Pasangan ini tidak seperti pasangan biasanya. pasangan ini masing-masinh memiliki kekurangannya. Yang wanita tidak memiliki kaki sementara yang lelaki tidak memiliki tangan. mereka dalam berkehidupan saling mengisi satu sama lain. Walaupun masing-masing ada kekurangan tetapi mereka tetap bahagia.
Kisah akibat tidak berzina atau membunuh bayi.
بسم الله الرحمن الرحيم
Abu Laits as-Samarqandi meriwayatkan dengan sandnya dari Uthman bin Affan r.a ketika berkhutbah berkata : Hati-hatilah kamu dari khamar (arak), sebab ia raja dari segala dosa-dosa yang keji, sesungguhnya dahulu ada seorang abid selalu pergi ke masjid, tiba-tiba ia bertemu dengan wanita pelacur, maka ia dipanggil oleh pelayannya dan dimasukkan ke dalam rumahnya, kononnya atas suatu hajat yang penting. Apabila pemuda itu masuk ke dalam rumahnya, perempuan itu segera mengunci pintu lalu ditutup pintunya.
Sedang di sisi wanita ada segelas khamar, dan anak kecil. Maka berkata wanita itu: "Engkau tidak boleh keluar sehingga engkau minum khamr, atau berzina padaku atau membunuh bayi ini. Jika tidak saya akan menjerit dan berkata: Ada orang masuk kerumahku." Jawab orang abid itu: "Zina saya tidak mahu, membunuh jugak tidak, lalu ia memilih khamr sahaja. Dan setelah ia minum dan mabuk maka ia berzina dan membunuh bayi itu.
Uthman berkata: Kerana itu, tinggallah khamr itu kerana ia sebagai ibu jari dari dosa-dosa, dan sesungguhnya tidak dapat berkumpul iman dengan khamr di dalam dada seseorang, melainkan harus keluar salah satu. Yakni seorang jika telah mabuk, maka akan keluar dari lidahnya kalimat-kalimat kufur, lalu menjadi kebiasaan sehingga dibawa mati dalam kalimat itu, sehingga menyebabkan ia kekal dalam nereka.
Kasih Sayang Allah & Ibu.
Suatu ketika Siti Aisyah radiallahuanha iaitu isteri rasulullah SAW telah diziarahi oleh seorang ibu tua bersama dua orang anaknya yang mana mereka bertiga ini tersangatlah lapar semasa Rasulullah SAW tidak ada di rumah. Maka Siti Aisyah pun telah melayan dan menghidangkan mereka 3 biji kurma, iaitu seorang 1 biji kurma. Bukanlah Aisyah kedekut tidak mahu bagi mereka kurma lebih, walhal Aisyah dan suaminya, Rasulullah hanya mempunyai 3 biji kurma itu saja yg tinggal. Setelah dihidangkan, maka di rumah Rasulullah sudah tidak ada makanan lain. Dengan sifat kasih sayang isteri Rasulullah yg byk dididik oleh suaminya, maka Aisyah sanggup berlapar demi melihat ibu tadi bersama anaknya dapat menghilangkan kelaparan.Setelah itu, begitu laparnya kedua orang anak ibu tunggal tersebut sehingga keduanya makan dengan begitu cepat sekali dan keduanya memandang kurma ibu mereka kerana kelaparan kedua anaknya belum lenyap. Walhal ibunya tadi merasakan kelaparan yang tidak terhingga. Tetapi, dengan sebab kasih sayang seorang ibu kepada anaknya yang tidak terhingga, maka ibunya telah membelah kurma tersebut untuk dibahagikan samarata supaya kedua anaknya mendapat seorang separuh biji kurma. Lalu kedua anaknya makan dengan begitu cepat. Dengan kelaparan ibu tadi tanpa memakan kurma membuatkan Siti Aisyah mengeluarkan air mata kerana terlalu sebak, ibu itu sanggup berlapar asalkan anaknya kenyang.
Setelah Rasulullah SAW balik ke rumah, maka Siti Aisyah telah menceritakan perihal ibu tadi yang sanggup berlapar demi melihat kedua anaknya dalam keadaan kenyang kepada suaminya, Rasulullah SAW. Selepas Rasulullah SAW mendengar cerita daripada Siti Aisyah, maka Rasulullah telah bersabda: "sesungguhnya Allah swt sayang pada manusia 70 kali ganda lebih daripada sayangnya ibu pada seorang anaknya"
Kalau cinta Allah, jangan takut mati.
بسم الله الرحمن الرحيم
Daripada Saidatina Aisyah r.a katanya, Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Sesiapa yang suka bertemu dengan Allah, nescaya Allah suka bertemu dengannya. Begitu juga Sesiapa yang tidak suka bertemu dengan Allah, nescaya Allah juga tidak suka bertemu dengannya."
Aku bertanya, "Wahai Nabi Allah! Adakah kita perlu membenci mati, di mana kami semua membenci mati."
Baginda bersabda:
"Bukan begitu. Seseorang Mukmin apabila diberitahu berita gembira dengan rahmat Allah, keredaanNya dan syurgaNya, nescaya dia pasti suka untuk bertemu dengan Allah, nescaya dia pasti suka bertemu Allah dan Allah juga suka bertemu dengannya. Sedangkan orang kafir apabila diberitahu adanya seksa serta murka Allah, dia tidak akan suka bertemu Allah dan Allah juga tidak akan suka bertemu dengannya."
(Hadis Riwayat Imam Bukhari & Muslim)
10 Najis yang dimaafkan.
بسم الله الرحمن الرحيم
- Percikan air kencing yang terlalu sedikit yang tidak dapat dilihat, oleh mata yang sihat penglihatannya (apabila ia mengenai pakaian atau badan), sama ada najis tersebut mughallazah, mukhaffafah atau mutawassitah.
- Darah, nanah, darah kutu anjing dan najis yang sedikit yang dibawa oleh lalat, selagi ia bukan perbuatan manusia dan bukan dengan sengaja.
- Darah atau nana luka walaupun banyak dengan syarat ia terjadi pada diri manusia itu sendiri, bukan hasil daripada perbuatannya dan bukan dengan sengaja. Disyaratkan supaya darah atau nanah tersebut tidak mengalir ke tempat lain.
- Tahi binatang yang mengenai biji-bijian ketika ia memijaknya. Begitu juga tahi binatang ternakan yang mengenai susu ketika diperah dengan syarat najis tersbut tudak banyak hingga mengubah keadaan susu tersebut.
- Tahi ikan di dalam air selagi air tersebut tidak berubah. Begitu juga tahi burung pada tempat-tempat yang selalu ia berluang alik padanya seperti kawasan tanah suci Makkah, kawasan tanah suci Madinah dan Jamek Umawi. Ini adalah disebabkab 'umum al-balwa (musibah yang umun) dan sukar untuk dipelihara daripadanya.
- Darah yang mengenai baju tukang daging sekiranya tidak banyak.
- Darah yang ada pada daging.
- Mulut kanak-kanak yang terdapat najis muntah padanya apabila ia menghisap susu ibunya.
- Tanah jalan yang mengenai manusia.
- Bangkai yang tidak mengalir darahnya atau yang tidak berdarah apabila terjatuh ke dalam sesuatu cecair (air minuman) seperti lalat, lebah dan semut dengan syarat ia terjatuh dengan sendirinya (bukan dicampak) dan ia tidak mengubah keadaan cecair tersebut.
Rujukan : Kitab Fikah Mazhab Syafie Jilid 1
Hadis Sahih Bukhari berkaitan Haid
بسم الله الرحمن الرحيم
Hadis Sahih Bukhari No. 0186 Jilid 1 Topik adalah Haid
186. Cerita dari 'Aisyah, katanya: Kami berangkat,tiada lain sengaja kami selain dari mengerjakan haji. Setelah kami sampai di Syarif, saya haid. Rasulullah saw. datang kepada ku padahal aku sedang menangis. Lalu beliau bertanya: "Kenapa engkau menangis. Haidkah engkau?" Jawab ku, "Betul!" Sabdanya, "Sesungguhnya haid itu, adalah suatu perkara yang telah ditetapkan Allah swt. atas kaum wanita anak cucu Adam. Maka lakukanlah apa yang dilakukan orang haji selain tawaf keliling Kaabah." 'Aisyah menambahkan, "Setelah itu Rasulullah berkorban untuk para isteri beliau dengan menyembelih lembu."Hadis Sahih Bukhari No. 0187 Jilid 1 Topik adalah Haid
187. Cerita dari 'Urwah bahawa dia ditanya orang: "Bolehkah wanita haid melayani ku, dan bolehkah wanita junub mendekati ku?" Jawab 'Urwah, Semuanya boleh bagi ku. Semuanya boleh melayani ku dan tiada celanya. 'Aisyah menceritakan kepada ku, dia pernah menyikat rambut Rasulullah saw. ketika dia sedang haid. Pada hal ketika itu Rasulullah sedang iktikaf di masjid. Maka didekatkannya kepalanya kepada Aisyah yang sedang berada di dalam biliknya, lalu 'Aisyah menyikat rambut Rasulullah pada hal dia sedang haid."Hadis Sahih Bukhari No. 0188 Jilid 1 Topik adalah Haid
188. 'Aisyah menceritakan, katanya: "Rasulullah saw. bersandar keribaanku padahal ketika itu aku sedang haid; sesudah itu beliau membaca Quran."Hadis Sahih Bukhari No. 0189 Jilid 1 Topik adalah Haid
189. Ummu Salamah bercerita, katanya: "Pada suatu ketika aku tidur bersama Nabi saw. di bawah satu selimut kain bulu. Tiba-tiba aku haid, lalu aku menjauhkan diri dari Nabi dan mengambil kain haidku. Nabi saw. bertanya, "Haidkah engkau?" Jawab ku, "Betul!" Lalu aku dipanggilnya dan tidur kembali bersama-sama dengan beliau di bawah selimut itu.Hadis Sahih Bukhari No. 0190 Jilid 1 Topik adalah Haid
190. Cerita dari 'Aisyah, katanya: "Aisyah pernah mandi bersama Rasulullah saw. dari satu bejana, padahal kami berdua dalam keadaan junub. Pernah juga aku disuruhnya memakai sarung, lalu beliau mencumbu ku, padahal aku sedang haid. Dan pernah pula beliau mengulurkan kepalanya kepada ku dari dalam masjid ketika beliau sedang iktikaf, lalu ku bersihkan kepalanya itu padahal aku sedang haid."Hadis Sahih Bukhari No. 0191 Jilid 1 Topik adalah Haid
191. Cerita dari 'Aisyah, katanya: "Apabila salah seorang kami (para isteri Nabi saw.) sedang haid, padahal Rasulullah saw. hendak bercumbu dengannya, maka disuruhnya isterinya itu memakai sarung, sesudah itu beliau mencumbunya. 'Aisyah menambahkan, "Siapakah di antara kamu yang sanggup mengendalikan nafsunya sebagaimana Rasulullah saw. sanggup mengendalikannya?"Hadis Sahih Bukhari No. 0192 Jilid 1 Topik adalah Haid
192. Abu Said al Khudri bercerita, katanya: "Pada hari raya Idul Adha atau hari raya Idul Fitri, Rasulullah saw. keluar rumah pergi ke tempat solat. Beliau lalu ke tempat kaum wanita solat dan di situ beliau bersabda: "Hai, kaum wanita! Bersedekahlah kamu sekalian. kerana saya melihat, kaum wanitalah yang terbanyak di antara penduduk neraka. Mereka bertanya, "Sebab apa, ya, Rasulullah?" Jawab Rasulullah saw., "kerana kamu sekalian banyak mencerca orang dan engkar kepada suami. Saya tidak melihat di antara orang-orang yang kurang akal dan agamanya, yang lebih merosakkan hati laki-laki yang cermat, selain daripada kamu sekalian." Tanya mereka,"Kurang bagaimanakah akal dan agama kami,ya,Rasulullah?" Jawab Nabi,"Bukankah kesaksian kaum wanita seperdua kesaksian kaum lelaki?" Kata mereka,"Betul!" Jawab Nabi."Itulah salah satu bukti bahawa akalnya kurang. Bukankah apabila wanita itu haid, dia tidak solat dan tidak pula puasa?" Jawab mereka,"Betul!" Sabda Nabi saw. "Itulah salah satu bukti bahawa agama mereka kurang."Hadis Sahih Bukhari No. 0193 Jilid 1 Topik adalah Haid
193. Cerita dari 'Aisyah,katanya: "Fatimah binti Abu Hubaisy bertanya kepada Rasulullah saw., katanya:"Ya,Rasulullah! Sesungguhnya aku tidak pernah suci. Apakah aku harus meninggalkan solat selamanya?" Jawab Rasulullah saw.,"Sesungguhnya yang demikian itu adalah darah yang keluar dari pembuluh darah, bukan darah haid. Maka apabila yang keluar itu darah haid, berhentilah anda solat selama haid, dan apabila masa haid itu telah habis, sucikanlah tubuhmu dan setelah itu solatlah anda kembali."Hadis Sahih Bukhari No. 0194 Jilid 1 Topik adalah Haid
194. Cerita dari Asma' binti Abu Bakar, katanya:"Seorang wanita bertanya kepada Rasulullah saw., katanya,"Ya, Rasulullah! Bagaimanakah caranya apabila pakaian kami kena darah haid, apakah yang harus kami perbuat." Jawab Rasulullah,"Apabila pakaianmu kena darah haid, kopeklah darah itu kemudian bersihkan dengan air, dan setelah itu anda boleh solat memakai pakaian anda itu."Hadis Sahih Bukhari No. 0195 Jilid 1 Topik adalah Haid
195. Cerita dari 'aisyah,katanya:"Salah seorang isteri Rasulullah saw. iktikaf bersama Rasulullah. Tiba-tiba ia melihat darah kuning keluar dari kemaluannya, dan dia meletakkan sebuah bejana di bawahnya, padahal ia sedang solat."Hadis Sahih Bukhari No. 0196 Jilid 1 Topik adalah Haid
196. 'Aisyah menceritakan,"Aku ihram bersama Rasulullah saw. pada haji wada'" maka aku termasuk orang-orang yang mengerjakan haji tamatuk dan tidak membawa hadya. Tiba-tiba aku haid dan belum juga suci sampai malam Arafah. Maka berkata ' Aisyah kepada Nabi saw., "Ya, Rasulullah! Malam ini malam 'Arafah; padahal aku umrah." Jawab Nabi saw., "Bukalah sanggulmu, kemudian bersikat dan berhentilah umrah." Kata ' Aisyah, "Apa yang disuruhkan Nabi itu, aku laksanakan semuanya. Ketika telah selesai haji, Nabi saw. menyuruh Abdurrahman (saudara ' Aisyah) supaya membawa ku pada Malam hasbah untuk mengerjakan umrah dari Tan'im, iaitu akan ganti umrah yang tadinya gagal aku laksanakan."Hadis Sahih Bukhari No. 0197 Jilid 1 Topik adalah Haid
197. Cerita dari 'Aisyah mengatakan, "Kami berangkat melaksanakan haji, tepat pada permulaan Zulhijjah. Maka bersabda Rasulullah saw., "Barangsiapa yang hendak ihram untuk umrah, silakan ihram! " Kalaulah bukan kerana aku tidak membawa hadya, nescaya aku ihram untuk umrah. Beberapa orang di antara kami ihram untuk umrah sedang yang lainnya ihram untuk haji. Dan aku sendiri' ihram untuk umrah. Maka tibalah hari 'Arafah, dan aku haid. Lalu kuceritakan hal itu kepada Nabi saw. Kata beliau, "Tinggalkanlah umrahmu., buka sanggul kepalamu dan bersisirlah. Kemudian ihramlah untuk haji." Apa yang disuruhkan Nabi itu aku lakukan. Ketika malam hasbah tiba, Nabi saw. menyuruh ku bersama saudara ku Abdurrahman bin Abu Bakar pergi ke Tanaim melakukan ihram untuk umrah pengganti umrah yang tadinya gagal ku laksanakan."Hadis Sahih Bukhari No. 0198 Jilid 1 Topik adalah Haid
198. Diceritakan oleh Anas bin Malik, bahawa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla telah menugaskan pada rahim wanita, seorang malaikat. Dia berkata, "Ya, Tuhan. Ini nuthfah (air mani). Ya, Tuhan. Ini 'alaqah (segumpal darah). Ya, Tuhan, Ini mudhgah (segumpal daging)." Apabila Allah ingin hendak menyempurnakan kejadian itu sempurnalah dia. Malaikat itu bertanya kepada Tuhan', Laki-laki atau perempuan? Malang atau bahagia? ' Apakah rezekinya dan berapa umurnya?" Lalu semuanya itu dituliskan dalam rahim ibunya.Hadis Sahih Bukhari No. 0199 Jilid 1 Topik adalah Haid
199. Cerita dari Mu'adzah: "Seorang wanita bertanya kepada 'Aisyah, "Cukupkah kami solat apabila kami telah suci tanpa qada?" Jawab 'Aisyah, "Apakah anda termasuk kaum Haruriyah? Kami juga haid dimasa Nabi saw. tetapi Nabi tidak menyuruh kami qadha (membayar) solat yang tertinggal selama haid"Hadis Sahih Bukhari No. 0200 Jilid 1 Topik adalah Haid
200. Cerita dari 'Aisyah: Fatimah binti Abu Hubaisy bertanya kepada Nabi saw. katanya: "Saya ini istihadhah dan tidak pernah suci. Apakah aku harus menghentikan solat?" Jawab Nabi, "Tidak! Istihadhah itu dari pembuluh-pembuluh darah. Tetapi berhentilah solat beberapa hari, iaitu pada hari-hari biasanya anda haid. Sesudah itu mandilah dan solatlah!"Hadis Sahih Bukhari No. 0201 Jilid 1 Topik adalah Haid
201. Cerita dari 'Aisyah, isteri Nabi saw.: "Ummu Habibah istihadhah selama 7 tahun. Terus ku tanyakan hal yang demikian kepada Rasulullah saw. Beliau menyuruh supaya Ummu Habibah mandi saja. Kata beliau, "Istihadhah itu dari pembuluh darah." Sejak itu, Ummu Habibah mandi setiap kali akan solat.Hadis Sahih Bukhari No. 0202 Jilid 1 Topik adalah Haid
202. Cerita dari 'Aisyah,isteri Nabi saw.: "'Aisyah berkata kepada Rasulullah saw. "Ya, Rasulullah! Shaiyah binti Huyay haid." Kata Rasulullah saw., "Kiranya melambatkan kita. Bukankah dia telah tawaf bersama-sama dengan kamu?" Jawab mereka, "Ya!" Kata Nabi, "Nah, berangkatlah!"Hadis Sahih Bukhari No. 0203 Jilid 1 Topik adalah Haid
203. Cerita dari Samurah bin Jundab, "Ada seorang wanita meninggal kerana melahirkan. Nabi saw. mensolatkan wanita itu, dan beliau berdiri tentang pinggangnya."Hadis Sahih Bukhari No. 0204 Jilid 1 Topik adalah Haid
204. Maimunah isteri Nabi berkata: "Dia sedang haid, tidak solat. Dia duduk bersimpuh dekat tempat sujud Rasulullah saw. dan beliau sedang solat di atas sejadah beliau. Apabila beliau sujud, maka sebahagian pakaian beliau mengenai tubuhku. "Sumber: http://www.bankislam.net/Hadis_Sahih_Bukhari/Haid/#ixzz1rNOjrbi4
Fadhilat bagi tukan azan dan Imam.
بسم الله الرحمن الرحيم
Abu Laits as-Samarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Salamah bin Dhirar dari seorang penduduk Syam berkata: Beritakan kepadaku amal yang dapat memasukkan aku ke syurga? Makan sabdab Nabi SAW:
"Jadilah tukang azan (Bilal) bagi kaummu supaya nmereka dapat berkump kerana seruanmu untuk bersembahyang. Ia bertanya: Jika tidak dapat? Jawab Nabi: Jadilah imam untuk kaummu supaya mereka dapat menegakkan sembahyang keranamu. Ia bertanya lagi: Jika tidak dapat? Jawab Nabi: Jagalah shaf pertama dalam tiap sembahyang."
Abu Umamah al-Bahili r.a berkata. Nabi SAW bersabda:
"Diampunkan bagi tukang azan sepanjang jarak suaranya, dan ia mendapat pahala sebanyak orang-orang yang sembahyang kerana mendengar azannya, tanpa mengurangi pahala mereka itu sendiri. (Al-Qasim)
Abu Sa'id al-Khudri r.a berkata: Jika engkau berada di ladang ama azan hendaklah engkau keraskan suramu, sebab saya telah mendengar Nabi SAW bersabda:
"Tidak mendengar suara mu'adzin (tukang azan) pohon atau batu, atau pasir atau manusia atau jin melainkan semua itu akan menjadi saksi untuknya pada hari kiamat di sisi Allah ta'ala."
Abu Laits berkata: Abul Wahab berkata: Muhammad bin al-Fadhlani meriwayatkan dengan sanadnya dari Anas bin Malik r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda:
3 orang pada hari kiamat kelak akan berdiri di atas bukit kasturi, mereka tidak risau dengan hisab dan tidak takut oleh Allah kengerian yang besar.
1- Seorang yang mengimami kaun dan mereka senagn rela kepadanya.
2- Seorang yang azan lima waktu semata-mata kerana mengharap keredhaan Allah.
3- Seorang yang taat kepada Allah dan taat kepada majikannya.