Baiknya malaikat di sebelah kanan kita.



بسم الله الرحمن الرحيم



Al-Qasim meriwayatkan dari Abu Umama al-Bahili r.a berkata : Nabi SAW bersabda "Malaikat yang di kanan lebih kuasa terhadapa malaikat yang di kiri maka bila seorang berbuat kebaikan, langsung dicatat olehnya sepuluh hasanat, dan apabila berbuat kejahatan, lalu akan ditulis oleh malaikat kiri, diperingatkan oleh malaikat yang kanan, tahan dahulu kira-kira enam atau tujuh jam, maka bila ia membaca istighfar (minta ampun) tidak di catat apa-apa, dan jika tidak istighfar, lalu dicatat satu kejahatan" (sayyi'at)


Berdasarkan Hadis, seorang yang berbuat dosa lalu beristighfar (bertaubat) mestilah cukup syarat-syaratnya iaitu : Daripada Abul Laits


1) Menyesal dalam hati.
2) Niat tidak mengulangi dosa itu.
3) Membaca istighfar dengan lidah.


Maka siapa yang melakukan tiga syarat ini, dia akan diampunkan oleh Allah. Jika beristighfar semata-mata dan tiada niat di dalam hati untuk bertaubat maka sia-sia sahaja pelakuan dia itu. Ada riwayat bahawa Nabi SAW bersabda : "Istighfar hanya dengan mulut sedang tetap terus berbuat dosa, bagaikan mempermainkan Tuhannya."