Tutuplah mulut ketika menguap.



بسم الله الرحمن الرحيم

Apabila seseorang itu menguap, hendaklah dia menutup mulut dengan belakang tangan kiri ketika menguap dan jangan mengeluarkan bunyi hembusan angin yang keluar kerana ianya juga merupakan Sunnah Nabi SAW kita. 

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Menguap dari syaitan,apabila seseorang daripada kamu menguap hendaklah ia menahan seberapa boleh, jika kamu berkata: HAAAAA~ ( bunyi suara dari menguap ), syaitan pasti ketawa. -Riwayat Muttafaqun Alaihi-

Menutup mulut ketika menguap juga adalah perbuatan sopan apabila di pandang.

Kisah Cinta seorang lelaki kepada Allah Swt.




بسم الله الرحمن الرحيم



Dikisahkan dalam Miskaatul Anwaari bahawa Samnun telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang wanita apabila dia telah tua. Kemudian dia telah dikurniakan seorang anak oleh Allah SWT. Samnun sangat sayang kepada anaknya.

Pada suatu hari Samnun telah bermimpi, dalam mimpinya dia melihat bahawa Kiamat itu telah tiba dan panji-panji para nabi dan wali bersinar, Samnun melihat di belakang mereka terdapat pula panji-panji yang paling tinggi dan cahayanya memenuhi ufuk, lalu Samnun bertanya kepada orang mengenai panji-panji itu, berkata mereka "Itu adalah panji-panji bagi mereka yang cinta dengan ikhlas terhadap Allah SWT"

Samnun menyedari bahawa dirinya juga berada di kalangan orang-orang lain yang berada bersama panji-panji tersebut. Tiba-tiba datang seorang malaikat menarik Samnun keluar dari kumpulan tersebut.


Samnun tidak berpuas hati dengan tindakan malaikat itu lalu dia berkata "Aku adalah orang yang mencintai Allah dengan ikhlas, dan panji-panji ini adalah bagi mereka yang mencintai Allah, jadi kenapakah kamu keluarkan aku dari kumpulan ini?"


Kemudian malaikat berkata "Memang betul apa yang kamu kata itu, tetapi kamu terlampau sayang terhadap anakmu, maka sebab itulah kami kami keluarkan kamu dari kumpulan orang-orang yang mencintai Allah"


Sebaik sahaja Samnun mendengar kata malaikat itu maka dia pun menangis sekuat-kuatnya di dalam tidur sambl berkata "Wahai Tuhanku, kalaulah anakku itu menjadi penghalang antara aku dengan kamu, maka aku tidak memerlukan dia, dan pisahkanlah anakku itu dari aku supaya aku dapat mendekatkan diriku kepadaMu dengan sebab kasih Engaku dan dermawan Engkau"


Setelah berkata demikian, Samnun mendengar orang berkata "Musibah"


Samnun tersentak dari tidurnya, lalu berkata "Apakah yang kamu memekik ini?"


kemudia berkata orang yang berada di situ "Sesungguhnya anakmu itu lah jatuh dari tingkat atas dan mati"


Samnun mendengar berita tersebut dengan tenang dia berkata "Alhamdu lillahil ladzo adzahabal maani'a 'anni" yang bermaksud "Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan penghalang daripadaku"


Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
-Surah AT-TAUBAH AYAT 24-


Kisah ini bukan bermakna kita meminta kepada Allah supaya mematikan anak kita, tetapi ianya ialah satu peringatan kepada kita bahawa kita tidak boleh mencintai  sesuatu yang lain lebih dari Allah. Kerana cinta Allah itu adalah cinta yang kekal abadi.

3 Jenis Hutang Yang Disukai oleh Allah Swt.



بسم الله الرحمن الرحيم


3 Hutang yang mendapat jaminan dan pujian Allah SWT :

  1. Berhutang untuk berkahwin kerana takut terjerumus dalam kancah maksiat.
  2. Berhutang untuk membantu saudara yang ingin berjihad di Jalan Allah SWT.
  3. Berhutang untuk mendapatkan kain kafan bagi menyempurnakan jenazah yang mati.

Kitab Tanbihul Ghafilin . M/S : 517.

4 Anggota Badan yang tidak akan terkena api neraka.


بسم الله الرحمن الرحيم



Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari. Allah Swt mengharamkan kepada api neraka untuk makan anggota bekas yang digunakan untuk sujud.

Sabda Rasulullah saw :

“Allah haramkan api neraka menyentuh anggota sujud pada keturunan Adam” (HR Bukhari)

Anggota-anggota ketika sujud:
1)    Dahi.
2)    Kedua-dua telapak tangan.
3)    Kedua-dua lutut.
4)    Kedua-dua perut jari-jari kaki(sekurang-kurangnya dua jari).


43 Perwatakan Mulia Rasulullah Saw



بسم الله الرحمن الرحيم

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

  • Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw.
  • Aku melihat cahaya dari lidahnya.
  • Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
    terbit.
  • Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
  • Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
  • Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
  • Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
  • Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
  • Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
  • Wajahnya seperti bulan purnama.
  • Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
  • Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
    marah.
  • Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
  • Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
    di bahagian sudut.
  • Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
    pertama kali melihatnya.
  • Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
  • Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
  • Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
  • Janggutnya penuh dan tebal menawan.
  • Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
  • Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
  • Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
  • Rambutnya sedikit ikal.
  • Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
    bahu tapi disisir rapi.
  • Rambutnya terbelah di tengah.
  • Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
    dari dada ke pusat.
  • Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
    lebih drpd biasa.
  • Seimbang antara kedua bahunya.
  • Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
    dan tersusun dgn cantik.
  • Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
  • Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
  • Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
  • Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
  • Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
    putih.
  • Warna putihnya lebih banyak.
  • Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
  • Warna kulitnya putih tapi sihat.
  • Kulitnya putih lagi bercahaya.
  • Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
  • Badannya tidak gemuk.
  • Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
    sederhana lagi kacak.
  • Perutnya tidak buncit.
  • Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
    baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.


KESIMPULANNYA :

Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.


12 Akhlak Mulia Rasulullah Saw



بسم الله الرحمن الرحيم


Hindun bin Abu Halah menggambarkan akhlaq Rasulullah dengan:

1- Rasulullah adalah orang yang selalu mengkhawatirkan nasib orang lain,
selalu berfikir dan penyayang.

2- Beliau tidak pernah beristirahat, lebih banyak diam.

3- Beliau tidak berkata kecuali seperlunya, membuka perkataan dan menutupnya dengan sempurna.

4- Beliau berkata dengan jawami’ul kalam (perkataan yang ringkas, padat dan jelas). Perkataannya fashil (jelas, membedakan yang baik dan buruk), tidak lebih dan tidak kurang

5- Beliau tidak kasar dan tidak suka menghina.

6- Beliau selalu mensyukuri nikmat walau pun hanya sedikit dan tidak pernah mencela nikmat nikmat itu.

7- Beliau tidak pernah mencela makanan dan minuman dan juga tidak memujinya

8- Beliau tidak marah dengan dunia dan apa yang berkaitan dengan dunia. Akan tetapi apabila kebenaran itu dimusuhi, tidak berhenti kemarahannya sampai memenangkan kebenaran itu. Tidaklah beliau marah karena kepentingan dirinya, dan tidak pula dalam memenangkannya

9- Apabila menunjuk, beliau menunjuk dengan telapak tangannya.

10- Apabila merasa heran, beliau membalikkan telapak tangannya.


11- Apabila berbicara, beliau memperjelas dengan telapak tangan kanan dan menyembunyikan yang kiri.


12- Apabila marah, beliau sungguh sungguh.


13- Apabila gembira, beliau menundukkan pandangannya. Biasanya, tertawanya hanya dengan tersenyum. Beliau tertawa dengan tawa yang baik (hingga terlihat gigi giginya, tetapi tidak terbahak bahak) laksana embun’
(HR Tirmidzi)

12- Ali bin Abi Thalib ra. Adalah orang yang paling tahu tentang Rasulullah dan banyak berhubungan dengannya. Ia berkata:
‘Beliau tidak keji dan tidak pernah berbuat keji (baik perkataan maupun perbuatan). Tidak pernah


7 Golongan Yang Selamat Di Padang Masyar.


بسم الله الرحمن الرحيم

SEMASA DI PADANG MASYAR SEMUA MAKHLUK AKAN BERADA DI BAWAH PANAS MATAHARI YANG TERIK KECUALI 7 GOLONGAN YANG MENDAPAT TEDUHAN DARI ARASY :

  1. Pemimpin yang adil.
  2.  Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
  3. Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
  4.  Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
  5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah"
  6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
  7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


Hebatnya kecintaan Mu’adz bin Jabal ra pada Rasulullah SAW

بسم الله الرحمن الرحيم


Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahwa Mu’adz bin Jabal ra telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku: “Apakah anda masih tidur juga wahai Mu’adz, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah.” Mu’adz terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: “A’uzubillahi minasy syaitannir rajim?” Setelah itu ia lalu mengerjakan solat. Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Mu’adz berkata: “Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan?” Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.
Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Mu’adz berkata kepada mereka: “Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Mu’adz menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?” (Az-Zumar: 30).
Maka menjeritlah Mu’adz, sehingga ia tak sadarkan diri. Setelah ia sadar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi:
“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?” (Ali-lmran: 144)
Maka Mu’adz pun menjerit lagi: “Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad?” Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: “Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala.” Kemudian ia berkata: “Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad SAW?” Lalu iapun pergi meninggalkan mereka.
Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud: “Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.” Lalu Mu’adz mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu’adz bertanya kepada orang tersebut: “Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: Wahai Mu’adz, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia. Mendengar ucapan itu Mu’adz terjatuh dan tak sadarkan diri. Lalu orang itu menyadarkannya, ia memanggil Mu’adz: Wahai Mu’adz sadarlah dan bangunlah.” Ketika Mu’adz sadar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop dari Rasulullah SAW. Tatkala Mu’adz melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu. Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah.
Mu’adz sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: “Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?” Mu’adz menyambungnya: “Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah?” Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sadarkan diri lagi. Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy ra lalu ia berkata kepada Bilal: “Wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Mu’adz yang sedang pingsan. Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Mu’adz, lalu ia berkata: “Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Mu’adz, aku telah mendengar dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: “Sampaikanlah salamku kepada Mu’adz.” Maka Mu’adz pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahwa ia telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata: “Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah ra.”
Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu’adz mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh?” Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: “Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah. Kemudian Mu’adz menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahli bait.” Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata,
“Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Mu’adz bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah SAW.”
Kemudian Fatimah berkata lagi: “Masuklah wahai Mu’adz?” Fatimah rha lalu berkata kepadanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sampaikanlah salam saya kepada Mu’adz dan khabarkan kepadanya bahwa ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama.” Kemudian Mu’adz bin Jabal keluar dari rumah Fatimah ha menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.
Sumber : sahabatnabi.0catch.com

Allah Menolak 1 Doa Dari 3 Doa Rasulullah Saw.




بسم الله الرحمن الرحيم

     'Amir bin Said dari bapaknya berkata bahawa "Satu hari Rasulullah Saw telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah Saw sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu baginda masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun terut solat bersama dengan baginda."

     Kemudian Rasulullah Saw berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah.

     Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud "Aku telah memohon kepada Allah 3 perkara, dalam 3 perkara itu cuma Dia memperkenankan 2 perkara sahaja 1 lagi ditolak"

  •  Aku telah memohon kepada Alah supaya Dia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjagan. Pemohonanku ini diperkenankan oleh Allah.

  • Aku telah memohon kepada Allah supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (sepeti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh A.S). Pemohonanku ini diperkenankan oleh Allah.

  • Aku telah memohon kepada Allah supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah ditolak.

     Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya.


 "Ya Allah jauhilah kami di seluruh dunia daripada bergaduh sesama muslim."

Aamiinn ya Robalaalamin.