Tips Jauhi Diragut,Disamun,Disantau


Klik pada gambar untuk lebih jelas

 

Kenapa Perlu Ingat Mati


Klik Pada Gambar Untuk Lebih Jelas

3 Makmum Masbuq Yang Tidak Dikira Mendapat Rakaat Bersama Imam


klik pada gambar untuk lebih jelas
 
 

Doa Supaya Anak Dijauhi Zina


Sila klik pada gambar untuk lebih jelas

Tips Mudah Bangun Untuk Berqiam / Subuh


Klik pada gambar untuk lebih jelas

 

2 Waktu Wajib Tinggal Ber"Internet"


Klik pada gambar untuk lebih jelas

 

Jangan Membunuh Haiwan Dengan Api


Klik pada gambar untuk lebih jelas.

 

Mereka Memerlukan Doa Kita


Klik pada gambar untuk lebih jelas

Kita akan dipersoalkan di depan Allah nanti apakah tanggungjawab kita terhadap saudara seagama kita yang berada disana? Sekurang-kurangnya kita berdoalah untuk mereka.

SABDA NABI "Seorang Muslim itu adalah bersaudara dengan Muslim yang lain. Dia tidak boleh menganiayanya dan tidak boleh menyerahkannya (kepada musuhnya)." (Muttafaq alaihi) 


 

Mata Yang Dibenci Allah


Klik pada gambar untuk lebih jelas




Doa Elak Azab Neraka,Kubur, Fitnah Dajjal


Klik pada gambar untuk lebih jelas



3 Ahli Sembahyang Masuk Neraka


Keterangan

Lalai - Orang yang solat dalam keadaan lalai ,hatinya masih mengingati hal-hal dunia ketika solat. Memang sukar bagi kita untuk mendapat kekusyukan dalam solat, tetapi golongan yang lalai ini
tidak cuba berusaha untuk mendapat kusyuk dalam solat. Mereka hanya solat sambil lewa dan tidak mengambil berat dalam hal-hal solat. IMAM AL-GHAZALI menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk sembahyangnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar.

Riak - Orang yang solat bukan kerana Allah tetapi kerana menunjuk-nunjuk kepada manusia, apabila orang melihatnya dia merasa senang tetapi bila dia keseorangan dia merasa malas.

Bakhil - Orang yang solat tetapi dalam masa yang sama dia tidak mengeluarkan zakat. Cinta pada hartanya sehinggakan kedekut untuk bersedekah kepada yang memerlukan



Tidur Sebentar Di Siang Hari Amalan Mulia


Klik pada gambar untuk lebih jelas



Sejauh Mana Tahap Ikhlas kita?


Klik pada gambar untuk lebih jelas.

Panduan kedudukan Imam & Makmun dalam Solat Jemaah


Klik pada gambar untuk lebih jelas



Siapa Lelaki Gagah?


Klik pada gambar untuk lebih jelas




Akhlak Pemimpin Yang Patut Dicontohi


Klik pada gambar untuk lebih jelas


Sunnah Ketika Hujan


Klik pada gambar untuk lebih jelas



10 Amalan Kebaikan Yang Sia-sia


Klik pada gambar untuk lebih jelas

Sunnah Buat Suami dan Isteri



Panggilan manja mempunyai daya penarik yang kuat untuk melunakkan hatiperempuan. Apabila mereka marah, kepanasan api marah bisa disejukkan dengan air panggilan manja.


Dari sudut psikologi, panggilan manja tidak boleh digunakan sehari-hari. Dibimbangi "auranya" menjadi biasa. Apabila ia menjadi biasa, sudah pasti ia menjadi tidak berharga.

Orang yang mendapat kereta baru, dia akan menjaga kereta baru itu dengan sebaik-baiknya. Malam sukar untuk tidur, kerana pemikiranya terikat dengan kereta baru. Pun begitu, apabila kereta baru itu sudah sampai kepada umur yang lanjut, perasaan "sukar tidur" malam itu sudah tiada lagi. Semuanya kerana,kereta itu menjadi penglihatan matanya sehari-hari.

Begitu juga, orang yang baru pandai memandu, pantang nampak kunci kereta,terasa sahaja mahu memandu. Tetapi, apabila sudah hari-hari memandu, masakan kunci kereta, melihat kereta pun kadang-kadang tidak melahirkan perasaan gelojoh mahu memandu lagi.

Persoalannya, mengapa perasaan begitu terjadi???

Ianya kerana "aura" sudah kehabisan nilai. Bagaimana "aura" itu boleh kehabisan nilai?

Puncanya apabila ianya sudah menjadi bahan harian.

Keadaan yang sama juga ketika berinteraksi dengan isteri. Kebiasaan nabi SAW memanggil isteri dengan panggilan biasa. Tetapi, dalam keadaan tertentu, nabi Saw menjadikan panggilan manja sebagai senjata tajam dalam melahirkan kemesraan.

Diceritakan dalam hadis, bahawa Aisyah ada berkata;

Maksudnya;
"Sesungguhnya surah yang mula-mula sekali aku pelajari daripada Al-Quran adalah surah Taha. Jika aku membaca "Taha.. tidaklah kami turunkan Al-Quran itu untuk kamu menjadi celaka" bersabda Nabi SAW : kamu tidak akan jadi celaka wahai 'Aisy [1] "

Hadis ini dapat dilihat, tindakan nabi SAW memanggil dengan panggilan manja itu bukanlah merupakan panggilan selalu, tetapi dalam masa-masa tertentu sahaja. Tindakan nabi melakukan sedemikian, agar aura panggilan manja itu tidak kehabisan nilai.

Bahkan jika diperhatikan kepada hadis lain, antara tindakan Nabi tempat nabiSAW memanggil isteri dengan panggilan manja, apabila baginda SAW ingin menegur isterinya yang melakukan kesilapan.

Ini disandarkan kepada hadis;

Maksudnya;
"ketika Aisyah sedang marah, nabi SAW memicit hidungnya, lalu berkata : ya'Uwaisy, katakanlah; Ya Allah yang merupakan tuhan Muhammad. Ampunilah untuku dosaku. Dan hilangkan kekerasan hatiku, dan selamatkan aku daripada fitnah yang menyesat [2] "


Dari hadis ini, kita dapat melihat bagaimana bijaknya nabi SAW dalam mengurus psikologi isterinya dalam menegur.

Apabila kita menegur kesilapan isteri, kadangkala melahirkan perasaan isteri yangagak kurang menerima teguran. Perasaan itu timbul, ekoran mereka dalamkeadaan ego.

Justeru, bagi melahirkan perasaan mereka boleh menerima teguran, psikologi yang digunakan nabi SAW adalah memanggilnya dengan panggilan yang mempunyai unsur manja dan mesra. Ini kerana, apabila unsur manja ini digunakan, past iperasaan mahu menolak teguran tidak akan berlaku.

Oleh itu, kepada para suami, jadikan hadis ini sebagai tauladan dalam menghadapiranjau dalam berumah tangga. Panggilan manja perlu dijadikan sesuatu yangberharga. Sesuatu yang berharga, tidak boleh digunakan selalu, kerana nilainyaakan lupus dari sudut perasaan hati.

Justeru, jadikanlah panggilan manja ini sebagai alat untuk meleraikan masalah,dikala berlaku krisis dan sebagainya.

Adapun panggilan harian, perlu juga mempunyai unsur bermanja, seperti soerang lelaki yang mempunyai isteri bernama Sabariyyah, maka dipanggilnya dengan"Yah" sahaja; hamidah, dipanggil dengan "mida" sahaja; Hafiza, dipanggil dengan"Fiza" sahaja dan seterusnya

Pun begitu, perlu ada juga "panggilan simpanan", dengan menyediakan panggilanyang lebih mesra dan manja berbanding panggilan mesra harian. Seperti "Wahai Sabariah Si kecil molek", "Wahai Mida si cantik manis", "Wahai Fiza si jantunghati" atau seumpama dengannya.

Ianya bukan untuk digunakan harian, tetapi sebagai panggilan untuk memberi ruang kepada hati perempuan menilai cinta dikala menghadapi krisis.

Fikir-fikirkanlah wahai para suami….

Sekian

[1]Sab'ah majlis : 10
[2]'Aml Al-Yaum wa Al-lailah : 45



3 Kesalahan Kita Menyambut Hari Lahir


Klik pada gambar untuk lebih jelas



5 tangan yang Sunat dicium.


Klik pada gambar untuk lebih jelas



Syaitan berkata, Allah menjawab


Klik pada gambar untuk lebih jelas



Kambing kecil yang menjadi penyelamat di akhirat


Klik pada gambar untuk lebih jelas


Dimanakah persamaan pada wajah seorang lelaki dan Rasulullah?


Klik pada gambar untuk lebih jelas.



Rasulullah bersukan bersama isteri


Sukan merupakan antara cara untuk menyihatkan badan. Dengan bersukan, tubuh badan akan bergerak agrasif, sudah pasti melahirkan jasmani yang sihat. Islam menyeru manusia agar hidup sihat.

Ekor
an dari itu, Islam meletakkan asas bahawa segala amalan kehidupan adalah harus, melainkan wujud nas yang menyatakan pengharamannya.

Bermaksud, semua bentuk sukan yang boleh menyihatkan badan adalah harus,selama mana bentuk sukan itu tidak terkandung unsure-unsur yang menyalahi syariat; menyalahi kandungan Al-Quran dan As-Sunnah secara Qatii, Sahih dansorih.

Justeru itulah, kita dapati bahawa Nabi SAW sendiri juga sering bersukan.Bermain pedang, memanah, menunggang kuda menjadi amalan nabi SAW dan para sahabat, lebih-lebih lagi dengan tujuan untuk menyiapkan diri dengan persediaan dalam menggerunkan musuh-musuh islam.

Firman Allah;

Maksudnya;
“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu”
(Surah Al-Anfal : 60)

Dalam keadaan begitu pun, didapati bahawa bersukan yang diamalkan oleh NabiSAW, bukan sekadar nabi bersama-sama para sahabat sahaja, bahkan ada ketika-ketika tertentu, baginda SAW bersukan bersama isteri-isteri baginda.

Antaranya adalah satu hadis Aisyah yang berkata;

Maksudnya;
“Nabi SAW berlumba-lumba denganku. Aku mendahului baginda. Ketika aku menjadi gemuk, Baginda berlumba-lumba denganku lagi, lalu Baginda telah mendahuluiku. Lalu baginda SAW berkata, ini sebagai balasan terhadap yang lalu”

Dalam riwayat yang lain pula menyatakan bahawa dalam satu permusafiran Baginda bersama para sahabat. ketika itu, Aisyah turut sama dalam permusafiran tersebut.

Dalam perjalanan, Nabi SAW memaklumkan kepada para sahabat agar mereka berjalan dahulu, meninggalkan Baginda dan Aisyah di belakang. Apabila parasahabat sudah berada jauh di hadapan, lalu Baginda berkata kepada Aisyah ajak berlumba-lumba[1].

Melihat kepada hadis ini, pasti kita akan dapat membayangkan betapa lunaknya hati nabi dalam usaha hendak gembirakan isteri-isterinya. Memandangkan NabiSAW adalah manusia yang selalu sebuk, baginda akan mengambil segala kesempatan yang ada untuk menggembirakan isteri-isterinya.

Disamping dalam permusafiran, baginda telah mengambil kesempatan yang ada dengan menjadikan sukan berlumba-lumba sebagai cara untuk bermesra dan menggembirakan isteri-isteri baginda.

Dari hadis ini juga, kita akan dapati, Nabi SAW tidak menjadikan tempat awam sebagai penghalang nabi SAW menyeronokkan isterinya. Bahkan, jika di tempat awam itu adalah ruang yang paling berkesan bagi nabi mahu gembirakan Isterinya,pasti dilakukan oleh Baginda SAW.

Sebagai isteri, pasti tindakan sebegini memberi kesan besar kepada hati mereka.hal ini dapat dibuktikan dengan hadis riwayat Aisyah ini. Walaupun kejadian tersebut telah berlalu begitu lama, tapi masih berada diingatan Aisyah sehingga kesaat Aisyah meriwayatkan hadis ini.

SekianWallahu 'Alam

[1]Musnad Ahmad : 22989.








Elakkan gantung gambar bernyawa di dalam rumah


Dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud :
“Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, p
atung, anjing dan orang yang junub.”

Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah gambar makhluk bernyawa. Dan larangan yang terdapat dalam hadith ini ialah bukan semata-mata gambar makhluk bernyawa tetapi yang dilarang ialah gambar yang di gantung pada dinding seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga.

Oleh itu gambar-gambar makhluk bernyawa seperti gambar manusia dan haiwan yang tidak digantung pada dinding di dalam rumah seperti gambar yang dismpan didalam album atau didalam komputer tidaklah menjadi kesalahan.

Ada pun gambar-gambar yang bukan bernyawa seperti gambar kereta, motosikal, gunung ganang, laut, penyapu lidi, penapis santan atau seumpamanya tidaklah haram di jadikan perhiasan pada dinding-dinding rumah.

Wallahua’lam ( Rujukan Kitab Rawa’iul Bayaan Juz 1 )

Segala kemusykilan sila rujuk orang yang a'lim.









Sunnah ketika berada di dalam Majlis


Klik pada gambar untuk lebih jelas



Warga tua tidak akan masuk syurga




Suatu saat, ada seorang wanita tua bertanya kepada Nabi SAW, “Rasulullah, doakanlah agar aku boleh masuk Syurga.”

Baginda SAW bersabda, “Aduh, Syurga itu tidak akan pernah dimasuki oleh wanita-wanita tua.

Saat itulah, adzan berkumandang. Baginda pun masuk rumah untuk bersiap-siap, lalu keluar lagi. Ternyata, dia dapati wanita tadi menangis.

Kenapa dia?” tanya baginda SAW kepada para sahabatnya.

Tadi, engkau mengatakan syurga itu tidak akan dimasuki oleh wanita tua kepadanya,dan oleh sebab itu dia menangis” ujar mereka.

Beliau SAW bersabda, “Oh itu. Maksudnya, semua wanita itu, di Syurga kelak, akan diubah menjadi muda kembali,tiada yang tua

Dan, wanita itu pun tersenyum gembira.

Rujukan : al Adzkiyaa, Ibnul Jauzi hal.11


5 binatang yang boleh dibunuh


Klik pada gambar untuk lebih jelas



Gelaran bagi yang tidak berselawat


Klik pada gambar untuk lebih jelas

Zikir pagi penambah rezeki


Klik pada gambar untuk lebih jelas




Al-quran boleh meningkatkan IQ bayi


Padam zaman yang maju ini, pelbagai jenis produk susu yang telah dikeluarkan oleh pelbagai syarikat, seperti Dumex, Nutrilon, Sustagen Junior yang berada di Malaysia, Ini adalah tujuaan untuk menjadikan bayi mempunyai minda ya
ng cemerlang.

Persoalannya disini, berapa ramai ibubapa yang sedar bahawa Al-quran adalah segala-galanya. Al-quran boleh merangsang minda anak-anak kecil seribukali lebih hebat dari produk-produk susu yang terdapat pada hari ini.

Ternyata Al-Qur’an dapat merangsang tingkat inteligensia (IQ) anak, yakni ketika bacaan ayat-ayat Kitab Suci itu diperdengarkan dekat mereka. Dr. Nurhayati dari Malaysia mengemukakan hasil penelitiannya tentang pengaruh bacaan Al-Qur’an dapat meningkatkan IQ bayi yang baru lahir dalam sebuah Seminar Konseling dan Psikoterapi Islam sekitar tujuh tahun yang lalu.

السلام عليكم . بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم.لا إله إلاَّ الله.محمد رسو ل الله
الحمد لله رب العا لمين. الصلاة و السلام على رسو ل الله.اما بعد

Dikatakannya, bayi yang berusia 48 jam saja akan langsung memperlihatkan reaksi wajah ceria dan sikap yang lebih tenang. Penulis pun mempunyai seorang anak saudara yang lahir tahun 2002. Entah ada kaitan dengan dengan argumentasi di atas, yang jelas sebelum umurnya satu tahun, ia sering baru bisa tidur bila di sampingnya diperdengarkan suara orang mengaji melalui tape recorder.

Seperti diketahui, dengan mendengarkan musik, detak jantung bayi menjadi teratur. Malah untuk orang dewasa akan menimbulkan rasa cinta. Hanya arahnya tidak tentu. Sedangkan Al-Qur’an, selain itu, sekaligus menimbulkan rasa cinta kepada Tuhan Maha Pencipta. Jadi, bila bacaan Al-Qur’an diperdengarkan kepada bayi, akan merupakan bekal bagi masa depannya sebagai Muslim, dunia maupun akhirat.

Dalam musik terkandung komposisi not balok secara kompleks dan harmonis, yang secara psikologis merupakan jambatan otak kiri dan otak kanan, yang output-nya merupakan peningkatan daya tangkap/konsentrasi. Ternyata Al-Qur’an pun demikian, malah lebih baik. Ketika diperdengarkan dengan tepat dan benar, dalam artian sesuai tajwid dan makhraj, Al-Qur’an mampu merangsang syaraf-syaraf otak pada anak.

Ingat, neoron pada otak bayi yang baru lahir itu umumnya umpama “disket kosong siap pakai”. Bererti, siap dianyam menjadi jalinan akal melalui masukan berbagai fenomena dari kehidupannya. Pada gilirannya terciptalah sirkuit dengan wawasan tertentu. Istilah popularnya apalagi kalau bukan “intelektual”. Sedangkan anyaman tersebut akan semakin mudah terbentuk pada waktu dini.

Neoron yang telah teranyam di antaranya untuk mengatur faktor yang menunjang kehidupan dasar seperti detak jantung dan bernafas. Sementara neoron lain menanti untuk dianyam, sehingga boleh membantu anak menerjemahkan dan bereaksi terhadap dunia luar.

Selama dua tahun pertama anak mengalami ledakan terbesar dalam hal perkembangan otak dan hubungan antar sel (koneksi). Lalu setahun kemudian otak mempunyai lebih dari 300 trilyun koneksi, suatu kondisi yang susah terjadi pada usia dewasa, terlebih usia lanjut. Maka para pakar perkembangan anak menyebut usia begitu sebagai golden umur bagi perkembangan inteligensia anak.
Memang bila orangtua tidak memanfaatkan kesempatan ini dengan jalan membantu dari belakang, maka tetap tidak akan mempengaruhi kemampuan otak anak dalam menganyam neoron, kerena kesempatan untuk memperkuat koneksi otak terbuka luas selama masa anak-anak. Tetapi tentu akan semakin baik bila orangtua pun ikut aktif membantu.

Dalam kaitan upaya meningkatkan pribadi Muslim, perlulah bayi sudah diperdengarkan bacaan Al-Qur’an sejak dalam rahim. Jadi, bila ada anjuran kepada ibu-ibu hamil untuk rajin membaca Al-Qur’an menjelang bersalin, itu ada dasar ilmiahnya juga. Makin baik dan benar bacaan itu, termasuk lagunya, makin baik hasilnya.

Tujuannya tentu saja bukan mengajak bayi memahami substansi atau makna kandungan ayat-ayat Al-Qur’an, tetapi memperkuat daya tangkap/konsentrasi otak bayi. Sehingga akan semakin mudahlah ia menghafal ayat-ayat Al-Qur’an beserta terjemahannya ketika sudah memasuki masa belajar.

Tidak benar semua agama sama, hanya 1 agama benar! Qur'an menulis:Siapa cari agama selain Islam,maka sekali-kali tidak diterima dari-nya, & dia di akhirat termasuk orang2 rugi (QS.3 Ali 'Imran:85).


10 mandi yang disunnatkan


Klik pada gambar untuk lebih jelas



Suami pemaaf adalah suami yang terpuji


Setiap manusia tidak lepas dari sebarang kesilapan. Walaupun seseorang itu berhati-hati dalam tindakan pun, kadangkala berlaku juga kesilapan.

Ekoran dari itulah, kita akan dapati
 islam meletakkan asas bahawa dimaafkan kepada mereka yang melakukan sebarang kesilapan.

Sabda Nabi SAW; ”Allah tidak mengambil salah dari umatku dikala mereka tersilap, lupa dan dalam keadaan mereka dipaksa [1] ”

Kesilapan itu kadangkala dilakukan oleh isteri. Kesilapan yang kecil, tidak seharusnya dijadikan modal utama untuk melahirkan pertelagahan antara suami isteri. Lebih-lebih lagi membawa kepada perceraian.

Keadaan ini dibuktikan dengan hadis riwayat Aisyah R.ha yang berkata;

”Aku dan Rasulullah SAW tidur atas satu hamparan, sedangkan ketika itu aku sedang berhaid. Darah haidku menitis terkena pada hamparan itu, didapati nabi SAW membasuh tempat titisan tersebut, dan tidak mengalihkan tempat itu, kemudian baginda menunaikan solat di situ. Apabila darahku menitis terkena pakaian baginda, Baginda SAW sendiri membasuh tempat yang kena titisan darah itu, dengan tidak mengalihkan tempat lain, kemudian menunaikan solat dengan pakaian itu [2] ”

Dari hadis ini, kita akan dapati betapa lunaknya hati nabi SAW dalam menghadapi kesilapan isterinya yang tidak berhati-hati dengan titisan darah haid, sehinggakan ditempat tidur dan juga pakaian Nabi pun terkena dengan titisan darah itu.Didapati, Baginda SAW tidak bertindak memarahi isterinya atas kesilapan tersebut.

Jika diperhatikan balik pada hadis ini, masakan marah, bahkan nabi SAW sendiri bertindak membersihkan titisan darah haid isterinya itu, walaupun jika dilihat kepada tafsiran oleh sebilangan masyarakat kita, ianya dilihat sebagai ”jijik” atau tindakan orang yang ”takut bini”.

Tindakan Nabi SAW ini perlu dijadikan contoh dan tauladan oleh para suami. Iaitu, hendaklah mengambil sikap memahami dan mengerti keadaan isteri. Sebagai suami, dengan kesilapan kecil sebegini tidak selayaknya dijadikan modal untuk memarahi isteri atau menyingkap kalimah jijik dihadapan isteri.

Jika keadaan ini mampu dilakukan oleh suami, pasti isteri akan merasakan bahawa mereka disantuni suami mereka sendiri, dan sudah pasti perasaan cinta dan mesra kepada suaminya akan bertambah kuat.

Sekian

Wallahu ’Alam

[1]As-Sunan Al-Kubra : 7/387.
[2]Sunan Abi Daud : 235



Langkah zina facebook


Gambar di atas menunjukkan langkah bagaimana zina itu boleh berlaku pada hari ini, dari dunia maya ke dunia realiti. Kita sewajarnya menjauhi perkara-perkara yang keji.



Amal ketika sakit yang membawa kematian


Banyakkanlah membaca Surah Al-Ikhlas walaupun di dalam hati.



Pentingnya izin suami bagi si isteri


Klik pada gambar untuk lebih jelas

Kandungan Bab:

1. Haram hukumnya atas seorang isteri mengizinkan siapa pun masuk ke dalam rumah suaminya kecuali dengan izinnya, baik si suami ada di rumah maupun sedang ke luar. Adapun perkataan, “Sedang ia hadir (ada di rumah)” maka Ibnu Hajar al-Ashqalani mengatakan dalam Fathul Bari (IX/296), “Kondisi syarat ini tidak ada mafhumnya, namun disebutkan karena faktor kebiasaan. Sebab keluarnya suami bukan berarti si isteri boleh mengizinkan orang lain masuk ke dalam rumahnya. Bahkan larangannya lebih keras lagi karena adanya hadits-hadits yang melarang masuk ke dalam rumah seorang wanita yang sedang sendiri, yang seorang isteri yang suaminya sedang pergi ke luar rumah.

Mungkin juga ada mafhumnya, jika si suami ada di rumah maka mudah meminta izin kepadanya. Dan jika si suami tidak ada di rumah andaikata ada keperluan darurat untuk masuk ke dalam rumahnya maka tidaklah perlu meminta izin karena adanya udzur.

Kemudian semua itu berkaitan dengan masuk menemui si isteri, adapun mutlak masuk ke dalam rumah misalnya si isteri mengizinkan seseorang masuk ke salah satu tempat dalam rumah untuk keperluaan rumah itu atau ke rumah yang terpisah dari rumah yang ditempatinya, maka dzahirnya masalah ini disamakan dengan masalah yang pertama.”

2. Harus mendapat izin yang jelas dari suami dalam hal tersebut, wallahua’lam.

3. Izin masuk rumah merupakan hak suami, oleh karena itu tidak boleh dipalsukan atas nama suami.

4. Hukum ini berlaku selama si isteri tidak mengetahui
ridha suaminya terhadap orang tersebut, namun bila si isteri mengetahui bahwa si suami jelas ridha terhadap orang tersebut maka tidak ada masalah bagi si isteri untuk mengizinkan orang tersebut masuk. Berdasarkan hadits Amru bin al-Ahwash, “Janganlah ia izinkan siapapun yang kamu benci masuk ke dalam rumahmu.”

Sumber: Diadaptasi dari Syaikh Salim bin ‘Ied al-Hilali, Al-Manaahisy Syar’iyyah fii Shahiihis Sunnah an-Nabawiyyah, atau Ensiklopedi Larangan menurut Al-Qur’an dan As-Sunnah, terj. Abu Ihsan al-Atsari (Pustaka Imam Syafi’i, 2006), hlm. 3/39-40.



Panduan mudah menghafal Al-Quran


Klik pada gambar untuk lebih jelas



10 surah mencegah 10 penyakit



Klik pada gambar untuk lebih jelas


Sunnah Aidilfitri



Antara amalan Rasulullah SAW pada Hari Raya.



Rasulullah dan pengemis yahudi buta.


Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah s.a.w. mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w. menyuap makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w melakukannya hingga menjelang Nabi Muhammad s.a.w. wafat. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah itu?", tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah s.a.w. selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Ke esokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "Siapakah kamu ?". Abubakar r.a menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a



Tahukah anda wahai Muslimah?


(Klik pada gambar untuk lebih jelas)

1- Terdapat satu surah di dalam AL-Quran yang menceritakan mengenai wanita iaitu Surah Nisaa.

2- Orang yang pertama mati Syahid adalah wanita iaitu Summayah RA.

3- Orang yang pertama beriman kepada NABI SAW adalah wanita iaitu Siti Khadijah RA.

4-  Pesanan NABI SAW sebelum baginda wafat kepada masyarakat supaya memelihara wanita dengan sebaik-baiknya.

5-  Wanita adalah separuh daripada keluaraga / masyarakat / negara mereka pemberi semangat kepada yang lain. Betapa tingginya martabat seorang wanita.

6-  Diri seorang wanita adalah sangat berharga, islam telah memelihara kesucian wanita dengan berhijab.



Sunnah di dalam bulan Ramdhan


Klik pada gambar untuk lebih jelas



Tidur sambil mendengar bacaan ayat Al-quran



Tidur disamping mendengar ayat-ayat suci Al-Quran dapat memberi ketenangan dan kerehatan yang sebenar, semasa tidur manusia dapat menyimpan suara yang didengari, oleh yang demikian dengan mendengar ayat-ayat suci al-Quran memudahkan hafalan kepada pebghafiz Al-Quran, begitu juga kepada ibu bapa digalakkan membaca doa dengan suara perlahan-lahan ketika anak sedang tidur agar mendapat kerahmatan daripada Allah SWT.

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebagian dari karuniaNya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan. (Surah Ar-Rum.Ayat : 23)

Formula mudah mencari Juzu di dalam al-quran


Klik pada gambar untuk lebih jelas


Rasulullah sentiasa mandi bersama Isteri


Imam Al-Bukhari meriwayatkan :

Maksudnya; "Daripada Aisyah R.Ha berkata : aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW daripada satu bekas. tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu)[1]"

HURAIAN

Dari hadis ini, kita dapat melihat bagaimana indah dan romantiknya Nabi Saw dengan Isteri-isterinya. Gambaran romantic ini, dirakamkan sendiri oleh Aisyah yang bercerita bagaimana Baginda SAW boleh mandi bersama-sama sehingga tangan mereka berselisih dan berganti-gantian.

Mandi yang dimaksudkan dalam perbincangan ini, tidak dikhususkan kepada mandi biasa, bahkan termasuk juga mandi jinabah atau disebut sebagai mandi wajib. Dalam hadis riwayat Imam Muslim, ada dinyatakan;

Maksudnya:"Aku selalu mandi bersama dengan Rasulullah SAW daripada satu bekas, dan kami ketika itu sedang berjunub[2]"

Tindakan nabi SAW ketika mandi itu, tidak sekadar mandi bersama-sama, bahkan Aisyah juga pernah bercerita bahawa ketika sedang Nabi SAW mandi bersama,
Baginda SAW merungkai-rungkaikan rambut Aisyah[3].

Dan pernah sambil mandi, mereka bergurau-gurau. Mereka berdua bermain-main air, dengan berebut-rebut mengambil air sehinggakan Aisyah dalam suasana sedang berseronok-seronok meminta kepada Nabi agar air itu disimpan untuknya
kerana semuanya telah diambil oleh Nabi SAW[4].

Bahkan dalam hadis yang lain, Ummu salamah pernah bercerita bahawa dia mandi bersama dengan Nabi SAW dan ketika itu Baginda menciumnya. Hal ini berlaku, ketika Baginda sedang berpuasa[5].

Dengan ulasan ini, penilaian yang kita dapat ambil adalah, sebagai manusia yang menjadi Umat Nabi Muhammad SAW, selayaknya kita mencontohi amalan Rasulullah SAW ini.

Anggapan yang mengatakan bahawa mandi bersama-sama dengan Isteri merupakan amalan jelek, merupakan satu anggapan yang salah dan tersasar dari ajaran islam. Bahkan, jika ditanya kepada kaum hawa, pasti mereka akan
merasakan dihargai jika mereka diperlakukan sedemikian oleh suami mereka.

Sebagai isteri pula, tidak selayaknya kaum hawa menolak apabila di ajak oleh suami mereka untuk mandi bersama. Lihatlah Aisyah dan Ummu Salamah yang tidak menolak ajakan Nabi SAW untuk mandi bersama-sama. Bahkan, dilihat bahawa Aisyah amat berbangga dengan tindakan Nabi yang mandi dengannya sehingga sanggup menceritakan hal ini. Jika tidak, masakan kisah ini dibukukan
dalam kitab-kitab hadis.

Sekian

[1] Sahih Al-Bukhari : hadis no : 253.
[2] Sahih Muslim : 482.
[3] Sahih Muslim : 498.
[4] Sunan An-Nasai : 239.
[5] Mushad Ahmad : 25355