Tanda-tanda sebelum sakaratul maut.


بسم الله الرحمن الرحيم



• Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

• Tanda 40 hari sebelum hari mati.

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

• Tanda 7 hari.

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

• Tanda 3 hari.

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

• Tanda 1 hari.

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

• Tanda akhir.

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Wallahua’lam..

Amalan yang ditakuti iblis.


بسم الله الرحمن الرحيم



IBLIS gentar dengan soalan Nabi Muhammad ketika diarah bertemu baginda oleh Allah dan di bawah ini adalah sebahagian lagi daripada keseluruhan soalan perlu dijawab makhluk dilaknat itu: Amalan yang menyakiti iblis Nabi Muhammad menyoal iblis berkaitan amalan yang dapat menyakiti makhluk dilaknat Allah itu. 

“Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang daripada umatku yang hendak SOLAT?”

Iblis menjawab PANAS DAN GEMENTAR lantas baginda bertanyakan mengapa. Iblis menjawab: “Sebab setiap seorang hamba BERSUJUD SEKALI kepada Allah dan Tuhan MENGANGKATNYA SATU DARJAT.” Baginda bertanya lagi: 

“Jika seorang umatku BERPUASA, jika ia BERHAJI dan jika ia membaca al-Quran.” 

Iblis menjawab: “TUBUHKU TERASA TERIKAT HINGGA IA BERBUKA, aku seperti orang gila dan aku berasa meleleh laksana timah di atas api.”

"Jika seseorang umat Muhammad BERSEDEKAH"

Iblis menjawab ia sama seperti individu berkenaan MEMBELAH TUBUHNYA DENGAN GERGAJI. Baginda kemudian bertanya mengapa iblis terasa seperti itu, lantas makhluk dilaknat Allah itu menjawab: “Sebab dalam SEDEKAH ADA EMPAT KEUNTUNGAN baginya iaitu keberkatan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya.” Baginda meneruskan soalan:

“Apa yang dapat MEMATAHKAN PINGGANGMU?” 

Iblis menjawab: “Suara kuda perang di jalan Allah.” Soal baginda seterusnya:

“Apa yang dapat MELELEHKAN TUBUHMU?”

Iblis menjawab “Taubat orang yang bertaubat.” Nabi Muhammad meneruskan soalan:

“Di manakah kau MENAUNGI ANAK-ANAKMU DI MUSIM PANAS?”

dan iblis menjawab: “Di bawah kuku manusia.”

Gambar kasih sayang antara haiwan.






















Perempuan lebih ramai ke neraka.


بسم الله الرحمن الرحيم

Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Sabda Baginda lagi

"Semasa aku diangkatkan ke langit (Israk & Mikraj) Aku menjeguk ke dalam Neraka maka kulihat kebanyakan penghuninya kaum wanita,yang disebabkan oleh kurang taat kepada Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W dan suami mereka dan kerana BANYAK BERTABARRUJ , DEDAH AURAT dan BERHIAS-HIAS"

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda:
“dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.”
(Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ”
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari)



15 musuh syaitan.


بسم الله الرحمن الرحيم

  1. Rasulullah SAW.
  2. Imam yang adil.
  3. Orang kaya yang merendah diri.
  4. Peniaga yang jujur.
  5. Orang alim yang khusyuk.
  6. Orang mukmin yang suka menasihati.
  7. Orang mukmin yang murah hati (belas kasihan).
  8. Orang yang menjauhkan diri daripada segala perkara haram.
  9. Orang yang sentiasa dalam keadaan wuduk.
  10. Orang mukmin yang banyak bersedekah.
  11. Orang mukmin yang berakhlak mulia.
  12. Orang mukmin yang banyak berjasa kepada manusia.
  13. Orang mukmin yang membaca, menghafal, dan memahami Al-quran.
  14. Orang yang bertaubat dan tetap dengan taubatnya.
  15. Orang mukmin yang suka bersolat tahajjud di waktu malam.
Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 972.


Mereka yang berdusta.




بسم الله الرحمن الرحيم


Dalam sebuah kitab menerangkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda yang bermaksud : Seseorang berkata : "Sesungguhnya aku sangat takut kepada neraka. Tetapi orang itu tidak berhebti-henti melakukan dosa, adalah dia seorang pendusta. Di sisi Allah dia bukanlah orang yang bertaubat".

Apabila seseorang hamba itu berkata : "Sesungguhnya aku rindu kepada syurga." Tetapi dia tidak membuat kerja yang membolehkan dia masuk syurga, maka orang itu adalah pendusta dan bukannya orang yang bertaubat.

Apabila seseorang hamba itu berkata : "Sesungguhnya aku cintakan kepada Nabi Saw." Tetapi orang itu tidak mengikut sunnah Nabi, sesungguhnya orang itu adalah pendusta dan bukanlah orang yang bertaubat.

Apabila seseorang hamba itu berkata : "Sesungguhnya aku cintakan kepada Allah Swt." Tetapi orang itu tidak mentaati perintah Allah, sesungguhnya orang itu adalah pendusta dan bukanlah orang yang bertaubat.

Sesungguhnya orang yang bertaubat itu adalah kekasih Allah dan RasulNya.

Kelebihan solat Subuh & Asar di awal waktu.


بسم الله الرحمن الرحيم

Malaikat berganti-ganti menjaga manusia pada siang dan malam. Malaikat yang menjaga manusia pada siang hari akan datang pada manusia di waktu subuh dan akan pulang pada waktu asar,manakala malaikat yang menjaga manusia pada malam hari akan datang pada manusia di waktu asar dan akan pulang pada waktu subuh. (Beganti-ganti)

Diceritakan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim sanadnya daripada Abu Hurairah, bahawannya Rasulullah SAW bersabda : "Sentiasa berganti-ganti Malaikat yang menjaga kamu, antara Malaikat yang bertugas siang, mereka bertemu (berkumpul) di waktu solat subuh dan solat asar, kemudian naiklah Malaikat yang bertugas malam menjaga kamu itu, lalu Allah bertanya kepada mereka (malaikat), sedangkan Allah lebih mengatahui tentang keadaan hamba-hambaNya itu, FirmanNya : "Bagaimana keadaan hambaKu?" Mereka menjawab : Kami tinggalkan mereka ketika mereka sembahyang (mengabdikan diri menyembahMu) dan kami datangi mereka ketika mereka mengerjakan sembahyang (mengabdikan diri menyembahMu)".

Sangat bertuah dan mendapat keuntungan yang sangat besar bagi mereka yang dijumpai Malaikat dalam keadaan sembahyang, dan ditinggalkan Malaikat dalam keadaan sembahyang pula, sehingga Malaikat melaporkan keadaan hamba-hamba Allah ketika Malaikat menghadap kepada Allah dengan laporan yang baik.

Oleh kerana itu agama sangat menganjurkan pada ummatnya untuk menjaga solat di awal waktu dan dengan berjemaah di mana azan diazankan, terutama sekali solat subuh dan solat asar yang disebut oleh Allah dalam Al-Quran dengan solatulwusta, pada ketika itulah pengantian Malaikat, antara Malaikat penjaga malan dan penjaga siang. Berbahagia bagi mereka yang dapat menjaga solatnya di awal waktu.

Jari menjadi saksi di akhirat.


بسم الله الرحمن الرحيم

Sabda Rasulullah Saw :

Bacalah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, Lailahaillah (zikir Fatima)  dengan istiqamah dan kiralah dengan jari-jarimu kerana jari-jari ini akan menjadi saksi pada hari kiamat.
-HR Tarmizi-

Akibat suka mengqadakan solat


بسم الله الرحمن الرحيم

Mengqadakan solat bererti  mengantikan solat fardhu yang ditinggalkan dengan sengaja atau tidak sengaja pada luar waktu solat. Haruslah dielakkan daripada selalu mengqadakan solat. Kisah benar di bawah ini boleh di jadikan sebagai cerita iktibar kepada kita.

Seorang wanita telah meninggal dunia . Adik lelakinya telah menghadiri upacara pengebumiannya . Tanpa disedarinya uncangnya terjatuh ke dalam kubur ketika mengebumikan jenazah tersebut . Dia amat bersedih setelah menyedari kehilangan uncangnya . Dia telah membuat keputusan untuk menggali kubur itu secara senyap - senyap untuk mengambil uncangnya . Apabila dia menggali kubur itu, dia mendapati api memenuhi kubur itu . Dia pulang dalam keadaan menangis dan menceritakan keadaan yang dilihatnya itu kepada ibunya serta bertanya sebab berlaku sedemikian . Ibunya memberitahu bahawa kakaknya itu selalu malas mengerjakan solat dan sering mengqadakan solahnya . 


Begitulah ditunjukkan Allah balasan orang yang melewatkan solat. Persoalannya, kalau hanya melewatkan solat, Maka bagaimana pula halnya orang yang tidak bersolat sama sekali?

Kita bermohon kepada Allah s.w.t, semoga Dia memberikan kita taufik supaya menjadi kalangan orang yang menjaga solat.

Waallahu'alam ~



Jangan meniup air minuman.


بسم الله الرحمن الرحيم


Nabi saw bersabda, “Apabila kamu minum, janganlah bernafas di dalam bejana (bekas minuman) atau meniupnya". (HR Bukhari)


satu Majlis Kimia di Indonesia, ada yang menjelaskan secara teori bahwa:apabila kita hembus nafas pada minuman, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dengan air H20, akan menjadi H2CO3 (asam karbonat), iaitu sejenis dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic . Ini membahayakan tubuh kita.


Menunggu makanan atau minuman itu sejuk (sehingga boleh di makan atau minuman) melatih diri kita untuk bersabar.


4 Perkara yang menyelamatkan seseorang dari seksa kubur.


بسم الله الرحمن الرحيم


Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya : 

  1. Hendaklah ia menjaga solatnya .
  2. Hendaklah dia bersedekah .
  3. Hendaklah dia membaca al-Quran .
  4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih (Subhanallah) kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya. 





10 golongan orang yang dirindukan syurga.


بسم الله الرحمن الرحيم

10 golongan orang yang dirindukan syurga berdasarkan surat Al-Mukminun ayat 1-11:

1. Pegawai yang jujur.
2. Pemimpim yang adil.
3. Orang yang mempunyai ilmu,lalu ilmunya tersebut dibagikan kepada orang lain.
4. Orang kaya yang pemurah/dermawan
5. Orang miskin yang sabar.
6. Orang kuat yang melindungi orang lemah.
7. Anak yang berbakti kepada orang tua dan guru.
8. Isteri yang taat kepada suami.
9. Suami yang bertanggung jawab.
10. Orang yang mencintai Masjid,senang berpuasa dan membaca Al-Qur'an

Mampukah membuat 1000 kebajikan sehari?


بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan menyebut kalimah "Subhanallah" sebanyak seratus kali niscaya Allah akan mencatit seribu kebaikan atau dihapus darinya seribu kesalahan. Menurut hadis Rasulullah :

Rasulullah saw. pernah bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim)




Baik & buruk dalam pergaulan.


بسم الله الرحمن الرحيم


Dari Mutala"ah.

  1. Barang sesiapa yang gemar berteman golongan kaya akan ditambah oleh Allah kecintaannya terhadap dunia,suka bermewah dan bertambah sifat kedekutnya sehingga melupakan hari akhirat.
  2. Barang sesiapa yang suka berdampingan dengan pegawai pemerintah atau raja akan ditambah oleh Allah sifat kasar dan sombong.
  3. Barang sesiapa yang gemar bergaul dengan perempuan akan ditambah oleh Allah sifat bodoh dalam shahwatnya.
  4. Barang siapa yang suka bergaul dengan orang-orang fasik akan bertambah beraninya membuat dosa dan menundakan taubat.
  5. Barang siapa yang suka mendampingi orang-orang  soleh akan bertambahlah keinginannga berbuat taat kepada Allah.