بسم الله الرحمن الرحيم
Ini buat kali pertamanya Zairi ingin menjejak kakinya ke Kuala Lumpur. Zairi merupakan seorang anak kampung yang berasal dari Banting dan berumur 18 tahun. Tujuaanya Zairi ke KL hanya untuk mendapatkan pengalaman baru dan ingin melihat suasana KL. Sungguh berbeza keadaan KL dengan kampungnya. Tepat jam 12 tengah hari. Zairi sampai di KL, dia memulakan perjalanannya dengan mengunjungi sebuah Mall yang terdapat di KL.
Mall itu amat la luas bagi Zairi. Tanpa dia sedari, dia sudah berlegar-legar di dalam Mall itu lebih dari 1 jam, dan dia berhajat untuk menunaikan solat zohor. Dia binggung kerana tidak menjumpai Surau atau kaunter pertanyaan. Mujurlah ada sekumpulan budak-budak KL yang sedang melepak. Zairi menyapa mereka dan seorang antara mereka melayan Zairi iaitu dirinya digelar sebagai Sam.
Zairi : Assalamualaikum.
Sam : Walaikumssalam. (Terkejut)
Zairi : Maaf menganggu, boleh saya bertanya sesuatu?
Sam : Boleh, apa dia?
Zairi : Abang selalu tak lepak kat sini?
Sam : Selalu gak la, boleh kata seminggu tu 2 kali atau sekali. Asal?
Zairi : Abang selalu lepak kat sini pukul berapa hingga ke pukul berapa?
Sam : Selalu 12 tengah hari aku da ada kt sini da, malam tu aku balik la.
Zairi : Jadi, mesti abang sudah kenal dan sudah hafal kedudukan kedai-kedai di dalam Mall ni kan?
Sam : Mestilah, tempat ni bukan besar pun. Asal kau nak pergi mana?
Zairi : Ok, kalau macam tu abang boleh tunjukkan saya tak Kopitiam dalam Mall ni dekat mana? (Zairi cuba menguji)
Sam : Ada dekat G floor, tapi aku rasa kau pergi food court lah sesuai. Situ ada yang murah-murah (Sam memandang rendah kepada Zairi)
Zairi : Ok, kat mana pulak food court tu?
Sam : Kau pergi LG floor, nanti kau mesti jumpa.
Zairi : (Tersenyum) Terima kasih. Bang, saya nak tanya lagi?
Sam : Apa lagi?
Zairi : Abang kan selalu lepak di sini, saya nak tanya, Surau pulak kat mana?
Sam : Errkk.. (Diam dan hanya memandang kiri dan kanan)
Zairi : (Zairi tersenyum) Kenapa abang diam? Kedai-kedai abang tahu, takan Rumah Allah abang tidak tahu?
Sam : (Tunduk malu)
Zairi : Takpa lah abang, saya cuba cari sendiri. Terima kasih ya tolong saya. Assalamualaikum.
Sam : (Diam dan di dalah hati berkata "ya Allah, kau telah buka pintu hati ku")
Sumber : Reka sendiri