Allah Menolak 1 Doa Dari 3 Doa Rasulullah Saw.




بسم الله الرحمن الرحيم

     'Amir bin Said dari bapaknya berkata bahawa "Satu hari Rasulullah Saw telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah Saw sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu baginda masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun terut solat bersama dengan baginda."

     Kemudian Rasulullah Saw berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah.

     Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud "Aku telah memohon kepada Allah 3 perkara, dalam 3 perkara itu cuma Dia memperkenankan 2 perkara sahaja 1 lagi ditolak"

  •  Aku telah memohon kepada Alah supaya Dia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjagan. Pemohonanku ini diperkenankan oleh Allah.

  • Aku telah memohon kepada Allah supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (sepeti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh A.S). Pemohonanku ini diperkenankan oleh Allah.

  • Aku telah memohon kepada Allah supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah ditolak.

     Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya.


 "Ya Allah jauhilah kami di seluruh dunia daripada bergaduh sesama muslim."

Aamiinn ya Robalaalamin.