Mereka yang berdusta.




بسم الله الرحمن الرحيم


Dalam sebuah kitab menerangkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda yang bermaksud : Seseorang berkata : "Sesungguhnya aku sangat takut kepada neraka. Tetapi orang itu tidak berhebti-henti melakukan dosa, adalah dia seorang pendusta. Di sisi Allah dia bukanlah orang yang bertaubat".

Apabila seseorang hamba itu berkata : "Sesungguhnya aku rindu kepada syurga." Tetapi dia tidak membuat kerja yang membolehkan dia masuk syurga, maka orang itu adalah pendusta dan bukannya orang yang bertaubat.

Apabila seseorang hamba itu berkata : "Sesungguhnya aku cintakan kepada Nabi Saw." Tetapi orang itu tidak mengikut sunnah Nabi, sesungguhnya orang itu adalah pendusta dan bukanlah orang yang bertaubat.

Apabila seseorang hamba itu berkata : "Sesungguhnya aku cintakan kepada Allah Swt." Tetapi orang itu tidak mentaati perintah Allah, sesungguhnya orang itu adalah pendusta dan bukanlah orang yang bertaubat.

Sesungguhnya orang yang bertaubat itu adalah kekasih Allah dan RasulNya.