Tutuplah mulut ketika menguap.



بسم الله الرحمن الرحيم

Apabila seseorang itu menguap, hendaklah dia menutup mulut dengan belakang tangan kiri ketika menguap dan jangan mengeluarkan bunyi hembusan angin yang keluar kerana ianya juga merupakan Sunnah Nabi SAW kita. 

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Menguap dari syaitan,apabila seseorang daripada kamu menguap hendaklah ia menahan seberapa boleh, jika kamu berkata: HAAAAA~ ( bunyi suara dari menguap ), syaitan pasti ketawa. -Riwayat Muttafaqun Alaihi-

Menutup mulut ketika menguap juga adalah perbuatan sopan apabila di pandang.