Baiknya malaikat di sebelah kanan kita.



بسم الله الرحمن الرحيم



Al-Qasim meriwayatkan dari Abu Umama al-Bahili r.a berkata : Nabi SAW bersabda "Malaikat yang di kanan lebih kuasa terhadapa malaikat yang di kiri maka bila seorang berbuat kebaikan, langsung dicatat olehnya sepuluh hasanat, dan apabila berbuat kejahatan, lalu akan ditulis oleh malaikat kiri, diperingatkan oleh malaikat yang kanan, tahan dahulu kira-kira enam atau tujuh jam, maka bila ia membaca istighfar (minta ampun) tidak di catat apa-apa, dan jika tidak istighfar, lalu dicatat satu kejahatan" (sayyi'at)


Berdasarkan Hadis, seorang yang berbuat dosa lalu beristighfar (bertaubat) mestilah cukup syarat-syaratnya iaitu : Daripada Abul Laits


1) Menyesal dalam hati.
2) Niat tidak mengulangi dosa itu.
3) Membaca istighfar dengan lidah.


Maka siapa yang melakukan tiga syarat ini, dia akan diampunkan oleh Allah. Jika beristighfar semata-mata dan tiada niat di dalam hati untuk bertaubat maka sia-sia sahaja pelakuan dia itu. Ada riwayat bahawa Nabi SAW bersabda : "Istighfar hanya dengan mulut sedang tetap terus berbuat dosa, bagaikan mempermainkan Tuhannya."







Kisah betapa sayangnya Nabi SAW kepada umatnya.


بسم الله الرحمن الرحيم

Yazid Ar-Raqqasyi dari Anas bim Malik r.a berkata : Sewaktu Jibril menceritakan kepada Nabi SAW mengenai neraka. Jibril menerangkan 7 pintu neraka dan penghuni pada setiap pintu : 

  1. Pintu yang terbawah bernama alhawiyah untuk orang-orang munafik dan orang-orang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s serta keluarga Firaun.
  2. Pintu yang kedua bernama Jahim untuk orang-orang musyrikin.
  3. Pintu yang ketiga bernama saqar untuk orang-orang shobiim.
  4. Pintu yang keempat bernama ladha untuk Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi.
  5. Pintu yang kelima bernama huthomah untuk orang Yahudi
  6. Pintu keenam bernama sa'ier untuk orang kristian (Nasara)
Kemudian Jibril diam seketika dan segan pada Rasulullah sehingga Rasulullah tanya : Mengapa engkau tidak terangkan penduduk pintu ketujuh? Maka Jibril menjawab : Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat. Maka Nabi SAW jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala Nabi di pangkuan Jibril sehingga sedar kembali, dan ketika sudah sedar Nabi bersabda : Ya Jibirl sungguh besar kerisauanku dan sedihku, apakah ada seorang dari umatku akan masuk ke dalam neraka? Jawabnya : Ya, iaitu orang berdosa besar dari umatmu.

Kemudian Nabi SAW menangis, Jibirl juga menangis, kemudian Nabi SAW masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. Sehingga sahabat baginda Umar dan Salman Al-Farisi datang ke rumah baginda tetapi tidak dapat bertemu Nabi. Nabi SAW menangis di dalam rumahnya selama beberapa hari sehingga sebam muka baginda kerana mengenangkan umatnya.

Betapa seksa dan ngeri penyeksaan yang dihadapi oleh umat Rasulullah di dalam neraka. Allah memanggil Jibril : Pergilah engkau lihat keadaan mereka di dalam neraka. Maka pergilah Jibril kepada Malik yang sedang duduk di atas mimbar di tengah jahanam. Dan ketika Malik melihat Jibril segera bangun hormat berkata : Ya Jibril mengapakah engaku datang ke sini? Jawabnya : Bagaimana keadaan rombongan maksiat dari umat Muhammad SAW? Jawab Malik : Sungguh ngeri keadaan mereka dan sempit tempat mereka, mereka telah terbakar dan daging mereka kecuali muka dan hati mereka masih berkilauan iman. Jibril berkata : Bukalah tutup mereka supaya saya dapat melihat mereka, maka Malik menyuruh Zabaniyah membuka tutup dan ketika mereka (penghuni neraka) melihat Jibril mereka mengerti bahawa ini bukan malaikat bahagian menyeksa, lalu penghuni neraka bertanya : Siapakah hamba yang sangat bagus rupanya itu? Jawab Malik : Itu Jibril yang biasa membawa wahyu kepada Muhammad SAW. Dan ketika mereka mendengar nama Muhammad SAW maka serentak menjerit : Ya Jibril sampaikan salam kami kepada Muhammad SAW dan beritakan bahawa maksiat kamilah yang memisahkan kami dengannya, dan beritakan kepadanya keadaan kami. Maka kembalilah Jibril menghadap Allah, lalu ditanya : Bagaimana kamu melihat umat Muhammad? Jawabnya : Ya Tuhan alangkah buruk keadaan mereka. Lalu bertanya Allah : apakah mereka minta apa-apa kepadamu? Jawabnya : Ya mereka meminta sampaikan salam kepada Muhammad.

Jibril datang berjumpa Muhammad lalu berkata : Ya Muhammad saya datang dari rombongan orang yang durhaka dari ummatmu mereka menyampaikan salam kepadamu dan mengeluh bahawa sangat buruk keadaan yang mereka alami.

Maka pergilah Nabi SAW ke bawah Arasy sujud dan memuji Allah dengan pujian yang tidak pernah diucapkan oleh seorang makhlukpun, sehingga Allah menyuruh Nabi : Angkatlah kepalamu dan mintalah nescaya akan diberi, dan ajukan syafaatmu pasti akan diterima, maka Nabi SAW bersabda : Ya Tuhan orang-orang derhaka dari umatku, telah terlaksana pada mereka hukum-Mu, maka terimalah syafaatku. Allah berfirman : Aku terima syafaatmu terhadap mereka, maka pergilah ke nereka dan keluarkan daripadanya orang yang pernah mengucap "La ilaaha illallah" maka pergilah Nabi SAW ke neraka dan ketika dilihat oleh malaikat Malik segera ia bangkit hormat, lalu ditanya : Hai Malik bagaimanakah keadaan umatku yang derhaka? Jawabnya : Alangkah buruk keadaan mereka dan sempit tempat mereka, lalu diperintah bukalah pintu dan angkat tutupnya, maka apabila orang-orang neraka itu melihat Nabi Muhammad SAW mereka menjerit : Ya Muhammad, api nereka telah membakar kulit kami, maka dikeluarkan semuanya berupa arang, lalu di bawa mereka itu ke sungai di muka pintu syurga yang bernama Nahrul hayawan, da disana mereka mandi kemudian keluar sebagai orang muda gagah elok, bulat matanya, sedang wajah mereka bagaikan bulan, tertulis di atas dahi mereka aljahanamiyun (orang-orang jahanam yang telah di bebaskan oleh Allah.) Dari neraka, kemudian mereka masuk ke syurga, maka apabila orang-orang neraka melihat kaum muslimin telah dilepaskan dari neraka, mereka berkata : Aduh sekiranya kami dahulu Islam tentu kami dapat keluar dari neraka, demikianlah sebagaimana Firman Allah : Rubamaa yawaddul ladziina kafaruu lau kaanu muslimin (Pada suatu saat kelak orang-orang kafir ingin andaikan mereka menjadi orang muslimin.)

Lihatlah betapa besarnya kasih sayang Nabi SAW kepada kita sehinggakan baginda menangis selama beberapa hari akibat mengenangkan nasib kita (umatnya). Semoga kita semua dapat syafaat daripada baginda di akhirat kelak.


ALLAHUMMA SOLLI ALAA SAYYIDINA MUHAMMAD
ALLAHUMMA SOLLI ALAA SAYYIDINA MUHAMMAD
ALLAHUMMA SOLLI ALAA SAYYIDINA MUHAMMAD




Hadis yang membuatkan seorang hamba Allah bertaubat.



بسم الله الرحمن الرحيم

Abu Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari al-Bara' bin Aazib r.a  berkata : Kami bersama Nabi SAW keluar menghantar jenazah seorang sahabat Anshar, maka ketika sampai ke kubur dan di sekitanya diam menundukkan kepala bagaikan ada burung di atas kepala kami, sedang Nabi SAW mengkorek-korek dengan dahan di tanganya, kemudian ia mengakat kepala sambil bersabda : Berlindunglah kamu kepada Allah dari seksa kubur, 2 atau 3 kali diulang. Lalu baginda bersabda :

"Sesungguhnya seorang mukmin jika akan meninggalkan dunia menghadapi akhirat (akan mati), turun padanya malaikat yang putih-putih wajahnya bagaikan matahari, membawa kafan dari syurga, maka duduk di depannya sejauh pandangan mata mengelilinginya, kemudian datang malakulmaut dan duduk dekat kepalanya dan memanggil : Wahai roh yang tenang baik, keluarlah menuju pengampunan Allah dan redha-Nya. Nabi SAW bersabda : Maka keluarlah rohnya mengalir bagaikan titisan dari mulut kendi (kran) tempat air, maka langsung diterima, dan langsung di masukkan dalam kafan dan dibawa keluar semerbak harum bagaikan kasturi yang terharum di atas bumi, lalu di bawa naik, maka tidak melalui sekumpulan malaikat melainkan ditanya : Roh siapakah yang harum ini? Dijawab: Roh Fulan bin Fulan sehingga sampai ke langit, dan di sana dibukakan pintu langit, dan disambut oleh penduduknya dan pada tiap langit dihantar oleh malaikat Muqarrabun dibawa naik ke langit yang atas hingga sampai langit ke tujuh, maka Allah berfirman : Catatlah suratnya illiyyin. Kemudian dikembalikan ia ke bumi, sebab daripadanya kamu Kami jadikan, dan di dalamnya Aku kembalikan dan daripadanya pula akan Aku keluarkan pada saatnya, Maka kembalilah roh ke jasad dalam kubur, kemudia datang kepadanya dua malaikat untuk menanya pertanyaan di dalam kubur maka dia menjawab pertanyaan malaikat itu dengan baik sekali. Maka berikan padanya dari syurga serta pakaian syurga dan bukakan untuknya pintu yang menuju ke syurga, supaya ia mendapat bau dan hawa syurga, lalu diluaskan kubur sepanjang pandagan mata kemudian datang kepadanya seorang yang bagus wajanya dan harum baunya sambil berkata : Terimalah khabar gembira, ini saat yang dijanjikan Allah kepadamu. Lalu ditanya : Siapakah engkau? Jawabnya : Aku adalah amalan baikmu. Lalu ia berkata : Ya Tuhan segerakan hari kiamat supaya segera aku bertemu dengan keluargaku dan kawan-kawanku.

Nabi SAW bersabda : Adapun hamba yang kafir (ingkar) jika akan meninggalkan dunia dan menghadapi akhirat, maka turun kepadanya malaikat dari langit dan hitam mukanya dengan pakaian hitam, lalu duduk dimukanya sepanjang pandagan mata, kemudian datang malakulmaut dan duduk di samping kepalanya, lalu berkata : Hai roh yang jahat, keluarlah menuju murka Allah, maka tersebar di semua anggota badanya, maka dicabut rohnya bagaikan mencabut besi dari bulu yang basah, maka terputus semua urat dan otatnya, kemudian diterimanya akan di masukkan dalam kain hitam, dan dibawa dengan bau yang sangat basin bagaikan bangkai, dan dibawa naik, maka tidak melalui malaikat melainkan ditanya : Roh siapakah yang jahat dan basin itu? Dijawab : Fulan bin Fulan denang sebutan amat buruk sehingga sampai di langit dunia, maka minta dibuka tetapi tidak dibuka untuknya. Kemudia Nabi SAW membaca ayat : "Laa tufattahu kahum abwaabus samaa'i wala yad khuluunal hannata hattan yalija jamalu fii sammil khiyaath." (Tidak dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan tidak dapat masuk syurga sehingga unta dapat masuk dalam lubang jarum). Kemudian dilemparkan rohnya itu begitu sahaja sebgaimana ayat : "Waman yusyrik billahi faka an namaa riihu fi makaamin sahiiq. (Dan siapa mempersekutukan Allah, maka bagaikan jatuh dari langit lalu disamar helang atau dilemparkan oleh angin dalam jurang yang curam). Kemudian dikembalikan roh itu ke dalam jasad di dalam kubur lalu didatangi oleh dua malaikat lalu menanyakannya soalan di dalam kubur. Lalu dia langsung tidak dapat mejawab pertanyaan malaikat itu. Maka terdengar suara seruan dari langit : Dusta baginya pintu neraka, maka terasa olehnya panas hawa neraka, dan disempitkan kuburya sehingga terhimpit dan rosak tulang-tulang rusuknya, kemudian datang kepadanya seorang yang busuk baunya dan basi wajanya berkata saat yang telah diperingatkan oleh Allah kepadamu, Lalu ia bertanya : Siapakah engaku? Jawabnya : Aku amalmu yang buruk. Lalu ia berkata : Ya Tuhan janganlah Engkau segerakan akan datang hari kiamat.

3 tanda orang yang soleh.

a
بسم الله الرحمن الرحيم

Syaqiq bin Ibrahim ditanya : Bagaimana dapat mengetahui bahawa saya seorang yang soleh, sebab orang mengatakan bahawa saya seorang soleh?

Jawab Syaqiq :

  1. Tunjukkan rahsiamu pada orang-orang solihin, maka bila mereka redha kepada itu bererti engkau soleh.
  2. Tawarkan dunia ini kepada hatimu, maka jika ia menolak petandanya bahawa engkau soleh.
  3. Tawarkan maut kepada dirimu, maka jika ia berani dan mengharap petanda bahawa engkau soleh, bila tidak maka bukan soleh.

4 tanda keinsafan diri.


بسم الله الرحمن الرحيم


Orang yang Insaf dan cerdik serta beriman kepada Allah SWT mesti memilki 4 sifat dibawah:

Mengatur urusan dunia dengan tenang dan merebut peluang yang masih ada. Memerhatikan urusan akhirat dengan cermat dan bersungguh-sungguh serta tidak melambatkan pekerjaan ibadat kepada Allah SWT Rajin mengatur urusan agama dengan bersungguh-sungguh mencari ilmu agama. Bergaul dengan sesama makhluk dengan saling nasihat-menasihati dengan sabar dan bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai lima sifat iaitu:

1. Tekun beribadat kepada Tuhan

2. Orang yang banyak memberi manfaat sesama manusia

3. Semua orang merasa aman dari gangguannya.

4. Tidak iri terhadap orang lain.

5. Sentiasa bersedia menghadapi kematian pada bila-bila masa.


(Kitab Tanbihul Ghafilin)

Lelaki yang dipastikan masuk syurga.


بسم الله الرحمن الرحيم


Pada suatu malam Nabi SAW tekah memperkenalkan seorang lelaki penduduk asal kota Madinah. Wajah lelaki itu amat bersih serta janggutnya disisip rapi.

"Malam ini saya ingin memperkenalkan salah seorang calon penghuni syurga." Kata Nabi sambil menoleh ke arah lelaki itu. "Lelaki in adalah calon penghuni syurga." kata Nabi SAW kepada sejumlah sahabat yang ada setelah sembahyang Isyak.

Di antara sahabat yang hadi pada malam itu ialah Anas bin Malik dan Abdullah bin Umar. Mereka begitu tertaik untuk menyelidiki ibadat lelaki itu. Mereka tertanya sesama sendiri kenapa lelaki itu ditunjukkan. Apakah jenis ibadat yang telah dilakukannya sehingga belum lagi dia meninggal dunia, dia telah dipastikan akan masuk syurga.

Lelaki itu bukanlah seorang alim. Malah ibadahnya biasa sahaja. Tidak ada tanda-tanda keistimewaan pada dirinya selama ini. Malahan, ketika Nabi SAW memperkenalkannya, dia telah bersiap-siap hendak pulang ke rumah. Adakah Rasulullah begurau? Mustahil baginda berkata sesuatu andaikata bagainda tidak mendapat wahyu. Maka ucapan Nabi pada malam itu pasti berdasrkan wahyu dari Ilahi.

Maka Abdullah bin Umar Al-Khattab r.a semakin ingin menyelidik ibadat lelaki itu. Adalah lelaki itu cuma berlagak seperti orang biasa semasa di masjid dan di rumahnya dia selalu berzikir dan berdoa. Dan adakah dia begitu tulus sehingga tidak sedikitpun daripada ibadatnya boleh diketahui orang.

Abdullah bin Umar pula tidak dapat lagi menahan keinginannya,apabila Nabi sudah 3 kali memperkenalkan lelaki itu sebagai calon ahli syurga. Setelah selesai sembahyang Isyak pada malam itu Abdullah pun mengikuti lelaki itu keluar dari masjid, dan Abdullah terus mengikuti lelaki itu sampai ke rumahnya. Lelaki itu berasa hairan melihat telatah Abdullah lantas Abdullah pun bertanya, "Saya ingin menginap di rumah saudara malam ini. Apakah saudara sudi menerima saya sebagai tamu selama tiga malam?" "Sungguh besar hati saya kerana saudara sudi bermalam di rumah saya." Sahut lelaki itu kehairanan. "Apakah saudara benar-benar hendak bermalam di rumah saya?" tanya lelaki tu sebagai untuk mendapatkan kepastian.

"Sungguh, memang saya ingin sekali bermalam di rumah saudara. Rasulullah telah memperkenalkan saudara sebagai yang paling baik. Saya ingin mencontohi ibadat saudara kerana saya pun ingin masuk syurga." Jawab Abdullah.

"Tapi..saya tidak ada ibadat yang lain selain dari apa yang saudara saksikan." Jelas lelaki itu lagi. "Tapi, saya ingin menginap di rumah saudara." "Kalau begitu silalah ke rumah saya." Balas lelaki itu.

Abdullah bin Umar yakin dia akan berjaya menyelidik ibadat lelaki itu. Sebaik sahaja dia sampai di rumah lelaki itu, pada malam itu dia terus meminta izin untuk tidur lebih awal. Ini kerana dia hendak mengintip ibadat lelaki itu. Dia berpura-pura tidur kerana sebenarnya dia sendiri mengantuk. Dia tetap mengintai dan memasang telinganya secara berhati-hati.

Menurut Anas bin Malik, Abdullah telah mengintip lelaki itu 3 hari 3 malam tanpa tidur, tetapi tidak ada sesuatu pun yang istimewa yang dilihatnya.

Pada malam pertama sejak Abdullah membaringkan diri, lelaki itu turut baring di sebelahnya. Tetapi semasa Abdullah berpura tidur dilihatnya lelaki itu telah benar-benar nyenyak. "Taktala dia terjaga tengah malam saya perhatikan apa yang dilakukan oleh lelaki itu" kata Abdullah bin Umar.

"Apa yang saudara saksikan?" tanya Anas.

"Sangkaan saya meleset, saya sangka dia akan mengerjakan berbagai ibadat rupanya dia cuma bangun sekadar membalikkan badanya. Setelah itu, dia mengucapkan "Ya Allah" kemudian dia tidur semula." Jawab Abdullah. "Pada malam kedua pula bagaimana?" tanya Anas lagi. "Pada malam kedua pun dia terbangun tengah malam dan setelah menyebut nama Allah dia kembali tertidur semula."

"Pada malam ketiga pula bagaimana?" tanya Anas inginkan kepastian. "Malam ketigapun dia tidak melakukan apa-apa, tidak ada bezanya di antara malam pertama dengam malam kedua".

Tapi Abdullah bin Umar menduga boleh jadi lelaki itu tidak melakuan berbagai ibadat kerana jiwanya teramat ikhlas. Maka sebelum dia meninggalkan rumah lelaki itu Abdullah pun bertanya "Wahai saudaraku, saya ingin sekali mengetahui ibadatmu. Sudilah kiranya saudara menerangkan hal-hal yang boleh pula membawa saya ke syurga".

"Tidak ada ibadat selain daripada apa yang suadara saksikan." Jawab lelaki itu bersungguh-sungguh.

Setelah mendengar jawapan lelaki tu Abdullah pun tidak bertanya lagi. Setalah itu dia pun mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu kerana telah sudi menerimanya sebagai tetamu selama tiga malam. Tetapi sebelum Abdullah pergi dari situ, lelaki itu memanggilnya seraya berkata "Saudara..memang tiada ibadatku selain daripada apa yang saudara saksikan dengan mata dan kepala saudara sendiri. Tetapi disamping itu saya tidak pernah iri hati terhadap sesiapa pun." Jelasnya memberi pengakuan.

"Rupanya inilah sikap yang amat terpuji pada diri kamu. Maka aku pun berjanji tidak akan mencela sesiapa pun. Aku pun tidak akan iri hati terhadap sesiapapun. Terima kasih saudara kerana telah menyatakan satu petunjuk yang berguna kepada saya." Ujar Abdullah dengan gembira.


17 hadis pengampunan dosa.


بسم الله الرحمن الرحيم


( 1 )
عن أبي هريرة قال: قال رسول الله : ( من سبح ا لله تعالى دبر كل صلاة ثلاثا وثلاثين، وحمد الله ثلاثا وثلاثين، وكبر الله ثلاثا وثلاثين، وقال تمام المائة: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير. غفرت خطاياه وإن كانت مثل زبد البحر).
Sesiapa Bertasbih kepada Allah 33X , Bertahmid 33X, Bertakbir 33X dan mencukupkannya 100X dengan (Kalimah Diatas) selepas Solat
akan diapmunkan dosanya walau seperti buih di lautan.
( 2 )
وعنه قال: قال رسول الله : (من قال إذا أصبح مائة مرة وإذا أمسى مائة مرة: سبحان الله وبحمده، غفرت ذنوبه وإن كانت أكثر من زبد البحر).
Sesiapa bertasbih  100X diwaktu pagi dan 100X diwaktu petang akan diampunkan dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.
( 3 )
عن عبدالله بن عمرو بن العاص قال: قال رسول الله : (ما على الأرض أحد يقول: لا إله إلا الله، والله أكبر، ولا حول ولا قوة إلا بالله العلى العظيم، إلا كفرت ذنوبه ولو كانت مثل زبد البحر). يعنى التحقق بذلك.
Tidak ada sesiapa di muka bumi yang melafazkan ( seperti lafaz di atas) melainkan diampunkan dosanya walau sebanyak buih di lautan.
( 4 )
عن أبي هريرة قال: قال رسول الله : (من سبح الله تعالى دبر كل صلاة مكتوبة مائة مرة، وهلل مائة مرة، وكبر مائة مرة،غفرت ذنوبه ولو كانت أكثر من زبد البحر).
Sesiapa yang bertasbih selepas solat  100X dan bertahlil 100X  dan bertakbir 100X akan diampun dosanya walau sebanyak buih di lautan.
(5)
وعنه قال: قال رسول الله : (من سبح الله دبر صلاة الغداة مائة تسبيحه، وهلل مائة تهليله، وكبر مائة تكبيرة، غفرت ذنوبه ولو كانت مثل زبد البحر).                                                                                                                                         Sesiapa yang bertasbih selepas solat 100X  dan bertahlil 100X  dan bertakbir 100X akan diampun dosanya walau sebanyak buih di lautan.
( 6 )
وعنه عن النبي قال: ( من قال حين يأوي إلى فراشه: لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير، ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم، سبحان الله والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله أكبر، غفرت ذنوبه وإن كانت مثل زبد البحر. أو قال: أكثر من زبد البحر).
Sesiapa  membaca di atas katil ( Perkataan di atas) akan diampun dosanya walau sebanyak buih di lautan.
( 7 )
عن معاذ بن أنس أن النبي قال: (من قعد في مصلاه حين ينصرف من صلاة الصبح حتى يصلى ركعتي الضحى لا يقول إلا خيرا، غفرت له خطاياه، وإن كانت أكثر من زبد البحر).
sesiapa duduk selepas solat subuh setelah selesai solat Subuh dan menunaikan 2 rakaat solat Dhuha. Tidak akan  diperkatan  kecuali sesuatu yang baik, akan diampun dosanya, walau sebanyak buih di laut.
( 8 )
عن معاذ بن جبل قال: سمعت رسول الله يقول: (من قال بعد الفجر ثلاث مرات، وبعد العصر ثلاث مرات: أستغفر الله العظيم الذي لا إله إلا هو الحي القيوم وأتوب إليه، كفرت خطاياه وإن كانت مثل زبد البحر).
Sesiapa melafazkan 33Xselepas solat Subuh ( perkataan di atas ) akan diampunkan dosanya walau seperti buih di lautan.
( 9 )
عن أبي هريرة قال: قال رسول الله : (من حافظ على صلاة الضحى غفرت ذنوبه ولو كانت أكثر من زبد البحر).
Sesiapa memelihara solat Dhuha diampunkan dosanya awalau sebanyak buih di lautan.
( 10 )
عن ابن عمر قال: قال رسول الله : (ما على وجه الأرض رجل يقول: لا إله إلا الله، والحمد لله، ولا حول ولا قوة إلا بالله، إلا كفرت عنه ذنوبه ولو كانت أكثر من زبد البحر).
Tidak ada lelaki yang membaca ( seperti kalimah di atas ) melainkan diampunkan dosanya walau sebanyak buih di lautan.
( 11 )
عن عائشة عن النبي قال: (ما من عبد يقول عند رد الله روحه: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على كل شيء قدير، إلا غفر الله له ذنوبه ولو كانت مثل زبد البحر).
رد الروح : الصحو من النوم أخرجه ابن ماجه،
Sesiapa diantara hamba yang membaca, apabila bangun daripada tidurnya ( Seperti kalimah di atas) melainkan di ampunkan Allah baginya segala dosanya walaupun dosa seperti buih di lautan.
( 12 )
عن أنس عن النبي قال: ( من قال صبيحة يوم الجمعة قبل صلاة الغداة: أستغفر الله العظيم لا إله إلا هو الحي القيوم وأتوب إليه، ثلاث مرات، غفرت ذنوبه ولو كانت مثل زبد البحر).أخرجه ابن السني، والطبراني في الأوسط، ولم يذكر الحي القيوم وقال: وإن كانت.
Sesiapa membaca di pagi Jumaat sebelum solat Jumaat ( Seperti perkataan di atas ) tiga kali akan diampunkan dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.
( 13 )
عن أبى سعيد الخدري قال: قال رسول الله : (من قال حين يأوي إلى فراشه: أستغفر الله الذي لا إله إلا هو الحي القيوم وأتوب إليه، غفر الله له ذنوبه ولو كانت مثل زبد البحر، وإن كانت عدد النجوم، وإن كانت عدد رمل عالج، وإن كانت عدد أيام الدنيا).
عالج : رمال بين فيد والقريات على طريق مكة.
Sesiapa membaca disaat berada di atas katilnya ( seperti perkataan di atas ) diampun oleh Allah baginya dosanya walaupun dosanya sebanyak buih di lalutan. Walaupun sebanyak bilanagn bintang, walupun sebanyak bilangan pasir, walaupun sebanyak bilangan hari di dunia.
( 14 )
عن أبى هريرة قال: قال رسول الله : (من قال: سبحان الله وبحمده، في كل يوم مائة مرة، حطت خطاياه، وإن كانت مثل زبد البحر).
Sesiapa membaca ( seperti kalimah di atas) setiap hari seratus kali, Allah menghapuskan dosanya walau seperti  buih di lautan.
( 15 )
عن محمد بن عمار بن ياسر قال: رأيت عمار ابن ياسر يصلى بعد المغرب ست ركعات وقال:رأيت رسول الله صلى بعد المغرب ست ركعات وقال: (من صلى بعد المغرب ست ركعات حطت ذنوبه وإن كانت مثل زبد البحر).
Sesiapa solat sunat selepas solat Mahgrib, Allah menghapuskan dosanya walaupun dosa sebanyak buih di lautan.
( 16 )
عن سلمان الفارسي أن النبي قال: (إن المسلم إذا لقى أخاه فأخذ بيده تحاتت ذنوبهما كما يتحات الورق عن الشجرة اليابسة في يوم ريح عاصف، وغفر لهما ولو كانت ذنوبهما مثل زبد البحر).
تحاتت: سقطت.
Sesungguhnya apabila seseorang muslim bertemu saudaranya dan bersalaman, hilanglah dosanya sepertimana gugurnya daun kering yang ditiup angin pada hari angin kencang. Maka  diampunkan dosa keduanya seperti buih di lautan.
( 17 )
عن أبي ذر الغفاري قال: كلمات من ذكرهن مائة مرة دبر كل صلاة: (الله أكبر، وسبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله وحده لا شريك له، ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم، ثم لو كانت ذنوبه مثل زبد البحر لمحتهن).

Perkataan yang yang dizikirnya sebanyak 100 kali selepas solat dengan sempurna. ( seperti perkataan di atas ) diampunkan dosanya walau seperti buih di lautan.

LIHATLAH KELUASAN RAHMAT ALLAH TERHADAP HAMBANYA YANG BANYAK MELAKUKAN DOSA, WALAUPUN SEBANYAK MANA DOSA HAMBA-HAMBANYA TETAPI ALLAH TETAP MENGAMPUNKAN MEREKA. TETAPI APA YANG MENJADI MEREKA TERTIPU DENGAN SYAITAN. APABILA MEREKA MENGGUNA HADIS-HADIS DI ATAS UNTUK MENGULANGAI DOSA-DOSA MEREKA DAN MENGHIMPUN DOSA MEREKA SEBANYAK BUIH DI LAUTAN LALU MEREKA BERTAUBAT DENGAN SENGAJA DAN MENGULANGI  DOSA DENGAN SENGAJA SEBENARNYA MEREKA MENIPU DIRI MEREKA SENDIRI. SUNNAH RASULULLAH SAW DAN PARA SAHABAT SERTA IMAM-IMAM SEMUA MAZHAB TIDAK PERNAH BERBUAT DEMIKIAN.





Sarang iblis pada badan manusia.


بسم الله الرحمن الرحيم

Daripada sebuah hadis, yang bermaksud:

"Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. bertanya kepada iblis, "Wahai iblis, siapakah orang yang paling kamu suka?" Jawab iblis dengan panjang lebar: "Orang yang sangat aku suka ialah lelaki atau wanita yang tidak mahu mencukur bulu ari-arinya (kemaluannya) dalam tempoh 40 hari. Aku akan duduk di situ mengecilkan diriku seperti kutu. Aku membuat sarang di sana, dan aku juga bergantung dan berbuai-buai pada bulu ketiaknya yang tidak dicukur atau tidak dicabut dalam masa 40 hari".

"Nabi saw telah menasihati kami agar merapi misai kami, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu kemaluan, dan jangan dibiarkannya lebih dari 40 hari." (HR Muslim)

1. Potong: Memotong atau memendekkan atau trim misai adalah lebih afdal dari mencukur atau mencabutnya kerana lebih menepati sunnah.

2. Cabut: Mencabut bulu ketiak lebih afdal dari mencukur atau memotongnya kerana lebih menepati sunnah.

3. Cukur: Mencukur bulu ari-ari lebih afdal dari memotong atau mencabutnya kerana lebih menepati sunnah.






10 gangguan syaitan ketika solat.



بسم الله الرحمن الرحيم


1) Menguap ketika solat.

Nabi bersabda, “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Oleh itu, apabila kamu terasa ingin menguap, maka hendaklah berusaha menahannya.”
(HR At-Tirmizi).

2) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram.

Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah. Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.

Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.

3) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat.

Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasulullah menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.

“Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku”
(Hadis Riwayat Muslim).

4) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan.

Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

5)  Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan.

Nabi s.a.w bersabdaAbu Hurairah r.a berkata: "Rasulullah SAW bersabda, "Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muadzin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamat dikumandangkan, ia berlari. Apabila telah selesai iqamat, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya: "Ingatlah apa yang tadinya kamu tidak ingat!", sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat dia solat".
(HR Bukhari)

6) Tergesa-gesa menyelesaikan solat.


Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya. Tidak ada ketenangan atau thuma’ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.

Rasulullah bersabda kepadanya, “Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma’ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri. Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

7) Melakukan gerakan yang tidak perlu.

“Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah”. Orang itu bertanya, “Apa yang dilakukannya? “Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w,” kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).

8) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat.

Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat”. Rasulullah menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari).

9)  Bersin berulang kali ketika solat.

Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan.”
(Riwayat Thabrani).

Ibnu Mas’ud berkata, “Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.”

10) Terasa ingin buang angin atau buang air.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya” (Hadis Riwayat Muslim).



Cinta 5 perkara akan lupa 5 perkara.


بسم الله الرحمن الرحيم

  1. Cinta pada Dunia akan lupa pada Akhirat.
  2. Cinta pada kehidupan akan lupa pada Mati.
  3. Cinta pada Istana dan Rumah akan lupa pada kubur.
  4. Cinta pada Harta akan lupa pada Hisab atau Hitungan Allah.
  5. Cinta kepada makhluk akan lupa pada Khalik iaitu Allah Azzawajal.