4 kisah kelebihan solat ditengah malam.




بسم الله الرحمن الرحيم




Kisah 1.
Syeikh 'Abdul Wahid rah. merupakan salah seorang ahli sufi yang masyur. Beliau menceritakan "Pada satu malam aku sangat mengantuk sehingga tertidur sebelum sempat menyempurnakan wirid dan zikir. Aku melihat dalam mimpiku seorang gadis yang sangat cantik berpakaian sutera hijau. Seluruh anggota badanya, sehingga kasut pada kakinya pun sibuk berzikir. Gadis itu berkata kepada saya, "Usahalah untuk mendapatkan saya. Saya ingin mendapatkan engkau". Kemudian beliau pun membaca beberapa rangkap syair percintaan. Setelah tersedar dari mimpi, beliau pun bersumpah tidak akan tidur lagi pada waktu malam. Diriwayatkan bahawa selamat 40 tahun beliau bersolat isyak dan subuh dengan wuduk yang sama" (Nuzhah)


Kisah 2.
Syeikh Mazhat Sa'adi rah adalah seorang wali Allah. Beliau sentiasa menangis selamat 60 tahun kerana cinta dan rindu kepada Allah SWT. Pada suatu malam beliau telah melihat dalam mimpinya seolah-olah sebuah sungai, yang dipenuhi dengann kasturi. Di tepian sungai terdapat pohon yang subur dan diperbuat daripada mutiara dan dahan pohon itu diperbuat daripada emas. Di sana beberapa orang perawan sibuk memuji Allah SWT. Beliau bertanya, "siapakah kamu?" Mereka menjawab menerusi dua rangkap syair yang bermaksud "Allah yang maha suci, Tuahan kepada Muhammad, yang disembah oleh manusia telah menciptakan kami untuk mereka yang sentiasa   berdiri sepanjang malam di hadapan Allah serta bermunajat kepadaNya"


Kisah 3.
Abu Bakar Dharir rah berkata "Saya mempunyai seorang hamba yang muda. Dia berpuasa sepanjang hari dan bersolat tahajud sepangjang malam, Pada suatu hari dia datang kepada saya lalu bercerita, "Semalam saya tertidur. Saya melihat datang kepada saya bawaha dinding mihrab merekah dan daripada celah-celah rekahan tersebut muncullah beberapa orang gadis sangat jelita lagi cantik, tetapi salah seorang daripada mereka sangat hodoh. Saya bertanya, "Siapakah kamu dan siapakah sihodoh itu?" Lalu mereka menjawab, "Kami ialah malam-malam kamu yang lepas dan yang hodoh itu adalah malam ini".


Kisah 4.
Seorang wali Allah berkata, "Pada suatu malam saya tertidur dengan nyenyaknya sehingga tidak terjaga untuk bersolat tahajud. Saya melihat dalam mimpi seorang gadis yang sangat cantik yang belum pernah saya pernah meilhat seumpamanya seumur hidup. Daripada tubuhnya keluar haruman semerbak yang sangat wangi yang tidak pernah saya hidu. Dia menghulurkan sekeping kertas yang tertulis tiga rangkap syair yang bermaksud "kamu terlalu sibuk dengan keseronokan tidur sehingga kamu lupa mahligai syurga yang akan menjadi tempat kediamanmu untuk selama-lamanya dan tidak akan datang maut di sana. Bangunlah daripada tidurmu, membaca al-Quran dalam solat tahajud jauh lebih baik daripa tidur". Selepas peristiwa mimpi tersebut beliau berkata " Apabila saya mengantuk dan teringat syair tersebut maka ngantukku itu pun akan terus hilang."

Sunnah mandi wajib.


بسم الله الرحمن الرحيم


1) Terlebih dahulu membasuh kedua tangan di luar daripada bekas air. (Al-Bukhari & Muslim)

2) Kemudian membasuh kemaluan dengan tangan kiri dan juga segala kotoran yang ada pada badan. (Al-Bukhari & Muslim)

3) Kemudian menggosokan badan dengan pembersih/ penggosok. (Al-Bukhari & Muslim)

4) Kemudian berwuduk dengan sempurna. (Al-Bukhari)

5) Menyelati rambut kepala dengan air kemudian membasuh tiga kali. (Al-Bukhari)

6) Membasuh bahagian kanan dahulu. (Al-Bukhari)

7) Menggosok tubuh dan berturut-turut dalam membasuh anggota.

8) Bersungguh-sungguh membasuh bahagian lipatan pada tubuh seperti kedua belah telinga, lipatan-lipatan perut, di dalam pusat dan ketiak. (Sekiranya dia yakin bahawa air tidak sampai ke tempat tersebut melainkan dengan berbuat demikian, maka perbuatan tersebut menjdi wajib. Bukan disunatkan lagi.)

9) Membasuh sebanyak tiga kali sebagai qias kepada wudhuk.


Rujukan kitab Fikah Mazhab Syafie



Kisah pencuri yang lebih mulia dari sahabat Nabi Isa.


بسم الله الرحمن الرحيم 

Diriwayatkan dari Wuhaib Al-Wardi, ia berkata : Kami mendengar bahawa Nabi Isa a.s bersama seorang sahabat baginda, ketika sedang berjalan-jalan bertemu dengan seorang pencuri yang berada di dalam rumahnya.

Ketika sang pencuri itu melihat kedatangan Nabi Isa a.s berserta sahabatnya, Allah pun memberi hidayah kepada pencuri itu sehingga sang si pencuri itu timbul hati untuk bertaubat. Sang pencuri itu lalu berkata dalam hati, "Ini adalah Nabi Isa bin Maryam a.s sebagai Ruhullah dan kalimat-Nya, sedang seorang lagi adalah sahabat baginda. Sedangkan dirimu ini sendiri siapa wahai orang yang celaka? Pencuri dari kaum bani Israil ! kamu telah menghadang dan merampas harta benda orang lain, bahkan sering membunuh orang!"

Selepasa berkata demikian dalam hatinya, dia pun mendekati Nabi Isa a.s untuk bertaubat dan menyesali perbuatan yang pernah dilakukannya. Demikianlah, selepas pertemuaan tersebut dengan Nabi Isa a.s hatinya sekali lagi berkata-kata "Kamu ingin berjalan bersama mereka berdua? kamu tidak layak melakukan hal itu! Berjalanlah kamu di belakang mereka berdua saja sebagaimana layaknya orang-orang bersalah yang banyak melakukan dosa seperti dirimu!"

Sahabat Nabi Isa a.s kemudian menengok ke belakang dan mengetahui kalau pencuri itu mengikutinya. Dalam hati sahabat itu pun berkata, "Lihatlah orang buruk dan celaka yang sedang berjalan di belakang kita!"

Seketika itu pula Allah menampakan kepada Nabi Isa a.s apa yang mereka simpan dalam hati masing-masing yang berkatian penyesalan dan taubat si pencuri mahupun penginaan dari sahabat Nabi Isa a.s yang merasa lebih mulia daripada pencuri itu.

Allah kemudian memberikan wahyu kepada Nabi Isa a.s agar memerintahkan kepada sahabat baginda mahupun si pencuri untuk memulai lagi amal ibadatnya "Adapun sang pencuri telah Aku ampuni segala dosa yang telah lalu akibat penyesalan dan taubatnya, sedangkan sahabatmu itu telah Aku hapus semuat amalnya kerana kesombongan dan sikapnya yang merendahkan orang yabg telah bertaubat (si pencuri)"


Moral : Jangan memandang hina atau rendah kepada mereka yang sentiasa melakukan dosa.

Kisah seorang Abid dengan pelacur yang cantik.


بسم الله الرحمن الرحيم

Dari Abul-Laits Assamarqandi berkata:
“Aku mendengar ayahku bercerita: Pada suatu hari, di kalangan Bani Israil ada seorang wanita pelacur yang paling cantik. Dia selalu duduk di atas tilam di dalam rumahnya dan rumahnya itu selalu dibuka pintunya sehingga tiap orang yang berjalan di muka pintu itu akan tertarik dengan kecantikannya dan sesiapa yang hendak masuk harus membayar 10 dirham.

Maka pada suatu hari, lalulah seorang abid di depan pintu wanitu tersebut. Apabila dia terpandang wanita tersebut yang sedang duduk di atas tilam, maka dia sangat tertarik kepada wanita itu. Tetapi dia tetap berdoa semoga Allah menghilangkan perasaan yang tidak dapat dikawalnya.


Oleh kerana dia tidak dapat mengawal perasaannya, maka dia berusaha mendapatkan wang sehingga dia terpaksa menjual beberapa helai kainnya.


Apabila terkumpul wang tersebut, maka si abid pun pergi menyerahkan wang kepada wanita itu tetapi pelacur tersebut menyuruh dia menyerahkan wang tersebut kepada wakilnya dengan janji supaya dia datang pada waktu yang ditentukan.


Tepat pada waktunya, si abid itu datang sedang wanita itu telah berhias dan duduk menantikannya di atas tilamnya. Maka masuklah si abid itu dan duduk bersama wanita itu di atas tilam dan ketika si abid itu menghulurkan tangan pada wanita itu, maka teringatlah dia akan Allah melihat perbuatan hambaNya itu.


Maka gementarlah seluruh anggotanya sebab perbuatan yang terkutuk itu akan menggugurkan segala amal ibadatnya yang lalu. Maka ditanya oleh wanita itu, “Mengapakah muka kamu tiba-tiba berubah? Mengapakah dengan kamu?” Maka jawab abid itu, “Aku takut kepada Allah. Kerana itu izinkan aku keluar dari sini!” Maka berkata wanita itu, “Belum pernahkah kamu membuat perkara ini sebelum ini?” Jawab si abid, “Belum pernah.”


Maka semenjak dari peristiwa itu, wanita tersebut menutup pintu rumahnya dan bertaubat kepada Allah S.W.T. sambil berbuat ibadat. Kemudian timbul dalam hatinya, “Baik aku pergi ke rumah orang abid itu, kalau-kalau dia mahu berkahwin dengan aku dan dapatlah aku belajar agama daripadanya.” Lalu bersiap-siaplah dia membawa harta dan hambanya sehingga dia sampai pada dusun si abid itu.


Apabila abid mendapat tahu ada seorang wanita hendak menemuinya, maka keluarlah dia untuk menemui tamunya dan apabila wanita itu melihat si abid maka segeralah dia membuka tudung mukanya supaya si abid itudapat mengenalnya. Tetapi apabila si abid melihat wanita itu maka teringatlah perkara silam. Tidak semena-mena, menjeritlah dia sekuat-kuatnya sehingga dia mati di situ.


Wanita itu merasa sangat sedih dan berkata, “Aku datang ke mari semata-mata kerananya. Sekarang dia sudah mati. Adakah kaum keluarganya yang sanggup berkahwin denganku?”


Jawab orang yang ada di situ, “Ada, dia ada seorang saudara yang soleh tetapi tidak mempunyai apa-apa dan sangat miskin.”


Maka berkata wanita itu, “Tidak mengapa sebab aku ada harta yang mencukupi.”

Lalu wanita itupun berkahwin dengan saudara si abid sehingga mendapat tujuh orang anak laki-laki yang mana kesemuanya menjadi nabi-nabi Bani Israil. Wallahu A’lam.”




Kisah kemulian sifat cucu Rasulullah.


بسم الله الرحمن الرحيم

Saiyidina Hasan bin Ali r.a adalah seorang tokoh Islam yang sangat dicintai oleh umat Islam baik dahulu mahupun sekarang. Sebagai seorang cucu baginda Rasulullah, beliau adalah ibarat permata di masa hidupnya. Ini kerana dia memiliki budi pekerti yang sangat mulia lagi terpuji. Sikapnya sangat peramah, penyantun,rendah hati dan dermawan.

Pada suatu hari ketika Saiyidina Hasan sedang duduk di muka pintu rumahnya, tiba-tiba datang seorang Arab Badui lalu mencacinya. Arab Badui itu juga turut mencaci ayah serta ibu Saiyidina Hasan. Anehnya Saiyidina Hasan hanya mendengar saja segala cacian serta maki hamun orang itu tanpa sedikitpun berubah air mukanya atau menyerang balas itu.

Dengan lemah lembut Saiyidina Hasan berkata kepada Badui itu "Wahai Badui, adakah engkau lapar atau dahaga, atau adakah sesuatu yang merungsingkan engkau"

Tanpa memperduli katak-kata Saiyidina Hasan, Badui itu terus memaki hamunya. Melihatkan keadaan Badui itu tidak juga berubah Saiyidina Hasan pun menyuruh pelayan rumahnya membawa tabung yang berisi wang perak. Kemudian diapum memberikan wang tersebut kepada Badui itu sambli berkata "Maafkan saya kerana inilah saja yang saya ada. Jika ada yang lebih tidak akan saya sembuyikan darimu".

Sikap dan layanan Saiyidina Hasan yang memeranjatkan itu akhirnya telah berjaya melembutkan hati Badui itu. Tiba-tiba Badui itu menangis teresak-esak lantas sujud di kaki Saiyidina Hasan seraya berkata "Wahai cucu baginda Rasulullah. Maafkanlah aku kerana berlaku kasat terhadapmu. Sebenarnya aku sengaja berbuat begitu kerana hendak menguji kebaikan budi pekertimu sebagai cucu Rasulullah yang aku kasihi. Sekarang yakinlah aku bahawa engkau sesungguhnya mempunyai pekerti yang sangat mulia".

Begitu contoh keindahan budi yang tiada bandingnya. Orang yang kena maki hamu itu bukan saha dapat bersabat terhadap segala percubaan itu bahkan membalasnya dengan sikap yang lembut serta pemurah pula.

5 Kemulian bagi orang fakir miskin.



بسم الله الرحمن الرحيم

Abul Laits berkata : Ketahuilah bahawa bagi orang fakir miskin itu akan mendapat lima kemulian.

  1. Pahala amalnya lebih dari pahala amal orang-orang yang kaya dalam sembahyang, sedekah dan lain-lainnya.
  2. Jika ingin sesuatu dan tidak tercapai dicatat baginya pahala.
  3. Mereka lebih dahulu masuk syurga.
  4. Hisab mereka di akhirat lebih ringan.
  5. Penyesalan mereka sangat kurang, sedang orang-orang kaya ingin seperti orang fakir di akhirat, sedang orang fakir tidak ingin seperti orang yang kaya.
Anas bin Malik r.a berkata : Pada suatu hari Rasulullah SAW keluar dan memegang tangan Abu Dzar, lalu bersabda :

"Hai Abu Dzar sesungguhnya ia dihadapanmu ada bukit penghalang yang sukar didaki, tidak akan dapat mendaki kecuali orang-orang yang ringan bawaanya. Abu Dzar bertanya : Ya Rasulullah saya ini termasuk yang ringan atau yang berat? Rasulullah SAW bertanya : Apakah engaku mempunyai makan untuk hari ini? Jawabanya : Ya. Apakah mempunyai makan untuk esok pagi? Jawabanya : Ya. Apakah engaku mempunyai makan untuk lusa? Jawab Abu Dzar : Tidak. Nabi SAW bersabda : Andaikan engkau mempunyai makanan untuk lusa (untuk tiga hari) nescaya engaku termasuk orang-orang yang berat.



5 halangan untuk menjadi orang yang soleh.



بسم الله الرحمن الرحيم

SAIDINA ALI BIN ABI TALIB BERKATA; Sekiranya  kamu tidak memiliki 5 perkara nescaya seluruh manusia menjadi orang SOLEH :

1- Rela dengan kebodohan- akan berusha menambah ilmu pengetahuanya.

2- Tamak dengan harta-jika ada sifat qona’ah pasti berusaha kearah kebaikkan.

3- Bakhil  dengan kelebihan.-segala kelebihan yang Allah bagi kepadanya tidak digunakan untuk manfaat alam sejagat.

4- Riya’ dengan amalan. Apabila melakukan amalan soleh dengan baik pasti timbul dihatinya kebanggan atau merasa selesa dan melebihi daripada orang lain maka hilanglah keikhlasan kepada Allah SWT.

5-Merasa bangga dengan pendapatnya. jika dia tahu pendapatnya tidak begitu baik sedangkan pendapat orang lain baik maka ia berusaha mencari pendapat terbaik.


Kisah akibat mengutamakan isteri dari ibu.


بسم الله الرحمن الرحيم

Pada zaman Rasulullah ada seorang pemuda yang sangat rajin beribadat bernama Al-Qomah. Suatu hari, tiba-tiba dia jatuh sakit yang sangat teruk. Maka isterinya menyuruh orang memanggil Rasulullah dan mengatakan suaminya sakit terik dan dalam nazak sakaratul maut. Apabila berita ini sampai pada Rasulullah, maka baginda menyuruh Bilal r.a, Salaman r.a dan Ammar r.a supaya pergi melihat keadaan Al-Qomah.

Apabila mereka sampai di rumah Al-Qomah mereka terus mendapatkan Al-Qomah, sambil membantunya membacakan kalimah La-ilaa-ha-illallah tetapi lidah Al-Qomah tidak dapat menyebutnya.

Ketika para sahabat mendapati bahawa Al-Qomahpasti akan mati, maka mereka menyuruh Bilal r.a supaya memberitahu Rasulullah tentang Al-Qomah. Apabila Bilal sampai di rumah Rasulullah dia lantas menceritakan segala hal yang berlaku ke atas diri Al-Qomah. Lalu Rasulullah bertanya pada Bilal, "Wahai Bilal, apakah ayah Al-Qomah masih hidup? Jawab Bilal r.a "Tidak, ayahnya sudah meninggal tetapi ibunya masih hidup dan sangat tua usianya."

Kemudian Rasulullah berkat kepada Bilal, "Pergilah kamu bertanya ibunya sampaikan salamku dan kataka padanya kalau dia dapat berjalan, suruh dia datakang berjumpaku. Kalau dia tidak dapat berjalan, katakan aku akan ke rumahnya."

Maka apabila Bilal sampai di rumah ibu Al-Qomah, lalu dia berkat seperti yang Rasulullah beritahu kepadanya, maka berkata ibu Al-Qomah "Aku lebih patut pergi berjumpa Rasulullah" Lalu ibu Al-Qomah mengambil tongkat dan terus berjalan menuju ke rumah Rasulullah. sampai di sana, lalu dia memberi salam dan terus masuk dan duduk di hadapan Rasulullah.

Maka bertanya Nabi SAW kepada ibu Al-Qomah, "Terangkan kepadaku perkara yang sebenar tentang Al-Qomah. Jika kamu berdusta nescaya akab turun wahyu kepadaku" Berkata Nabi lagi, "Bagaimana keadaan Al-Qomah?"

Jawab ibunya, "Al-Qomah sangat rajin beribadat, Dia sembahyang berpuasa dan sangat suka bersedekah dengan tidak terhingga banyaknya"

Tanya Rasulullah lagi "Bagaimana hubungan kamu dengannya?" Jawab si ibu " Aku murka kepadanya" Lalu Rasulullah bertanya "Mengapa?" Jawab si ibu, " kerana dia telah mengutamakan isterinya daripada aku dan menurut kata-kata isterinya sehibgga dia menetangku" Maka berkata Rasulullah "Murka kamu itu yang telah mengunci lidahnya dari mengupa La ilaha illah"

Kemudia Nabi SAW menyuruh Bilal mencari kayu api untuk membakar Al-Qomah. Apabula ibu Al-Qomah mendengar perintah Rasulullah lalu dia bertanya "Wahai Rasulullah, kamu hendak membakar puteraku di depan mataku? Bagaimana hatiku dapat menerimanya"

Kemudia berkata Nabi "Wahai ibu Al-Qomah, siksa Allah itu lebih berat dan kekal. Oleh itu, jika kamu mahu Allah mengampunkan disa anakmu itu, maka hendaklah kamu mengampuninya. Demi Allah yang jiwaku di tangannya,tidak akan berguna sembahyangnya, sedekahnya, selagi kamu murka kepadanya"

Maka berkata ibu Al-Qomah sambil mengangkat kedua tangannya "Ya Rasulullah, aku persaksikan kepada Allah di langit dan engkau, ya Rasulullah dan mereka yang hadir di sini bahawa aku redha pada anakku Al-Qomah"

Maka Rasulullah mengarahkan Bilal pergi melihat Al-Qomah sambil berkata "Pergilah kamu wahai Bilal melihat sama ada Al-Qomah dapat mengucap La ilaha illallah atau tidak"

Kata Rasulullah lagi kepada Bilal "Aku khuatir kalau-kalau ibu Al-Qomah mengucapkan itu semata-mata kerana aku bukan dari hatinya"

Maka apabila Bilal sampai di rumah Al-Qomah, tiba-tiba terdengar suara Al-Qomah menyebut "La ilaha illallah"

Lalu Bilal masuk sambil berkata " Wahai semua orang yang berada di sini, ketahulah sesungguhnya murka ibunya telah menghalang Al-Qomah dari dapat mengucapkan kalilamh La ilaha illallah. kerana redha ibunyalah maka Al-Qomah dapat menyebut kalimah syahadat" Maka matilah Al-Qomah sebaik saja selepas dia mengucap.

Maka Rasulullah pun sampai di rumah Al-Qomah sambil berkata "Segeralah mandi dan kafakankan" Lalu disembahyangkan oleh Nabi SAW.

Sesudah dikuburkan, berkata Nabi SAW sambil berdiri dekat kubur, "Hai sahabat Muhajirin dan Ansar, sesiapa yang mengutamakan isterinya lebih daripada ibunya, maka dia adalah orang yang dilaknat oleh Allah SWT, dan tidak diterima daripadanya ibadat fardhu dan sunatnya


7 kelebihan bagi seseorang yang pendiam.


بسم الله الرحمن الرحيم

Seorang hakim berkata : Diam mengandungi 7 ribu kebaikan dan tersimpul dalam 7 kalimat dalam setiap kalimat seribu.

1) Diam itu ibadah tanpa susah payah.
2) Perhiasan tanpa berhias.
3) Kehebatan tanpa kerajaan.
4) Benteng tanpa pagar.
5) Kekayaan tanpa minta maaf pada orang.
6) Istirehat bagi malaikat pencatat amal.
7) Menutup segala aib.

Diam itu keindahan bagi orang yang alim dan penutup kebodohan bagi orang yang bodoh.


7 jenis mata yang dicintai oleh Allah SWT.


بسم الله الرحمن الرحيم

1- Mata mereka yang sentiasa berusaha ke arah melaksanakan perintah Jihad pada Jalan Allah SWT.

2- Mata yang menitis air mata kerana takutkan kebesaran Allah SWT.

3- Mata yang sentiasa bertahan atau bersabar daripada memandang perkara yang haram.

4- Mata yang memerhati kejadian Allah SWT.

5- Mata yang memandang Kitab Allah SWT-Al-Quran Al-Karim ( Membaca, mengambil pengajaran dan mengamal dalam kehidupan ).

6- Mata yang memandang mereka yang miskin dengan penuh kerahmatan dan kasih sayang.

7- Mata yang berjaga malam di jalan Allah.