الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ Alhamdulillahirobbilalamin



بسم الله الرحمن الرحيم

Buku-buku dekat gambar atas tu. Buku-buku yang selalu aku baca. Bila masa tengah baca ada isi-isi yang best ,aku akan kongsikan pada blog ni atau facebook. Dapat jugak la tambahkan ilmu dengan selalu membaca buku-buku tu. Antara bukunya ialah :
1. Sirah 25 Kenabian
2. Fadhilat Amal
4. Terpelanting Dari Siratulmustakim
5. Penampilan Sunnah Rasulullah SAW
Bila sudah ada ilmu sikit-sikit, kongsilah pada semua orang, kerana bila kita sudah mati, pahala akan terus mengalir jika ilmu yang kita kongsikan pada orang itu dimanfaatkan olehnya.

Berdasarkan Hadis Rasulullah SAW : "Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).

Sabda Baginda lagi : "Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat."