Kisah Cinta seorang lelaki kepada Allah Swt.




بسم الله الرحمن الرحيم



Dikisahkan dalam Miskaatul Anwaari bahawa Samnun telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang wanita apabila dia telah tua. Kemudian dia telah dikurniakan seorang anak oleh Allah SWT. Samnun sangat sayang kepada anaknya.

Pada suatu hari Samnun telah bermimpi, dalam mimpinya dia melihat bahawa Kiamat itu telah tiba dan panji-panji para nabi dan wali bersinar, Samnun melihat di belakang mereka terdapat pula panji-panji yang paling tinggi dan cahayanya memenuhi ufuk, lalu Samnun bertanya kepada orang mengenai panji-panji itu, berkata mereka "Itu adalah panji-panji bagi mereka yang cinta dengan ikhlas terhadap Allah SWT"

Samnun menyedari bahawa dirinya juga berada di kalangan orang-orang lain yang berada bersama panji-panji tersebut. Tiba-tiba datang seorang malaikat menarik Samnun keluar dari kumpulan tersebut.


Samnun tidak berpuas hati dengan tindakan malaikat itu lalu dia berkata "Aku adalah orang yang mencintai Allah dengan ikhlas, dan panji-panji ini adalah bagi mereka yang mencintai Allah, jadi kenapakah kamu keluarkan aku dari kumpulan ini?"


Kemudian malaikat berkata "Memang betul apa yang kamu kata itu, tetapi kamu terlampau sayang terhadap anakmu, maka sebab itulah kami kami keluarkan kamu dari kumpulan orang-orang yang mencintai Allah"


Sebaik sahaja Samnun mendengar kata malaikat itu maka dia pun menangis sekuat-kuatnya di dalam tidur sambl berkata "Wahai Tuhanku, kalaulah anakku itu menjadi penghalang antara aku dengan kamu, maka aku tidak memerlukan dia, dan pisahkanlah anakku itu dari aku supaya aku dapat mendekatkan diriku kepadaMu dengan sebab kasih Engaku dan dermawan Engkau"


Setelah berkata demikian, Samnun mendengar orang berkata "Musibah"


Samnun tersentak dari tidurnya, lalu berkata "Apakah yang kamu memekik ini?"


kemudia berkata orang yang berada di situ "Sesungguhnya anakmu itu lah jatuh dari tingkat atas dan mati"


Samnun mendengar berita tersebut dengan tenang dia berkata "Alhamdu lillahil ladzo adzahabal maani'a 'anni" yang bermaksud "Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan penghalang daripadaku"


Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
-Surah AT-TAUBAH AYAT 24-


Kisah ini bukan bermakna kita meminta kepada Allah supaya mematikan anak kita, tetapi ianya ialah satu peringatan kepada kita bahawa kita tidak boleh mencintai  sesuatu yang lain lebih dari Allah. Kerana cinta Allah itu adalah cinta yang kekal abadi.