Syaitan berkata, Allah menjawab


Klik pada gambar untuk lebih jelas



Kambing kecil yang menjadi penyelamat di akhirat


Klik pada gambar untuk lebih jelas


Dimanakah persamaan pada wajah seorang lelaki dan Rasulullah?


Klik pada gambar untuk lebih jelas.



Rasulullah bersukan bersama isteri


Sukan merupakan antara cara untuk menyihatkan badan. Dengan bersukan, tubuh badan akan bergerak agrasif, sudah pasti melahirkan jasmani yang sihat. Islam menyeru manusia agar hidup sihat.

Ekor
an dari itu, Islam meletakkan asas bahawa segala amalan kehidupan adalah harus, melainkan wujud nas yang menyatakan pengharamannya.

Bermaksud, semua bentuk sukan yang boleh menyihatkan badan adalah harus,selama mana bentuk sukan itu tidak terkandung unsure-unsur yang menyalahi syariat; menyalahi kandungan Al-Quran dan As-Sunnah secara Qatii, Sahih dansorih.

Justeru itulah, kita dapati bahawa Nabi SAW sendiri juga sering bersukan.Bermain pedang, memanah, menunggang kuda menjadi amalan nabi SAW dan para sahabat, lebih-lebih lagi dengan tujuan untuk menyiapkan diri dengan persediaan dalam menggerunkan musuh-musuh islam.

Firman Allah;

Maksudnya;
“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu”
(Surah Al-Anfal : 60)

Dalam keadaan begitu pun, didapati bahawa bersukan yang diamalkan oleh NabiSAW, bukan sekadar nabi bersama-sama para sahabat sahaja, bahkan ada ketika-ketika tertentu, baginda SAW bersukan bersama isteri-isteri baginda.

Antaranya adalah satu hadis Aisyah yang berkata;

Maksudnya;
“Nabi SAW berlumba-lumba denganku. Aku mendahului baginda. Ketika aku menjadi gemuk, Baginda berlumba-lumba denganku lagi, lalu Baginda telah mendahuluiku. Lalu baginda SAW berkata, ini sebagai balasan terhadap yang lalu”

Dalam riwayat yang lain pula menyatakan bahawa dalam satu permusafiran Baginda bersama para sahabat. ketika itu, Aisyah turut sama dalam permusafiran tersebut.

Dalam perjalanan, Nabi SAW memaklumkan kepada para sahabat agar mereka berjalan dahulu, meninggalkan Baginda dan Aisyah di belakang. Apabila parasahabat sudah berada jauh di hadapan, lalu Baginda berkata kepada Aisyah ajak berlumba-lumba[1].

Melihat kepada hadis ini, pasti kita akan dapat membayangkan betapa lunaknya hati nabi dalam usaha hendak gembirakan isteri-isterinya. Memandangkan NabiSAW adalah manusia yang selalu sebuk, baginda akan mengambil segala kesempatan yang ada untuk menggembirakan isteri-isterinya.

Disamping dalam permusafiran, baginda telah mengambil kesempatan yang ada dengan menjadikan sukan berlumba-lumba sebagai cara untuk bermesra dan menggembirakan isteri-isteri baginda.

Dari hadis ini juga, kita akan dapati, Nabi SAW tidak menjadikan tempat awam sebagai penghalang nabi SAW menyeronokkan isterinya. Bahkan, jika di tempat awam itu adalah ruang yang paling berkesan bagi nabi mahu gembirakan Isterinya,pasti dilakukan oleh Baginda SAW.

Sebagai isteri, pasti tindakan sebegini memberi kesan besar kepada hati mereka.hal ini dapat dibuktikan dengan hadis riwayat Aisyah ini. Walaupun kejadian tersebut telah berlalu begitu lama, tapi masih berada diingatan Aisyah sehingga kesaat Aisyah meriwayatkan hadis ini.

SekianWallahu 'Alam

[1]Musnad Ahmad : 22989.








Elakkan gantung gambar bernyawa di dalam rumah


Dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud :
“Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, p
atung, anjing dan orang yang junub.”

Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah gambar makhluk bernyawa. Dan larangan yang terdapat dalam hadith ini ialah bukan semata-mata gambar makhluk bernyawa tetapi yang dilarang ialah gambar yang di gantung pada dinding seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga.

Oleh itu gambar-gambar makhluk bernyawa seperti gambar manusia dan haiwan yang tidak digantung pada dinding di dalam rumah seperti gambar yang dismpan didalam album atau didalam komputer tidaklah menjadi kesalahan.

Ada pun gambar-gambar yang bukan bernyawa seperti gambar kereta, motosikal, gunung ganang, laut, penyapu lidi, penapis santan atau seumpamanya tidaklah haram di jadikan perhiasan pada dinding-dinding rumah.

Wallahua’lam ( Rujukan Kitab Rawa’iul Bayaan Juz 1 )

Segala kemusykilan sila rujuk orang yang a'lim.









Sunnah ketika berada di dalam Majlis


Klik pada gambar untuk lebih jelas



Warga tua tidak akan masuk syurga




Suatu saat, ada seorang wanita tua bertanya kepada Nabi SAW, “Rasulullah, doakanlah agar aku boleh masuk Syurga.”

Baginda SAW bersabda, “Aduh, Syurga itu tidak akan pernah dimasuki oleh wanita-wanita tua.

Saat itulah, adzan berkumandang. Baginda pun masuk rumah untuk bersiap-siap, lalu keluar lagi. Ternyata, dia dapati wanita tadi menangis.

Kenapa dia?” tanya baginda SAW kepada para sahabatnya.

Tadi, engkau mengatakan syurga itu tidak akan dimasuki oleh wanita tua kepadanya,dan oleh sebab itu dia menangis” ujar mereka.

Beliau SAW bersabda, “Oh itu. Maksudnya, semua wanita itu, di Syurga kelak, akan diubah menjadi muda kembali,tiada yang tua

Dan, wanita itu pun tersenyum gembira.

Rujukan : al Adzkiyaa, Ibnul Jauzi hal.11


5 binatang yang boleh dibunuh


Klik pada gambar untuk lebih jelas



Gelaran bagi yang tidak berselawat


Klik pada gambar untuk lebih jelas

Zikir pagi penambah rezeki


Klik pada gambar untuk lebih jelas




Al-quran boleh meningkatkan IQ bayi


Padam zaman yang maju ini, pelbagai jenis produk susu yang telah dikeluarkan oleh pelbagai syarikat, seperti Dumex, Nutrilon, Sustagen Junior yang berada di Malaysia, Ini adalah tujuaan untuk menjadikan bayi mempunyai minda ya
ng cemerlang.

Persoalannya disini, berapa ramai ibubapa yang sedar bahawa Al-quran adalah segala-galanya. Al-quran boleh merangsang minda anak-anak kecil seribukali lebih hebat dari produk-produk susu yang terdapat pada hari ini.

Ternyata Al-Qur’an dapat merangsang tingkat inteligensia (IQ) anak, yakni ketika bacaan ayat-ayat Kitab Suci itu diperdengarkan dekat mereka. Dr. Nurhayati dari Malaysia mengemukakan hasil penelitiannya tentang pengaruh bacaan Al-Qur’an dapat meningkatkan IQ bayi yang baru lahir dalam sebuah Seminar Konseling dan Psikoterapi Islam sekitar tujuh tahun yang lalu.

السلام عليكم . بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم.لا إله إلاَّ الله.محمد رسو ل الله
الحمد لله رب العا لمين. الصلاة و السلام على رسو ل الله.اما بعد

Dikatakannya, bayi yang berusia 48 jam saja akan langsung memperlihatkan reaksi wajah ceria dan sikap yang lebih tenang. Penulis pun mempunyai seorang anak saudara yang lahir tahun 2002. Entah ada kaitan dengan dengan argumentasi di atas, yang jelas sebelum umurnya satu tahun, ia sering baru bisa tidur bila di sampingnya diperdengarkan suara orang mengaji melalui tape recorder.

Seperti diketahui, dengan mendengarkan musik, detak jantung bayi menjadi teratur. Malah untuk orang dewasa akan menimbulkan rasa cinta. Hanya arahnya tidak tentu. Sedangkan Al-Qur’an, selain itu, sekaligus menimbulkan rasa cinta kepada Tuhan Maha Pencipta. Jadi, bila bacaan Al-Qur’an diperdengarkan kepada bayi, akan merupakan bekal bagi masa depannya sebagai Muslim, dunia maupun akhirat.

Dalam musik terkandung komposisi not balok secara kompleks dan harmonis, yang secara psikologis merupakan jambatan otak kiri dan otak kanan, yang output-nya merupakan peningkatan daya tangkap/konsentrasi. Ternyata Al-Qur’an pun demikian, malah lebih baik. Ketika diperdengarkan dengan tepat dan benar, dalam artian sesuai tajwid dan makhraj, Al-Qur’an mampu merangsang syaraf-syaraf otak pada anak.

Ingat, neoron pada otak bayi yang baru lahir itu umumnya umpama “disket kosong siap pakai”. Bererti, siap dianyam menjadi jalinan akal melalui masukan berbagai fenomena dari kehidupannya. Pada gilirannya terciptalah sirkuit dengan wawasan tertentu. Istilah popularnya apalagi kalau bukan “intelektual”. Sedangkan anyaman tersebut akan semakin mudah terbentuk pada waktu dini.

Neoron yang telah teranyam di antaranya untuk mengatur faktor yang menunjang kehidupan dasar seperti detak jantung dan bernafas. Sementara neoron lain menanti untuk dianyam, sehingga boleh membantu anak menerjemahkan dan bereaksi terhadap dunia luar.

Selama dua tahun pertama anak mengalami ledakan terbesar dalam hal perkembangan otak dan hubungan antar sel (koneksi). Lalu setahun kemudian otak mempunyai lebih dari 300 trilyun koneksi, suatu kondisi yang susah terjadi pada usia dewasa, terlebih usia lanjut. Maka para pakar perkembangan anak menyebut usia begitu sebagai golden umur bagi perkembangan inteligensia anak.
Memang bila orangtua tidak memanfaatkan kesempatan ini dengan jalan membantu dari belakang, maka tetap tidak akan mempengaruhi kemampuan otak anak dalam menganyam neoron, kerena kesempatan untuk memperkuat koneksi otak terbuka luas selama masa anak-anak. Tetapi tentu akan semakin baik bila orangtua pun ikut aktif membantu.

Dalam kaitan upaya meningkatkan pribadi Muslim, perlulah bayi sudah diperdengarkan bacaan Al-Qur’an sejak dalam rahim. Jadi, bila ada anjuran kepada ibu-ibu hamil untuk rajin membaca Al-Qur’an menjelang bersalin, itu ada dasar ilmiahnya juga. Makin baik dan benar bacaan itu, termasuk lagunya, makin baik hasilnya.

Tujuannya tentu saja bukan mengajak bayi memahami substansi atau makna kandungan ayat-ayat Al-Qur’an, tetapi memperkuat daya tangkap/konsentrasi otak bayi. Sehingga akan semakin mudahlah ia menghafal ayat-ayat Al-Qur’an beserta terjemahannya ketika sudah memasuki masa belajar.

Tidak benar semua agama sama, hanya 1 agama benar! Qur'an menulis:Siapa cari agama selain Islam,maka sekali-kali tidak diterima dari-nya, & dia di akhirat termasuk orang2 rugi (QS.3 Ali 'Imran:85).


10 mandi yang disunnatkan


Klik pada gambar untuk lebih jelas



Suami pemaaf adalah suami yang terpuji


Setiap manusia tidak lepas dari sebarang kesilapan. Walaupun seseorang itu berhati-hati dalam tindakan pun, kadangkala berlaku juga kesilapan.

Ekoran dari itulah, kita akan dapati
 islam meletakkan asas bahawa dimaafkan kepada mereka yang melakukan sebarang kesilapan.

Sabda Nabi SAW; ”Allah tidak mengambil salah dari umatku dikala mereka tersilap, lupa dan dalam keadaan mereka dipaksa [1] ”

Kesilapan itu kadangkala dilakukan oleh isteri. Kesilapan yang kecil, tidak seharusnya dijadikan modal utama untuk melahirkan pertelagahan antara suami isteri. Lebih-lebih lagi membawa kepada perceraian.

Keadaan ini dibuktikan dengan hadis riwayat Aisyah R.ha yang berkata;

”Aku dan Rasulullah SAW tidur atas satu hamparan, sedangkan ketika itu aku sedang berhaid. Darah haidku menitis terkena pada hamparan itu, didapati nabi SAW membasuh tempat titisan tersebut, dan tidak mengalihkan tempat itu, kemudian baginda menunaikan solat di situ. Apabila darahku menitis terkena pakaian baginda, Baginda SAW sendiri membasuh tempat yang kena titisan darah itu, dengan tidak mengalihkan tempat lain, kemudian menunaikan solat dengan pakaian itu [2] ”

Dari hadis ini, kita akan dapati betapa lunaknya hati nabi SAW dalam menghadapi kesilapan isterinya yang tidak berhati-hati dengan titisan darah haid, sehinggakan ditempat tidur dan juga pakaian Nabi pun terkena dengan titisan darah itu.Didapati, Baginda SAW tidak bertindak memarahi isterinya atas kesilapan tersebut.

Jika diperhatikan balik pada hadis ini, masakan marah, bahkan nabi SAW sendiri bertindak membersihkan titisan darah haid isterinya itu, walaupun jika dilihat kepada tafsiran oleh sebilangan masyarakat kita, ianya dilihat sebagai ”jijik” atau tindakan orang yang ”takut bini”.

Tindakan Nabi SAW ini perlu dijadikan contoh dan tauladan oleh para suami. Iaitu, hendaklah mengambil sikap memahami dan mengerti keadaan isteri. Sebagai suami, dengan kesilapan kecil sebegini tidak selayaknya dijadikan modal untuk memarahi isteri atau menyingkap kalimah jijik dihadapan isteri.

Jika keadaan ini mampu dilakukan oleh suami, pasti isteri akan merasakan bahawa mereka disantuni suami mereka sendiri, dan sudah pasti perasaan cinta dan mesra kepada suaminya akan bertambah kuat.

Sekian

Wallahu ’Alam

[1]As-Sunan Al-Kubra : 7/387.
[2]Sunan Abi Daud : 235



Langkah zina facebook


Gambar di atas menunjukkan langkah bagaimana zina itu boleh berlaku pada hari ini, dari dunia maya ke dunia realiti. Kita sewajarnya menjauhi perkara-perkara yang keji.