Hadiah buat orang yang dizalimi.


بسم الله الرحمن الرحيم

Bagi orang yang selalu dizalimi, seperti orang lain selalu mengumpat, menfitnah, menceritakan keburukan diri kamu kepada orang lain dan segala perbuatan dizalimi terhadap diri kamu. Bersabarlah atas perbuatan mereka. kerana Allah mencintai orang yang bersabar seperti di ceritakan di dalam al-quran :

"Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar." 
-Surah Ali Imran ayat 146-


Pada hari kiamat seorang hamba Allah berasa hairan dengan amal kebaikannya, sedangkan sewaktu  didunia dia tidak pernah mengerjakan amalan kebaikan itu, lalu dia bertanya kepada Allah : "Ya Allah, dari mana datangnya amalan kebaikan ini, sedangkan didunia aku tidak pernah mengerjakannya?"  Lalu Allah berfirman : "Kebaikan itu datang dari orang yang mengejarkannya,tetapi dia menzalimi dirimu"

Pengurangan itu adalah hukuman atas perbuatan jahatnya. Dengan kata lain, pengurangan itu adalah tanggungjawab atas apa yang dilakukannya.

Beberapa ayat al-quran ada membicarakan perkata itu, antaranya adalah :

"Katakan, 'kamu tidak bertanggungjawab atas kesalah kami dan kami juga tidak bertanggungjawab atas apa yang kamu kerjakan.'"
-Surah Sabak ayat 25-

"Mereka itu adalah umat yang lalu. Pada mereka apa yang mereka usahakan pada kamu apa yang kamu usahakan. Kamu tidak ditanya ataupun dipertanggungjawabkan atas apa mereka lakukan"
-Surah al-baqarah ayat 134-

"Tiap-tiap diri terikat dan tidak terlepas daripada balasan buruk untuk amal jahat yang dikerjakannya" -Surah al-Mudasir ayat 38-

Apabila orang itu dizalimi doa mereka lebih mustajab, doa mereka mudah dimakbulkan oleh Allah. 

“Takutilah kamu doa orang yang dizalimi kerana tiadalah sesuatu penghalang antara doanya itu dengan ALLAh SWT.” (Riwayat Bukhari)


PENGAJARAN :