada pujian
  8. Riak
  9. Ujub (merasa kagum pada diri)
  10. Takut dan gelisah
  11. Buruk sangka terhadap orang
  12. Memandang rendah pada orang lain
  13. Merasa tidak berdoas apabila melakukan dosa
  14. Merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
  15. Putus asa daripada rahmat "ALLAH"

Perempuan dahulu Vs perempuan sekarang. Siapa lagi hebat?


بسم الله الرحمن الرحيم


Dalam kitab Jawahirul Bukhari menerangkan bahawa Hasan Basri sewaktu mudanya adalah seorang yang cantik. Hasan Basri sangat suka memakai pakaian yang cantik-cantik dan gemar berjalan-jalan di sekitar Kota Basrah.


Pada suatu hari sedang Hasan  berjalan, dia terpadang perempuan yang sangat cantik, lalu dia mengikuti perempuan tersebut.

Apabila wanita itu merasai dirinya diekori, lalu wanita itu menoleh ke belakang lalu berkata : "Wahai orang muda, apakah kamu tidak malu?" dan berkata lagi : "Malulah kepada Allah SWT yang Maha mengetahui mata yang khianat dan apa-apa yang terdapat dalam hati"

Hasan sangat tertarik dengan wanita tersebut, dia tetap mengekori wanita tersebut.

Apabila wanita tersebut melihat Hasan terus mengekorinya, berkatalah wanita itu : "Mengapa kamu terus mengikuti aku?"

Maka berkata Hasan Basri : "Sebenarnya aku terpesona dengan matamu yang cantik itu"

Setelah sahaja wanita tersebut mendengar pejelasan dari Hasan, maka dia pun berkata : "Baiklah. Jikalau kamu cintakan mataku ini, maka aku harap kamu tunggulah di sini sebentar, sebentar lagi aku akan berikan kepada kamu apa yang kamu kehendaki"

Setelah berkata demikian maka di dalam hati Hasan berkata : "Nampaknya dia telah menerima cintaku". Maka Hasan terus menunggu wanita itu sehingga wanita itu tadi datang kembali.

Tidak berapa lama kemudian, datang seorang pembantu (Amah) menghampiri Hasan sambil memberikan sebuah kotak yang tertutup. Lalu Hasan membuka kotak tersebut dan dia terperanjat apabila dia mendapati dalam kotak itu terdapat sepasang biji mata.

Kemudian pembantu tersebut berkata : "Tuan puteriku berkata dia tidak memerlukan mata yang menyebabkan terpesonanya seseorang itu"

Selepas kejadian itu, Hasan Basri tekad untuk meminta maaf kepada wanita itu. Malangnya wanita itu sudah meninggal sebelum Hasn meminta maaf. Hasan memangis tiga hari berturut-turut. Pada malam yang ketiga Hasan bermimpi menemui wanita itu. Wanita itu ditempatkan di dalam syurga. Lalu Hasan Basri berkata : "Kamu halalkanlah segala kesalahanku terhadapmu"

Wanita itu pula berkata : "Sesungguhnya aku telah menghalalkan segala-galanya dan aku telah mendapat kebaikan yang banyak dari Allah oleh sebab kamu"

Setelah Hasan mendengari pengakuan wanita tersebut maka dia pun berakata : "Berikanlah kepadaku sesuatu nasihat yang baik"

Berkata wanita tersebut : "Apabila kamu bersendirian hendaklah kamu berzikir kepada Allah setiap pagi dan petang, beristighfarlah, mohonlah ampun kepada Allah dan bertaubatlah kepadanya"

Akhirnya Hasan melaksanakan segala nasihat perempuan itu. Hasan Basri mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah serta Beliau menjadi wali kekasih Allah.

Seorang wanita telah mencungkil matanya disebabkab menjadi bahan fitnah, tetapi hari ini wanita berlumba-lumba untuk menunjukkan kecantikan dirinya dan menunjukkan aurat mereka dengan mendedahkan apa yang dilarang oleh Allah

Wahai saudaraku tutuplah aurat, janganlah kamu menunjukkan kecantikan mu itu sebab bakal yang melihat aurat mu itu adalah dari mereka yang hendak merosakkan dan bukan yang hendak memelihara. Dan apabila seseorang lelaki itu cinta kepada perempuan yang menunjukkan aurat cinta itu sebenarnya berserta dengan syaitan yang mengoda lelaki itu.

Tidak rugi seorang wanita itu menutup auratnya, melainkan dia mendapat pahala di sisi Allah, InsyaAllah dia akan selamat dari segala macam Fitnah.

Tanda orang yang telah diterima taubatnya.



بسم الله الرحمن الرحيم

Seorang ahli hikmah pernah di tanya tentang taubat yang dilaksanakan oleh seorang hamba: "Adakah hamba itu boleh mengatahui bahawa taubatnya di terima atau tidak?". Lalu dia menjawab dengan mengatakan bahawa beliau tidak boleh memberi ketentuan tentang hal itu kemudian beliau memberitahu sekadar tanda-tanda sahaja. Iaitu :

  1. (Hamba yang telah bertaubat itu) melihat bahawa dirinya masih belum suci dari dosa.
  2. Dia melihat bahawa perasaan gembira telah hilang dari hatinya, lalu datang perasaan sedih.
  3. Dia suka mendekati orang-orang yang baik dan menjauhi dari orang-orang yang jahat.
  4. Walau pun sedikit rezeki yang diperolehi di dunia, tetapi dia tetap melihatnya banyak. Walaupun banyak amal akhiratnya, tetapi dia tetap melihatnya masih sedikit.
  5. Dia melihat dirinya tetap sibuk melaksanakan kewajipannya terhadap Allah SWT dan tidak sedikit pun dia menguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah SWT.
  6. Dia sentiasa menjaga lidah, selalu tafakur serta tetap dalam keadaan sedih dan menyesal.

Kisah Iblis dalam masjid.

بسم الله الرحمن الرحيم


Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa Rasulullah SAW pergi ke masjid, apabila Rasulullah SAW hendak masuk ke dalam masjid maka Baginda SAW telah terpandag Iblis dekat pintu, lalu Rasulullah SAW pun bertanya : "Wahai Iblis! apa yang kamu buat disini?" berkata ibilis : "Sebenarnya aku hendak masuk ke dalam masjid untuk menggangu seorang yang sedang sembahyang, tetapi aku takut kepada orang yang tidur dekat dengan orang yang sedang sembahyang ini."

Kemudian Rasulullah SAW bertanya lagi : "Wahai Iblis! kenapa kamu tidak takut kepada orang yang sedang sembahyang, sedang dia dalam beribadah dan bebisik kepada Allah SWT, dan engkau takut kepada orang yang sedang tidur, sedangkan dia dalam keadaan lalai?"

Lalu Iblis berkata : "Orang yang sedang sembahyang itu bodoh dan mudah diganggu, tetapi orang yang sedang tidur itu orang alim, kalau saya berjaya menggangunya sehingga merosakkan sembahyangnya itu, saya risau orang alim itu akan bangun dan akan segera memperbetulkan sembahyang orang itu"

Kisah seorang ahli muzik dengan seruan azan.



بسم الله الرحمن الرحيم

Dihikayatkan ada seorang perempuan yang bernama Siti Zubaidah. Siti Zubaidah adalah tergolong di dalam golongan orang yang suka pada muzik dan juga tergolong di dalam golongan orang yang memiliki harta kekayaan.

Di samping itu, dia telah membina satu tempat khusus untuk berehat, tempat minum dan tempat mendengar muzik di mana dia mempunyai beberapa orang penyanyi yang menjadi penghiburnya tetapi apabila terdengar seruan azan, serta merta dia memerintahkan orang-orang yang menghiburnya berhenti sejenak daripada menyanyi sehinggalah selesai azan, maka dia menjawab seruan azan. Setelah selesai azan, barulah disambung semula nyanyian itu. Hanya itulah amalan yang sentiasa di amalkan olehnya.

Apabila Siti Zubaidah telah meninggal dunia. Setengah daripada orang-orang soleh telah bermimpi menjumpai Siti Zubaidah. Di dalam mimpi tersebut, mereka bertanya kepadanya: "Apakah balasan Allah terhadapmu?"

Jawab Siti Zubaidah: "Dengan berbanyak bersyukur bahawa Allah telah mengampuni segala dosa-dosaku"

Tanya orang-orang soleh: "Ibadah apakah yang menyebabkan engkau diampuni oleh Allah? Apakah dengan sebab engkau membuat kolam air pada jalan antara Makkah dan Madinah?"

Jawabnya: "Tidak,bukan amalan itu, kerana orang lain juga turut serta membuat kolam itu dengan mengunakan harta-harta mereka juga, bukan hanya aku seorang."

Tanya mereka lagi: "Maka ibadah apakah yang menyebabkan engkau mendapat keampunan dari Allah sedangkan engkau tiada banyak beramal ibadah selain berjihad membuat kolam antara Makkan dan Madinah sahaja"

Jawab Siti Zubaidah: "Memang aku tidak banyak beramal ibadah tetapi pada masa hidupku, aku mempunyai satu majlis hiburan. Apabila terdengan seruan azan oleh muazzin, maka aku palingkan hatiku dari bermain-main dan bergendang bagi menjawab seruan azan hinggalah seruan azan selesai."

Jawab Siti Zubaidah lagi "Itulah amalan yang aku sering lakukan yang meyebabkan dosa-dosa aku diampunkan oleh Allah" Maka apabila malaikat hendak menyiksa aku, Allah berfirman : "Kamu di tahan dari menyeksanya. Jikalau tiada keimanan di dalam hatinya dia tidak akan menyebut KU ketika dia dalam keadaan mabuk."

Moral : Hormati azan , jawab seruan azan sebaik sahaja kita mendengar seruan azan.

Cara-cara membuang air mengikuti Sunnah Rasulullah.

بسم الله الرحمن الرحيم

SUNNAH BERISTINJA
(MEMBERSIHKAN KEMALUAN SELEPAS MEMBUANG AIR KECIL DAN BESAR MEMBERSIHKAN DENGAN AIR BERSIH, TANAH DAN LAIN-LAIN)

  • Semasa masuk ke dalam tandas Nabi kita Muhammad SAW sentiasa memakai alas kaki (selipar) dan menutup kepalanya. -Ibnu Saad-

  • Sebelum masuk ke dalam tandas, hendaklah di baca doa (gambar atas).   -Tirmizi-
  • Hendaklah memasuki tandas dengan kaki kiri.-Ibnu Majah-
  • Adalah paling baik untuk merendahkan badan seseorang sedapat mungkin sebelum beristinja. -Tirmizi-
  • Segala item (seperti cincin,loket dan lain-lain) yang mempunyai nama Allah atau Nama Nabi SAW atau ayat-ayat Al-Quran hendaklah di tanggalkan sebelum memasuki tandas. -Nasai-
  • Tidak boleh seseorang itu membelakangkan kiblat semasa membuar air. -Tirmizi-
  • Semasa membuang air kecil atau besar seseorang itu hendaklah jangan bercakap melainkan yang terpaksa sahaja. -Mishkat-
  • Semasa beristinja jangan memegang kemaluan dengan tangan kanan tetapi hendaklah di gunakan tangan kiri. -Bukhari, Muslim-
  • Seseorang hendaklah berhati-hati tentang percikan titisan kencing (tidak berhati-hati akan menjadi sebab bagi seksaan azab kubur). -Tirmizi-
  • Apabila tidak terdapat tandas, hendaklah ia pastikan bahawa ia pergi agak jauh supaya tiada seorang pun yang melihat. -Tirmizi-
  • Hendaklah duduk dan kencing di atas tanah lembut supaya air kencing tidak terpercik kepadanya. -Tirmizi-
  • Hendaklah beristinja dengan tanah (batu) dahulu (atau tisu tandas) dan kemudian dengan air. -Tirmizi-
  • Apabila keluar dari tandas hendaklah langkah keluar dengan kaki kanan. -Tirmizi-
  • Sebaik sahaja keluar dari tandas baca doa (gambar di atas).

"Seseorang Muslim yang tabah menghidupkan satu sunnah akan diberi ganjaran seratus syahid oleh Allah" (Hadis)








Dipotong Tangan Kerana Memberi Sedekah



بسم الله الرحمن الرحيم

Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah s.w.t." Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka Allah s.w.t pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.

Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."

Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu." 
Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita. Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah s.w.t. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah s.w.t.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat."

Pandang je pun dapat pahala.

بسم الله الرحمن الرحيم

Diterangkan dalam sebuah Hadis Rasulullah SAW. Hanya dengan memandang empat perkara ni pun kita sudah dapat pahala. Hanya dengan memandang empat perkara ni pun dikira ibadah. Iaitu :


Wajah Ibubapa


Al-quran

Laut

Kaabah

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan." - (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah".
(Riwayat Abu Daud).

1 jam sebelum mati


بسم الله الرحمن الرحيم


Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau mempunyai kerja yang bagus  dan tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu. Oleh sebab kesibukannya, beliau telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan seorang Hamba Allah.

Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalan raya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan daripada isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar daripada koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.


Sewaktu Beliau Koma

Beliau telah didatangi oleh malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang. Walaubagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebingungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.

Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibu bapanya, ibu bapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.

Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawab Malaikat "Ya"

Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.

Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya. Beliau berasa sangat bersyukur kpd Allah kerana masih di panjangkan umur. Selepas peristiwa itu, beliau sedar dan banyak berubah dan tidak lagi mengabaikan tanggungjawab sebgagai seorang Hamba Allah.

Cara melembutkan hati.



بسم الله الرحمن الرحيم


Pada zaman Rasulullah, seseorang yang mempunyai sifat "keras hati" "tidak mahu menerima teguran" "tidak mahu mendengar nasihat" "degil" telah mendatangi pada Rasulullah. Lalu dia bertanya kepada Rasulullah "Wahai kekasih Allah, sesungguhnya aku mempunyai hati yang keras dan degil, tidak mahu menerima nasihat atau teguran, lalu bagaimana cara untuk aku mengubatinya?" Lalu Baginda saw menjawab "Pergilah engkau mencari anak-anak yatim, lalu engkau berilah mereka makan dan usaplah kepala mereka"



Suatu ketika, Rasulullah saw bertemu dengan beberapa anak yatim dari syuhada perang Uhud yang sedang bermain. Nabi mengusap-usap kepala dari anak-anak yatim tersebut dan berkata, “Aku berasal dari anak yatim, siapa yang mengasihi anak yatim, berarti ia mengasihi diriku. Aku dan orang-orang yang mengasuh anak yatim berada di surga seperti begini (Rasulullah memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah yang direnggangkan sedikit saja antara kedua jari tersebut).” (HR Bukhari)



-Sumber : Kuliah Maghrib-

Orang yang ada hutang tidak akan dapat masuk syurga.

بسم الله الرحمن الرحيم

Dari Abdillah bin Abu Qatadah, dari Abu Qutadah , bahwasannya ia telah mendengar dia menceritakan tentang Rasulullah , bahwasannya beliau telah berdiri di antara para shahabat kemudian menyebutkan, “Sesungguhnya Jihad fi Sabilillah dan Iman kepada Allah itu adalah amal-amal yang paling utama.” Maka berdirilah salah seorang shahabat kemudian dia berkata:Wahai Rasulullah bagaimana pendapatmu jika saya terbunuh fi sabilillah, apakah semua dosa- dosa saya terhapus?” kemudian Rasulullah menjawab: “Ya, jika engkau terbunuh fi sabilillah sedangkan engkau sabar, semata-mata mencari pahala, maju terus, tidak mundur.” Kemudian Rasulullah berkata: “Bagaimana tadi apa yang engkau katakan?” Ia bertanya: “Bagaimana pendapatmu jika saya terbunuh fi sabilillah, apakah semua kesalahan saya akan terhapus? Maka Rasulullah menjawab: “Ya, kecuali hutang (tidakakan terhapus), kerana sesungguhnya Jibril mengatakan demikian kepadaku.” (HR Muslim).



Rasulullah S.A.W bersabda: “Roh  seorang mukmin tergantung kerana hutangnya, sampai hutang itu dilunaskannya.” (HR. At Tirmidzi)

Rasulullah S.A.W bersabda: “Orang yang mati syahid diampuni semua dosanya kecuali hutangnya.” (HR. Muslim)

Rasulullah S.A.W bersabda: "Demi yang jiwaku ada ditanganNya, seandainya seorang laki-laki terbunuh di jalan Allah, kemudian dihidupkan lagi, lalu dia terbunuh lagi dua kali, dan dia masih ada hutang, maka dia tidak akan masuk syurga sampai hutang itu dilunaskan." (HR. Ahmad)

Al Qadhi ‘Iyadh Rahimahullah menjelaskan bahwa hak-hak yang terkaitan dengan manusia mesti diselesaikan sesama manusia. (Ikmalul Mu’allim, 6/155. Al Syarh Shahih Muslim, 6/362)

Imam Al Munawi Rahimahullah mengatakan: Maksud hutang di sini adalah semua hak sesama manusia samada berupa darah, harta, dan kehormatan. Hal itu tidak diampuni dengan mati syahid.

Hutang di atas adalah hutang yang dilakukan oleh orang yang tidak berniat untuk melunasinya, padahal dia mampu.

Ada pun bagi yang berniat melunasinya, tetapi ajal menjemputnya, atau orang yang tidak ada harta untuk membayarnya, dan dia juga berniat melunasinya, maka itu dimaafkan bahkan Allah Ta’ala yang akan membayarnya.

Al Qadhi ‘Iyadh mengatakan: Hal ini berlaku bagi orang yang memiliki sesuatu (mampu) untuk melunasi hutangnya. (Al Ikmal, 6/155).

Berkata Imam As Syaukani Rahimahullah: Ini terikat pada siapa saja yang memiliki harta yang dapat melunasi hutangnya. Ada pun orang yang tidak memiliki harta dan dia bertekad melunaskannya, maka telah ada beberapa hadits yang menunjukkan bahwa Allah Ta’ala akan menolong melunaskan untuknya. (Nailul Authar, 4/23)

Juga dikatakan oleh Imam Ash Shan’ani Rahimahullah: Yang demikian itu bagi siapa saja yang berhutang namun dia tidak berniat untuk melunasinya. (Subulus Salam, 3/51)

Ini juga dikatakan Imam Al Munawi: Perbincangan tentang ini berlaku pada siapa saja yang ingkar terhadap hutangnya. Ada pun bagi orang yang berhutang dengan cara yang dibenarkan dan dia tidak melanggar perjanjinya, maka dia tidaklah terhalang dari syurga. (Faidhul Qadir, 6/ 559)