Tak Solat hidup senang. Solat tapi hidup susah. Mengapa?





بسم الله الرحمن الرحيم


Cuba berborak dengan orang yang tidak pernah solat. Tanya dia kenapa tidak solat. Tak takut dosa ker. Jika dijawabnya malaslah, tak sempatlah namun dalam masa yang sama dalam diri dia tetap ada rasa bersalah, dia berdosa tapi iman masih ada dalam diri dia.

Namun demikian, jika dijawabnya, tak solatpun boleh hidup senang lenang, tak ada masalah pun. Jika disambung lagi, tengok orang yang solat tak pernah tinggal tapi hidup susah memanjang. Apa guna solat katanya. Itu tandanya imamnya makin goyang. Tak mustahil dia boleh tergelincir akidah. Apatahlagi jika dia anggap solat tidak wajib sudah sah gugur akidah dia. Nauzubillahi min zalik.

Banyak orang tidak solat sebab inilah. Sebab pertama dia ukur diri dia. Kedua dia ukur orang lain.

Bila dia ukur diri dia - dia tak solat tapi hidup tetap gembira. Duit senang lenang. Bisnes maju. Tidak pernah rasa sakit. Tidak pernah rasa bimbang. Makan berselera macam biasa. Jadi dia rasa tak ada bezanya dia solat ke tidak. Buat apa susah-susah solat kalau semua yang dia nak ada depan mata.

Ukuran kedua dia lihat orang lain. Orang lain yang hari-hari ke masjid, solat wajib tidak pernah tinggal, solat sunat hari-hari buat tapi dia tengok orang tu tak sesenang diapun. Naik motor buruk macam tu jugak. Rumah dinding papan buruk berbumbungkan zink bertampal-tampal macam tu jugak. Patutnya dia rajin solat, Allah dah bagi rezeki melimpah ruah dekat dia. Tapi tak adapun. Akhir sekali ukuran jahil dia kata kalau macam tu baik tak payah solat kalau gitu.

Ramai golongan macam ni dalam masyarakat. Solat dianggap tidak bernilai. Bahkan lebih teruk anggap solat boleh menyekat rezeki. Semuanya kerana cetek ilmu agama. Ada satu kisah menarik untuk saya kongsikan. Dalam majlis agama selalu sebut kisah ni untuk teladan.

Ada dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, seorang lagi muslim yang taat kepada Allah. Ketika menebar jala, nelayan yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala nelayan muslim itu membaca bismillah. Bila tiba masa jala diangkat, nelayan penyembah berhala mendapat banyak ikan, sedangkan nelayan muslim tadi, tidak memperolehi seekorpun. Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada Allah " Ya Allah, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, Kau berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambamu yang menyebut namaMu, Kau tidak memberikan dia apa-apa." Allah menjawab, “ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti Neraka. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadanya? Tetapi hambaKu yang beriman itu, Aku hendak memberi ganjaran syurga, maka Aku suka mengujinya untuk melihat kebenaran imannya”.

Saya pasti ramai yang pernah dengar cerita ini termasuk orang yang tidak solat tersebut. Peringatan dari Allah amat jelas. Sama ada kita nak faham atau tidak itu jer.

Jangan bersangka baik dalam keadaan kita gembira kerana tidak solat. Tidak solat bermakna lain-lain ibadat kita - puasa, zakat, sedekah tidak bernilai di sisi Allah. Azab akhirat pasti tersedia jika kita dijemput dalam keadaan kita tidak pernah mengenal sejadah.

Siapakah? Suami Dayus Rela Isteri Diperkosa Sebelum Malam Pertama


بسم الله الرحمن الرحيم

Saat menjadi raja sehari adalah saat yang sangat berharga bagi ramai pasangan yang telah lama bercinta. Setelah akad nikah dilafazkan di hadapan wali dan para saksi, maka sempurnalah syarat bagi mengisytiharkan mereka sebagai pasangan suami isteri yang sah. Malam pertama ditunggu-tunggu.

Ramai yang leka. Sebenarnya Perkahwinan adalah soal tanggungjawab. Lelaki yang menikahi itu adalah seorang khalifah (ketua) yang dilantik di dalam sebuah kerajaan yang dipanggil (keluarga). Maka, sangat besar dan berat akan tanggungjawab seorang suami khususnya di dalam misi memelihara maruah isterinya dan memimpin isterinya menuju ciri isteri solehah.

Malang sekali, ada ramai lelaki yang awal-awal bergelar suami, sudah pun bergelar DAYUS di sisi Allah. Memang amat berat penyataan ini, namun buktinya boleh dillihat nyata di dalam maysrakat Melayu kita hari ini.
Sewaktu akad nikah berlangsung, isterinya duduk tidak jauh di satu sudut sambil tersipu malu. Mukannya berseri dengan solekan tebal, anggun di sebalik baju pernikahan yang cantik dan rambut hitamnya bersanggul kemas, diselitkan sekuntum bunga mawar. Tetamu-tetamu lelaki bukan muhrim melihat aurat rambut isterinya yang tidak bertudung itu.

Kemudian, di saat persandingan pula, persalinan pun ditukar. Si suami dan isteri berarak menuju jinjang pelamin. Suami segak berbaju Melayu, bersamping dan bertanjak dan si isteri memakai tudung. Nampak lebih Muslimah tatkala melihat si isteri bertudung. Namun di bawah, terbujur sepasang baju pengantin yang sendat mengikut bentuk dada dan pinggang isterinya. Seperti ratu kebaya. Akibat rekaan sendat yang disengajakan, tetamu-tetamu majlis hari itu secara percuma dihidangkan dengan dua bonjolan cantik yang sangat ketara daripada dada isterinya. Bahagian lengan baju yang jarang menampakkan kulit lengannya yang putih melepak. Persalinan yang sendat hingga ke bahagian punggung dan peha akhirnya menyebabkan setiap kali isterinya berjalan, kain pengantinnya yang juga lembut melekat dan mengikut alur bentuk betis dan pehanya pada setiap langkah. Sangat seksi.

Para tetamu lelaki bukan muhrim yang berada di sekeliling terpaku melihat isterinya dan ada yang sambil memuji tuah si suami mendapat isteri yang cantik. Tetapi, di dalam benak nafsu serakah mereka, hanya Allah sahaja yang tahu. Nafsu mereka tercetus setelah melihat si isteri tadi dan beberapa di antara mereka sudah pun ‘merogol’ isteri lelaki tersebut di dalam fantasi kotor mereka. Kasihan, isteri itu telah ‘dinodai’ sebelum malam pertama bersama suaminya.

Pada saat raja sehari itu jugalah, secara rasminya si lelaki itu menjadi SUAMI YANG DAYUS. Dia telah mula menanggung dosa besar akibat maksiat mata dan akal yang telah dicetuskan oleh cara berpakaian isterinya yang tidak memelihara aurat dengan sempurna.

Pramugari yang cantik VS Ulama.


بسم الله الرحمن الرحيم

Seorang ulama sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwuduk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwuduk. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya kesingki, seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama itu lalu menegurnya...

Pramugari : (Dengan suara yang agak keras) Tuan tidak boleh masukkan kaki dalam singki tu, sebab mengotorkan singki.Ini tempat basuk muka, bukan basuh kaki!

Ulama : (Dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari cuci muka saudari dalam sehari?

Pramugari : (Dengan lagak angkuh) Huh! Dua atau tiga kali sehari!

Ulama : (Dengan sifat bersahaja) Saya mencuci kaki lima kali dalam sehari. Ini bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari!


Pramugari : (Terdiam)

LELAKI juga RAMAI yang MASUK NERAKA

بسم الله الرحمن الرحيم

Kalau dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia.


Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada panas api neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia semasa hidup di dunia.
Justeru, apabila kita lihat beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan kepada kita bahawa orang lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni neraka. Ini berdasarkan keterangan Al-Quran seperti istilah ‘Ashabun Nar’ (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w. seperti golongan ‘dayus’, peminum arak dan anak-anak derhaka.
Apa yang menarik perhatian dalam isu yang ingin dibangkitkan di sini ialah golongan dayus seperti yang ditegaskan dalam sebuah hadis baginda. Ramai daripada kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari bahawa mereka boleh termasuk golongan yang dayus dan tempat golongan ini di akhirat tidak lain adalah neraka.
Mengapa neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini sama ada seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka.

Nabi SAW bersabda :-
ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي
Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )
Dalam sebuah hadith lain pula :
 ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .
Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

Remaja yang failed lepak di shopping Mall selalu.




بسم الله الرحمن الرحيم

Ini buat kali pertamanya Zairi ingin menjejak kakinya ke Kuala Lumpur. Zairi merupakan seorang anak kampung yang berasal dari Banting dan berumur 18 tahun. Tujuaanya Zairi ke KL hanya untuk mendapatkan pengalaman baru dan ingin melihat suasana KL. Sungguh berbeza keadaan KL dengan kampungnya. Tepat jam 12 tengah hari. Zairi sampai di KL, dia memulakan perjalanannya dengan mengunjungi sebuah Mall yang terdapat di KL. 

Mall itu amat la luas bagi Zairi. Tanpa dia sedari, dia sudah berlegar-legar di dalam Mall itu lebih dari 1 jam, dan dia berhajat untuk menunaikan solat zohor. Dia binggung kerana tidak menjumpai Surau atau kaunter pertanyaan. Mujurlah ada sekumpulan budak-budak KL yang sedang melepak. Zairi menyapa mereka dan seorang antara mereka melayan Zairi iaitu dirinya digelar sebagai Sam.

Zairi : Assalamualaikum.
Sam : Walaikumssalam. (Terkejut)
Zairi : Maaf menganggu, boleh saya bertanya sesuatu?
Sam : Boleh, apa dia?
Zairi : Abang selalu tak lepak kat sini? 
Sam : Selalu gak la, boleh kata seminggu tu 2 kali atau sekali. Asal?
Zairi : Abang selalu lepak kat sini pukul berapa hingga ke pukul berapa?
Sam : Selalu 12 tengah hari aku da ada kt sini da, malam tu aku balik la.
Zairi : Jadi, mesti abang sudah kenal dan sudah hafal kedudukan kedai-kedai di dalam Mall ni kan?
Sam : Mestilah, tempat ni bukan besar pun. Asal kau nak pergi mana?
Zairi : Ok, kalau macam tu abang boleh tunjukkan saya tak Kopitiam dalam Mall ni dekat mana? (Zairi cuba menguji)
Sam : Ada dekat G floor, tapi aku rasa kau pergi food court lah sesuai. Situ ada yang murah-murah (Sam memandang rendah kepada Zairi)
Zairi : Ok, kat mana pulak food court tu?
Sam :  Kau pergi LG floor, nanti kau mesti jumpa.
Zairi :  (Tersenyum) Terima kasih. Bang, saya nak tanya lagi?
Sam : Apa lagi?
Zairi : Abang kan selalu lepak di sini, saya nak tanya, Surau pulak kat mana?
Sam : Errkk.. (Diam dan hanya memandang kiri dan kanan)
Zairi : (Zairi tersenyum) Kenapa abang diam? Kedai-kedai abang tahu, takan Rumah Allah abang tidak tahu?
Sam : (Tunduk malu)
Zairi : Takpa lah abang, saya cuba cari sendiri. Terima kasih ya tolong sayaAssalamualaikum.
Sam : (Diam dan di dalah hati berkata "ya Allah, kau telah buka pintu hati ku")

Sumber : Reka sendiri



Cinta disebabkan oleh syaitan.




بسم الله الرحمن الرحيم


Tersebutlah kisah, seorang "lelaki A" datang berjumpa dengan seorang perempuan.. perempuan ini adalah yang paling "hot" di kampusnya, kerana memiliki rupa paras yang cantik dan menawan..
sifat pada perempuan ni yang paling orang suka adalah kerana dia ni seksi dan berada..


nak dipendekkan cerita, kita lihat dialog yang berlaku antara lelaki A dan perempuan tersebut..
tapi sebelum tu, biar ana bagi tau kalian ciri-ciri lelaki A tu..
lelaki A merupakan anak seorang Dato’ yang sememangnya kaya, kacak dan bergaya..
nak pergi kampus pun pakai kereta mewah, kemudian ada driver pulak tu..
awek mana tengok mesti melopong biji mata..

Alice : Apasal awak datang nak jumpa saya?
Lelaki A : Saya dah jatuh cinta kat awak..
Alice : (memandang lelaki itu dengan sinis) sebab?
Lelaki A : Kerana awak cantik.. Sesiapa yang memandang awak sekilas pasti tak puas.. Sudikah awak jadi gf saya?
Alice : Tapi..
Lelaki A : Jangan risau Alice.. Saya ada segala-galanya.. Harta.. kebahagiaan.. dan apa je awak mintak, saya boleh bagi..
Alice : Maafkan saya, saya ada kuliah.. (perempuan itu sengaja membuat dalih)




seminggu kemudian, perempuan "hot" ni didatangi seorang lelaki lagi, kita namakan lelaki ni "lelaki B".. penampilan lelaki B ni agak islamik..
pakai baju Melayu siap bersongkok pula tu.. tapi, hati dia hanya tuhan sahaja yang tahu.. apa-apa pun, kenalah bersangka baik..

Alice : Ha, ada apa erk?
Lelaki B : Assalamualaikum.. (ucap lelaki tu lembut)
Alice : (agak terkedu seketika) Waalaikumsalam.. Kenapa awak datang nak jumpa saya?
Lelaki B : Saya.. saya..
Alice : Kenapa? cakaplah..
Lelaki B : Saya jatuh cinta kat awak..
Alice : Sebab?
Lelaki B : Perlukah bersebab?
Alice : Ya. Sebab saya tak pernah kenal awak, tau2 awak dah jatuh cinta..
Lelaki B : Baiklah, saya cintakan awak kerana Allah telah ciptakan perasaan cinta dalam hati saya untuk awak..
Alice : Owh.. (Perempuan itu melihat jam tangannya) Maaflah, saya ada study group.. Lain kali kita borak lagi..



maka tertinggallah lelaki B keseorangan tanpa sebarang jawapan dari sang gadis itu..
seminggu yang seterusnya, perempuan itu didatangi oleh seorang lagi lelaki iaitu "lelaki C".. kali ini, lelaki C berpenampilan biasa dan sederhana saja..
wajahnya juga tidaklah sekacak mana namun ada sesuatu pada wajah itu.. tapi entahlah apa benda..
perempuan itu mengukir senyuman manis untuk lelaki itu kerana dia pasti bahawa lelaki ini pasti akan bercakap benda yang sama..




Alice : Saya tau kenapa awak datang nak jumpa saya..
Lelaki C : (Termangu seketika) Awak dah tau?
Alice : Why not? Awak cintakan saya?
Lelaki C : Ya, saya menyintai awak..
Alice : (tersenyum sinis) Well, kenapa pulak? Sebab Allah telah menghadirkan perasaan cinta kat dalam hati awak untuk saya?
Lelaki C : (hanya mampu tunduk)
Alice : Kenapa diam? atau.. awak jatuh cinta di sebabkan rupa saya.. atau saya ni seksi.. atau.. saya ni anak orang berada..
Lelaki C : Demi Allah, semua itu tak betul.. (Lelaki C berubah menjadi tegas).. Ya, memang benar saya jatuh cinta kat awak tetapi bukan kerana Allah atau kerana kecantikan awak, harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan Syaitan Durjana.. Syaitan yang mendorong saya untuk mengejar awak.. Ke mana saja awak jalan, mata saya akan mengekori awak.. Tatkala rambut ikal awak terbang ditiup angin, saya rasa perasaan saya kacau.. Wajah cantik awak sentiasa datang bermain di jiwa saya pada hal saya tak menginginkannya.. Saya rasa rimas dengan perasaan saya.. Saya semakin hanyut.. Semakin terleka..
Alice : (terkedu) Apa awak nak?
Lelaki C : Saya tak mahukan apa-apa.. Mungkin hanya sekelumit simpati.. Hanya kalau awak sudi.. Maafkan saya, saya mohon untuk berlalu..
Alice : Nanti dulu, siapa nama awak? Macam mana saya nak tolong awak?
Lelaki C : Nama saya, ah, tak layak saya nak beritahunya kat awak.. Sesungguhnya nama yang saya pinjam ini sungguh mulia.. Saya pasti awak tau apa nak dibuat.. Maafkan saya, saya tak sanggup nak berlama-lama di sini.. Syaitan itu sentiasa membisikkan perkara yang jahat ke telinga manusia.. Salamu’alaikum..


Alice hanya melihat langkah lelaki itu tanpa sepatah kata..
2 tahun kemudian..
Akif merehatkan dirinya di pelantar rumah sambil menghirup udara segar pagi.. tiba-tiba dia disapa oleh ibunya..

Ibu : Akif, ibu teringin nak tengok Akif berumah tangga.. Akif tak de ke pilihan hati Akif sendiri?
Akif : Entahlah ibu.. Susah kita nak mencari pasangan yang betul-betul berdiri di atas landasan yang teguh..
Ibu : Akif, ibu faham.. Memang susah nak cari orang yang seperti itu, kalau ada pun, nisbahnya kecil.. Manusia makin hanyut ditelan arus dunia..
Semakin moden, semakin lupa tanggungjawab kita sebagai muslim.. Tapi Akif, kita juga boleh menjadi pengubah..
Akif : Ibu.. Akif faham.. Insya Allah ibu, Akif akan cari seorang perempuan.. jika dia tak seperti yang Akif harapkan, Akif yang akan membentuk dia, mengubah dia.. Akif akan cuba laksanakan permintaan ibu..
Ibu : (tersenyum) Akif, ibu rasa, ibu sudah berkenan dengan seorang gadis ini.. Dia baik dan manis juga orangnya.. Pekerjaannya juga mulia.. Dia bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah agama.. Ibu dah berbual-bual dengan ibu bapanya.. Baik sungguh mereka itu..
Akif : Siapa dia ibu? siapa nama dia?
Ibu : Nur Alissa Zakiyyah..


seminggu sebelum hari pertunangan..
waktu itu, Akif berada di rumah Nur Alissa Zakiyyah.. baru kali pertama Akif ke sana.. rumah yang dijejakinya ini sungguh besar dan luas..
halamannya juga menarik bersama landskap yang begitu teratur..
bunga-bungaannya memukau mata.. suasana agak hingar-bingar..
ibu Akif berada di dalam rumah mungkin sedang sibuk membantu mereka yang lain menyiapkan juadah makan tengah hari bersama..


Akif berjalan menuju ke suatu sudut di halaman itu namun langkahnya terhenti apabila terlihat seorang gadis bertudung hijau lembut sambil mengenakan pakaian baju kurung..
entahlah baju kurung jenis apa yang penting ianya gubahan moden seiring mengikut zaman..
gadis itu seperti pernah dilihatnya di dalam sekeping gambar.. gambar yang diberi ibunya.. mungkinkah itu bakal tunangnya?
Akif memberanikan diri untuk menyapa gadis itu..





Akif : Assalamu’alaikum..
Alissa : Wa’alaikumsalam.. (Alissa tersenyum lantas membelakangi Akif)
Akif : Awakkah Nur Alissa Zakiyyah??
Alissa : Dan awak pula Akif Rahmankan? (soal Alissa tanpa menjawab pertanyaan Akif terlebih dahulu)
Akif : ya.. Akif Rahman Bin Razaq.. Awak belum jawab soalan saya..
Alissa : Hum.. akhirnya..
Akif : (Akif hairan) Kenapa? Pernahkah kita bertemu atau berkenal?
Alissa : Ya..
Akif : Siapakah awak? (tanya Akif penuh kehairanan)
Alissa : Nama saya Nur Alissa Zakiyyah binti Aziz.. Sayalah Alice..
Akif : (terkesima) Subhanallah.. Awak dah berubah, saya langsung tak cam awak.. Macam mana awak boleh jadi macam ni?
Alissa : Bukankah awak yang meminta sekelumit simpati dari saya?
Akif : Alice.. (terharu..)
Alissa : Akif, saya dah jatuh cinta kat awak.. Dah lama..
Akif : Sebab?
Alissa : Saya mencintai awak kerana agama yang ada pada awak..


Akif hanya mampu tersenyum.. (':






Cara hindari daripada hasutan syaitan.


بسم الله الرحمن الرحيم
Walaupun kita tak nampak syaitan, tetapi kalau fikir betul-betul memang berguna juga cara yang aku tahu untuk hindari daripada hasutan syaitan nih. Caranya contoh :

Lepas isyak, kalau kita rasa berat sangat nak buat solat witir 1 rakaat, kita cuba buat 3 rakaat pulak.

Kalau rasa berat sangat nak menderma RM 1, kita cuba pulak derma RM 5 pulak.

Kalau rasa malas sangat nak baca Al-Quran walaupun 1 baris, kita cuba baca 1 muka pulak.

Tengah online tu,tiba-tiba dalam hati terasa nak buat jahat je, kita pasang orang mengaji Al-Quran.

Dengan cara-cara ini syaitan akan takut nak hasut kita lagi, sebab makin syaitan hasut, makin banyak amalan kita.

Sumber : Kuliah Maghrib.





الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ Alhamdulillahirobbilalamin



بسم الله الرحمن الرحيم

Buku-buku dekat gambar atas tu. Buku-buku yang selalu aku baca. Bila masa tengah baca ada isi-isi yang best ,aku akan kongsikan pada blog ni atau facebook. Dapat jugak la tambahkan ilmu dengan selalu membaca buku-buku tu. Antara bukunya ialah :
1. Sirah 25 Kenabian
2. Fadhilat Amal
4. Terpelanting Dari Siratulmustakim
5. Penampilan Sunnah Rasulullah SAW
Bila sudah ada ilmu sikit-sikit, kongsilah pada semua orang, kerana bila kita sudah mati, pahala akan terus mengalir jika ilmu yang kita kongsikan pada orang itu dimanfaatkan olehnya.

Berdasarkan Hadis Rasulullah SAW : "Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).

Sabda Baginda lagi : "Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat."