Pada hari kiamat terdapat golongan yang dibangkitkan dengan wajahnya bercahaya seperti bulan purnama sehinggakan orang lain cemburu memandangnya. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW.
1) Orang yang banyak berselawat ke atas Nabi SAW.
2) Orang yang selalu mengucapkan kalimah "La ila ha ilaAllah" sebanyak seratus kali.
3) Orang yang berjalan kaki ke masjid pada waktu yang gelap iaitu subuh dan isyak.
4) Orang yang mengambil wudhuk dengan sempurna.
5) Orang yang menanggung kesakitan apabila diperbodoh-bodohkan, bersabar apabila dizalimi dan memaafkan apabila dilakukan kejahatan terhadap mereka.
6) Orang yang selalu membaca al-quran.