Menurut hadis jika seseorang itu mengamalkan sunnah Rasulullah SAW maka pahala syahid baginya. Didalam wudhuk pun terdapat perkara sunnah adalah seperti berikut :
1- Membaca bismillah pada permulaanya. (Al-Nasaie)
2- Membasuh dua tapak tangan sebanyak tiga kali sebelum dimasukkan kedalam bekas air. (Al-Bukhari & Muslim)
3- Menggunakan sugi (siwak) (Al-Bukhari & Muslim)
4- Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung dengan tangan kanan dan mengeluarkannya dengan tangan kiri. (Abdullah bin Zaid)
5- Menyelati janggut yang tebal (Abu Daud)
6- Menyapu semua kepada dari bahagian hadapan ke bahagian belakang. (Abdullah bin Zaid)
7- Membasuh celah-celah antara jari kedua tangan dan kaki dengan air. (Abu Daud)
8- Menyapu kedua-dua telinga zahir (bahagian luar) dan batin (bahagian dalam) dengan air yang baru, bukan air yang telah digunakan untuk menyapu kepala. (Al- Nasaie)
9- Membasuh/mnyapu semua fardhu wudhuk dan sunat-sunatnya sebanyak tiga kali. (Muslim)
10- Mendahulukan yang kanan dahulu. (Ibnu Majah)
11- Menggosok anggota wudhuk. (Imam Ahmad)
12- Melebihkan membasuh bahagian kepala dan membasuh bahagian atas daripada dua siku dan dua buku lali (mata kaki) di kedua-dua kaki. (Al-Bukhari & Muslim)
13- Berserdahana dalam pengunaan air. (Al-Bukhari)
14- Berdoa selepas wudhuk. (Muslim)
15- Solat dua rakaat selepas wudhuk (tanpa melakukan hal dunia) (Bukhari & Muslim)
Rujukan : Kitab fikah mazhab syafie. Jilid 1