7 perkara makruh ketika solat.


1) Memalingkan tengkok ketika solat kecuali kerana keperluan. (Bukhari)

2) Mengangkat padangan ke atas. (Bukhari)

3) Bermain-main dengan rambut (mengurai-uraikannya) dan menyising hujung baju (seperti lengan) ketika solat. (Bukhari)

4) Solat ketika makanan sudah dihidangkan yang mana hatinya teringin memakannya. (Bukhari & Muslim)

5) Solat dalam keadaan menahan kencing atau menahan untuk buang air besar. (Imam Muslim)

6) Solat dalam keadaan terlalu mengantuk. (Bukhari & Muslim)

7) Solat seperti ditempat berikut : Ini kerana tempat tersebut dibimbangi ada najis dan sukar untuk mendapat khusyuk.
  • Bilik air
  • Jalan
  • Pasar
  • Kawasan perkuburan
  • Gereja
  • Tempat sampah
  • Tempat unta duduk




Rujukan : Kitab Fikah Mazhab Syafie. Jilid 1. M/S 194