بسم الله الرحمن الرحيم
Orang yang Insaf dan cerdik serta beriman kepada Allah SWT mesti memilki 4 sifat dibawah:
Mengatur urusan dunia dengan tenang dan merebut peluang yang masih ada. Memerhatikan urusan akhirat dengan cermat dan bersungguh-sungguh serta tidak melambatkan pekerjaan ibadat kepada Allah SWT Rajin mengatur urusan agama dengan bersungguh-sungguh mencari ilmu agama. Bergaul dengan sesama makhluk dengan saling nasihat-menasihati dengan sabar dan bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai lima sifat iaitu:
1. Tekun beribadat kepada Tuhan
2. Orang yang banyak memberi manfaat sesama manusia
3. Semua orang merasa aman dari gangguannya.
4. Tidak iri terhadap orang lain.
5. Sentiasa bersedia menghadapi kematian pada bila-bila masa.