بسم الله الرحمن الرحيم
Pada suatu malam Nabi SAW tekah memperkenalkan seorang lelaki penduduk asal kota Madinah. Wajah lelaki itu amat bersih serta janggutnya disisip rapi.
"Malam ini saya ingin memperkenalkan salah seorang calon penghuni syurga." Kata Nabi sambil menoleh ke arah lelaki itu. "Lelaki in adalah calon penghuni syurga." kata Nabi SAW kepada sejumlah sahabat yang ada setelah sembahyang Isyak.
Di antara sahabat yang hadi pada malam itu ialah Anas bin Malik dan Abdullah bin Umar. Mereka begitu tertaik untuk menyelidiki ibadat lelaki itu. Mereka tertanya sesama sendiri kenapa lelaki itu ditunjukkan. Apakah jenis ibadat yang telah dilakukannya sehingga belum lagi dia meninggal dunia, dia telah dipastikan akan masuk syurga.
Lelaki itu bukanlah seorang alim. Malah ibadahnya biasa sahaja. Tidak ada tanda-tanda keistimewaan pada dirinya selama ini. Malahan, ketika Nabi SAW memperkenalkannya, dia telah bersiap-siap hendak pulang ke rumah. Adakah Rasulullah begurau? Mustahil baginda berkata sesuatu andaikata bagainda tidak mendapat wahyu. Maka ucapan Nabi pada malam itu pasti berdasrkan wahyu dari Ilahi.
Maka Abdullah bin Umar Al-Khattab r.a semakin ingin menyelidik ibadat lelaki itu. Adalah lelaki itu cuma berlagak seperti orang biasa semasa di masjid dan di rumahnya dia selalu berzikir dan berdoa. Dan adakah dia begitu tulus sehingga tidak sedikitpun daripada ibadatnya boleh diketahui orang.
Abdullah bin Umar pula tidak dapat lagi menahan keinginannya,apabila Nabi sudah 3 kali memperkenalkan lelaki itu sebagai calon ahli syurga. Setelah selesai sembahyang Isyak pada malam itu Abdullah pun mengikuti lelaki itu keluar dari masjid, dan Abdullah terus mengikuti lelaki itu sampai ke rumahnya. Lelaki itu berasa hairan melihat telatah Abdullah lantas Abdullah pun bertanya, "Saya ingin menginap di rumah saudara malam ini. Apakah saudara sudi menerima saya sebagai tamu selama tiga malam?" "Sungguh besar hati saya kerana saudara sudi bermalam di rumah saya." Sahut lelaki itu kehairanan. "Apakah saudara benar-benar hendak bermalam di rumah saya?" tanya lelaki tu sebagai untuk mendapatkan kepastian.
"Sungguh, memang saya ingin sekali bermalam di rumah saudara. Rasulullah telah memperkenalkan saudara sebagai yang paling baik. Saya ingin mencontohi ibadat saudara kerana saya pun ingin masuk syurga." Jawab Abdullah.
"Tapi..saya tidak ada ibadat yang lain selain dari apa yang saudara saksikan." Jelas lelaki itu lagi. "Tapi, saya ingin menginap di rumah saudara." "Kalau begitu silalah ke rumah saya." Balas lelaki itu.
Abdullah bin Umar yakin dia akan berjaya menyelidik ibadat lelaki itu. Sebaik sahaja dia sampai di rumah lelaki itu, pada malam itu dia terus meminta izin untuk tidur lebih awal. Ini kerana dia hendak mengintip ibadat lelaki itu. Dia berpura-pura tidur kerana sebenarnya dia sendiri mengantuk. Dia tetap mengintai dan memasang telinganya secara berhati-hati.
Menurut Anas bin Malik, Abdullah telah mengintip lelaki itu 3 hari 3 malam tanpa tidur, tetapi tidak ada sesuatu pun yang istimewa yang dilihatnya.
Pada malam pertama sejak Abdullah membaringkan diri, lelaki itu turut baring di sebelahnya. Tetapi semasa Abdullah berpura tidur dilihatnya lelaki itu telah benar-benar nyenyak. "Taktala dia terjaga tengah malam saya perhatikan apa yang dilakukan oleh lelaki itu" kata Abdullah bin Umar.
"Apa yang saudara saksikan?" tanya Anas.
"Sangkaan saya meleset, saya sangka dia akan mengerjakan berbagai ibadat rupanya dia cuma bangun sekadar membalikkan badanya. Setelah itu, dia mengucapkan "Ya Allah" kemudian dia tidur semula." Jawab Abdullah. "Pada malam kedua pula bagaimana?" tanya Anas lagi. "Pada malam kedua pun dia terbangun tengah malam dan setelah menyebut nama Allah dia kembali tertidur semula."
"Pada malam ketiga pula bagaimana?" tanya Anas inginkan kepastian. "Malam ketigapun dia tidak melakukan apa-apa, tidak ada bezanya di antara malam pertama dengam malam kedua".
Tapi Abdullah bin Umar menduga boleh jadi lelaki itu tidak melakuan berbagai ibadat kerana jiwanya teramat ikhlas. Maka sebelum dia meninggalkan rumah lelaki itu Abdullah pun bertanya "Wahai saudaraku, saya ingin sekali mengetahui ibadatmu. Sudilah kiranya saudara menerangkan hal-hal yang boleh pula membawa saya ke syurga".
"Tidak ada ibadat selain daripada apa yang suadara saksikan." Jawab lelaki itu bersungguh-sungguh.
Setelah mendengar jawapan lelaki tu Abdullah pun tidak bertanya lagi. Setalah itu dia pun mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu kerana telah sudi menerimanya sebagai tetamu selama tiga malam. Tetapi sebelum Abdullah pergi dari situ, lelaki itu memanggilnya seraya berkata "Saudara..memang tiada ibadatku selain daripada apa yang saudara saksikan dengan mata dan kepala saudara sendiri. Tetapi disamping itu saya tidak pernah iri hati terhadap sesiapa pun." Jelasnya memberi pengakuan.
"Rupanya inilah sikap yang amat terpuji pada diri kamu. Maka aku pun berjanji tidak akan mencela sesiapa pun. Aku pun tidak akan iri hati terhadap sesiapapun. Terima kasih saudara kerana telah menyatakan satu petunjuk yang berguna kepada saya." Ujar Abdullah dengan gembira.