Kisah kemulian sifat cucu Rasulullah.


بسم الله الرحمن الرحيم

Saiyidina Hasan bin Ali r.a adalah seorang tokoh Islam yang sangat dicintai oleh umat Islam baik dahulu mahupun sekarang. Sebagai seorang cucu baginda Rasulullah, beliau adalah ibarat permata di masa hidupnya. Ini kerana dia memiliki budi pekerti yang sangat mulia lagi terpuji. Sikapnya sangat peramah, penyantun,rendah hati dan dermawan.

Pada suatu hari ketika Saiyidina Hasan sedang duduk di muka pintu rumahnya, tiba-tiba datang seorang Arab Badui lalu mencacinya. Arab Badui itu juga turut mencaci ayah serta ibu Saiyidina Hasan. Anehnya Saiyidina Hasan hanya mendengar saja segala cacian serta maki hamun orang itu tanpa sedikitpun berubah air mukanya atau menyerang balas itu.

Dengan lemah lembut Saiyidina Hasan berkata kepada Badui itu "Wahai Badui, adakah engkau lapar atau dahaga, atau adakah sesuatu yang merungsingkan engkau"

Tanpa memperduli katak-kata Saiyidina Hasan, Badui itu terus memaki hamunya. Melihatkan keadaan Badui itu tidak juga berubah Saiyidina Hasan pun menyuruh pelayan rumahnya membawa tabung yang berisi wang perak. Kemudian diapum memberikan wang tersebut kepada Badui itu sambli berkata "Maafkan saya kerana inilah saja yang saya ada. Jika ada yang lebih tidak akan saya sembuyikan darimu".

Sikap dan layanan Saiyidina Hasan yang memeranjatkan itu akhirnya telah berjaya melembutkan hati Badui itu. Tiba-tiba Badui itu menangis teresak-esak lantas sujud di kaki Saiyidina Hasan seraya berkata "Wahai cucu baginda Rasulullah. Maafkanlah aku kerana berlaku kasat terhadapmu. Sebenarnya aku sengaja berbuat begitu kerana hendak menguji kebaikan budi pekertimu sebagai cucu Rasulullah yang aku kasihi. Sekarang yakinlah aku bahawa engkau sesungguhnya mempunyai pekerti yang sangat mulia".

Begitu contoh keindahan budi yang tiada bandingnya. Orang yang kena maki hamu itu bukan saha dapat bersabat terhadap segala percubaan itu bahkan membalasnya dengan sikap yang lembut serta pemurah pula.